Live feed from My Flickr

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Friday, July 17, 2009

Bergurau senda di pagi hari

Nukilan ini diambil dari sisipan blog lain :). Bukan ciptaan sendiri tetapi sesuai untuk memulakan kerja anda dipagi hari.

Soalan Licik, Jawapan Cerdik (Erazamankini, 2009)

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu).
Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua : Apa 3 x 3?
Abu : 9
Pengetua : Apa 6 x 6?
Abu : 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.


Cikgu Murni : Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu : (berfikir) Kaki

Cikgu Murni : Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu : Saku

Cikgu Murni : Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu : Kelapa

Cikgu Murni : Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.

Abu : Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni : Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu : Bersalaman

Cikgu Murni : Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu : Baik Cikgu

Cikgu Murni : Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu : Khemah

Cikgu Murni : Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu : Cincin perkahwinan

Cikgu Murni : Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu : Hidung

Cikgu Murni : Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu : Anak panah

Cikgu Murni : Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu : Okay

Cikgu Murni : What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu : Firetruck

Cikgu Murni : What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu : Fork

Cikgu Murni : What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife
after they are married?
Abu : Surname

Cikgu Murni : What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu : Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

Rujukan

Erazamankini, 2009, available at http://senseboyz.blogspot.com/2009/07/huhu-soalan-licik-jawapan-cerdik.html

Thursday, July 16, 2009

Kenapa kita perlu sama dengan orang lain?

Dua ungkapan yang menyentuh perasaan aku.

Persoalannya "Kenapa saya berbeza dengan orang lain?"
Tapi "Kenapa kita perlu sama dengan orang lain?"

Sisiapan kali ini ringkas. Sama-sama lihat dan tonton sedutan filem ini.




ps: iklan ini aku jumpa sebab sekarang aku sedang mencuba shampoo baru, Pantene. :)

Wednesday, July 15, 2009

Dua Cerita Dua Hari dan Dua Tema: Harry Potter vs. Transformers

Gambar bulan lepas sewaktu menonton Transformers.

Dua cerita, dua tema berbeza, aku ambil peluang untuk luangkan masa petang tadi menonton cerita terbaru Harry Potter. Saja masukkan sedikit gimik tajuk di atas, aku masukkan juga cerita Transformers yang aku tonton bulan lepas. Dua-dua cerita aku tengok sebelum kedua-dua filem tersebut ditayangkan di Malaysia. Sehari awal sebelum ditayangkan di Malaysia.

Harry Potter and the Half Blood Prince

Kepada yang sudah membaca novel, aku rasa pasti sudah tahu apa jalan ceritanya. Aku yang malas untuk membaca novel tersebut hanya sekadar menonton filem yang diadaptasi dari novel tersebut. Dari sinopsis cerita novel, mungkin ada perbezaan, mungkin ada persamaan. Pada aku, filem kali ini cukup tidak memuaskan hati aku. Kenapa? Sebab di luar jangkaan aku. Aku mahukan aksi 'magic', tetapi banyak aksi bercinta.

Plot awal hingga akhir cerita lebih tertumpu pada plot cerita cinta Harry, Ron dan Hermione. Mungkin bertujuan untuk menunjukkan kematangan Harry Potter dan rakan-rakan, adegan plot bercinta memenuhi keseluruhan cerita. Untuk kepada sesiapa yang mahukan adegan ‘magic’, aku rasa mungkin kali ini kalian tidak dapat melihat adegan yang banyak. Dari perkiraan aku, aku rasa mungkin dalam lebih kurang 5 minit sahaja adegan ‘magic’ dari keseluruhan cerita yang hampir 2 jam 30 minit.

Kenapa tajuknya ada Half-Blood Price? Half-Blood Prince merupakan orang yang membunuh Professor Albus Dumbledore. Di akhir cerita Profesor Dumbledore dibunuh kerana percaya orang kanannya yang juga merupakan Half-Blood Prince. Siapa Half-Blood Price dan apa peranannya dalam cerita ini? Cukup aku boleh katakan Half-Blood Prince adalah orang kanan Professor Dumbledore. Selebihnya aku rasa kalian perlu tonton sendiri. Untuk mengetahui sinopsis novel, boleh rujuk kepada laman web di wikipedia. [Rujuk di sini]

Seperti biasa untuk cerita Harry Potter sebelum ini, akhir cerita Harry Potter tergantung. Aku rasa plot cerita tergantung ini akan disambung dalam siri ke 7 yang akan datang.

Beberapa plot yang aku ingat.

1. Aksi cemburu antara Hermione dengan Ron.
2. Ron mabuk cinta kerana terkena Potion Cinta.
3. Draco bergaduh dengan Harry dalam tandas. Sebab apa? Tonton sendiri.
4. Harry mendapat buku Advance Potion yang sebelumnya di miliki oleh Half-Blood Prince.
5. Harry bercinta dengan adik Ron (Ginny). Macam bercinta tapi tak pasti. Malu-malu kucing aku rasa.
6. Prof. Dumbledore mati disebabkan sumpah Avada Kedavra dibuat oleh Half-Blood Prince.
7. Sumpahan baru Harry, Sectum Sempra, diperolehi dari buku milik Half-Blood Prince dan dicipta oleh Snape.

Transformers

Aku yakin ramai dah tonton cerita ini, sebab dah lama di tayang di pawagam. Berbeza dengan cerita Harry Potter, Transformers kali ini aku rasa sama seperti cerita Transformers yang pertama, tiada perbezaan ketara sangat. Tetapi kepada yang belum menonton, aku cadangkan tonton Transformers sebelum menonton Harry Potter. Dari segi plot cerita, Harry Potter tidak banyak adegan suspens dan menarik berbanding Transformers.

Walau apapun, selamat menonton kepada yang nak menonton cerita Harry Potter.


Tuesday, July 14, 2009

Tiga Cerita untuk Tiga Minggu

Eden Project: Cornwall UK

7.205 Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
Chapter: Al-A'raf


Setelah sekian lama, aku rasa hampir kepada tiga minggu, aku tidak membuat sebarang nukilan. Aku runsing kerana menunggu keputusan dari penyelia. Sibuk. Itu mungkin ada pada diari penyelia aku. Penyelia aku cukup sibuk kebelakangan ini, sehinggakan setiap minggu beliau tiada di bilik. Kesibukan dan ketiadaan beliau membuatkan aku juga runsing kerana aku perlu teruskan penyelidikan aku.

Tanpa keputusan dari beliau, aku ibarat belon tanpa tali. Terapung tanpa tahu apa akan berlaku selepas ini. Aku harap aku tidak lalai walaupun aku tidak diberikan keputusan oleh beliau, aku harap bimbingan dari Allah S.W.T untuk teruskan perjuangan ini. Ayat di atas membuatkan aku tabah, memikirkan hanya tuhan sahaja yang mampu membantu dan tahu apa yang akan terjadi selepas ini.
Pening + Runsing = Pesing
Tinggalkan seketika cerita aku dan penyelidikan aku. Walaupun aku tidak dapat meluangkan masa menulis, diam tak diam, aku masih lagi dapat meluangkan masa untuk merehatkan diri. Banyak perkara yang berlaku di sepajang tiga minggu yang lepas. Namun, aku rasa cukup sekadar untuk aku tuliskan ringkasan apa yang telah berlaku dalam diri aku untuk masa yang telah berlalu itu.

Golf

Pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku belajar bermain golf. ‘GOLF’, iyer, golf. Mungkin ada pembaca pelik sebab sebelum ini aku tidak pernah terfikir untuk mengayunkan kayu golf tu. Di Malaysia, walaupun golf club berada di belakang pejabat aku, tidak terlintas langsung untuk aku mencuba. Mungkin disebabkan suasana dan tiada rakan yang hendak membawa aku untuk mencuba, tetapi tidak di sini. Walau apa pun, terima kasih kepada Wak, sebab mengajak dan mengajar aku yang tidak tahu langsung apa erti itu golf. Untuk gambar golf. Boleh dilihat dalam facebook. Aku rasa macam tidak sesuai diletakkan dalam blog ini.

XML?

Dua minggu aku habiskan masa dengan XML. Mungkin ada kalian yang tahu apa itu XML. Pada yang tidak tahu, XML, atau Extensible Markup Language merupakan bahasa komputer yang digunakan untuk membuat bahasa meta sendiri. Bahasa Meta? atau Meta Language, pelik juga bunyi dalam Bahasa Malaysia. Mungkin kalian tidak tahu apa itu bahasa meta, contoh paling senang, HTML, atau bahasa meta yang ada dalam laman web, dan selalunya bahasa ini digunakan untuk menghias laman web.

Bersifat statik, HTML membuatkan pengguna terikat dengan struktur yang sedia ada seperti penggunaan <> , <> dsb. Mungkin kalau hendak diceritakan berkenaan HTML, sampai esok aku mampu. Kesimpulannya HTML ialah bahasa meta yang berstruktur dan mempunyai notasi yang statik. Tapi XML lebih dari itu, sama seperti dengan HTML, cuma XML boleh bertindak dengan lebih jauh.

Walau apa pun, aku boleh simpulkan di sini, XML membuatkan aku terpegun dan aku merasakan yang XML akan menjadi bahasa meta yang popular satu hari nanti. Buat masa ini, aku banyak habiskan masa untuk mempelajari XML dan XSLT. Apa itu XSLT? Di sisipan lain, nanti aku sambung cerita apa itu XSLT.

Eden Project

Minggu lepas, untuk menenangkan hati aku, aku luangkan masa bersama rakan pejabat, Shue dan Zarul, melawat Eden Project. Kalau nak bercerita tentang Eden, panjang aku rasa. Kesimpulan yang aku boleh katakan, panas. Untuk makluman, Eden Project merupakan satu kawasan pelancongan di sekitar Cornwall yang menempatkan contoh iklim-iklim di dunia. Contoh cuaca di Malaysia ada di gambarkan di sini. Panas. Panas. Panas.

Aku akhiri sisipan aku kali ini dengan beberapa keping gambar dari Eden Project.



Thursday, June 04, 2009

Terima kasih atas teguran

4.149 . Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau sembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf, lagi Maha Kuasa.
Chapter : An-Nisaa
Rakan-rakan,

Terima kasih atas teguran yang di berikan berkenaan dengan sisipan semalam. Aku minta maaf andai kata penulisan semalam di sini bukan saluran yang betul untuk aku menegakkan benda yang benar. Aku cuma meluahkan apa yang aku rasa. Nukilan semalam bukan menggambarkan aku sepenuhnya. Bukan. Aku nafikan. Andai kata ia mengubah persepsi kalian terhadap aku, aku tiada halangan, hak kalian, dan aku tidak mampu nafikan. Aku cuma berdoa agar tuhan beri kekuatan kepada aku untuk menghadapi cabaran ini. Mungkin aku silap, gunakan saluran ini untuk meluahkan perasaan. Tetapi percayalah aku punya sebab tersendiri, jika sisipan semalam dipandang negatif, negatif jadinya, jika ia dipandang positif, positif jadinya.

Teringat orang pernah berkata, mata pena lebih tajam dari pisau, sekali terkena, sakitnya dalam terasa, walaupun bukan menggunakan pena untuk menulis sisipan ini, hanya jari, sakitnya jua sama.

Walaupun begitu, aku sekali lagi, dengan rendah diri, memohon seribu ke-maaf-an atas sisipan semalam. Maaf aku tidak mampu untuk membuang sisipan semalam, kerana pada aku, ia satu pengajaran kepada aku, agar aku jadikan sempadan untuk tidak mengulanginya di masa akan datang.

Wednesday, June 03, 2009

Ketulusan atau ketelusan?

31.22 . Dan sesiapa yang berserah diri kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh; dan kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
Chapter : Luqman

Pernyataan Umum: Nukilan di bawah mampu menggugat emosi anda, jika anda tidak mampu untuk mengawalnya, harap dapat meninggalkan sisipan ini. Kegagalan mengawal emosi anda akan membuatkan perasaan anda marah kepada penulis. Jika itu terjadi, penulis tidak bertanggungjawab atas kegagalan anda mengawal emosi. Sejuta ke-maaf-an di pohon atas keterlanjuran kata-kata dalam sisipan ini.


Dua perkataan, ketulusan dan ketelusan, kadangkala susah untuk kita tunjukkan yang kita benar-benar tulus dan telus dalam perbuatan kita. Dari kata asal tulus, bermakna ikhlas, dan dalam erti kata lain ikhlas dalam membuat sesuatu perkara tanpa ada perkara di sebaliknya. Bermakna tiada berselindung dan bercakap perkara yang benar tanpa prejudis. Manakala telus, bermakna berterus-terang. Hampir sama tetapi berbeza.

Namun, kejadian yang menimpa aku dalam dua tiga hari ini membuatkan aku terpanggil untuk menulis sedikit perkara yang bercerita tentang ketulusan dan ketelusan. Pedih tetapi aku tenang, hakikatnya benar. Katakan yang benar walaupun pedih, begitulah bunyi kata-kata yang aku selalu dengar dari rakan-rakan aku. Cuma apa yang aku mahu coretkan di sini mungkin sedikit sebanyak akan menghiris perasaan orang lain. Tetapi niat aku hanya untuk meluahkan apa yang aku rasa, tidak lebih dari itu dan tak kurang dari itu. Aku mahu menjernihkan yang keruh, tidak mahu ada masalah di kemudian hari.

Teringat aku akan bibit-bibit lagu 'Ketulusan Hati' nyanyian Anuar Zain, menceritakan tentang ketulusan dan keikhlasan cinta manusia, tetapi sedikit berlainan dari entri aku kali ini, cerita aku lebih kepada perkara yang umum, tindak tanduk manusia yang aku rasa kadang kala buat aku malas untuk mengambil tahu dan malas untuk hidup bermasyarakat. Tapi, kalau tak ambil tahu, dikatakan kita tidak pandai hidup bermasyarakat pula, dan kalau terlebih ambil tahu, dikatakan menjaga tepi kain orang dan terlalu memberatkan benda yang ringan. Manusia tiada yang sempurna, aku jua begitu, tidak sempurna, tetapi aku bersyukur aku tidak jahil.

Tapi kejadian yang menimpa aku, membuatkan aku terfikir semula sama ada benar atau tidak tindakan aku, atau tindakan mereka yang salah. Bak orang kata, jangan cuba salahkan orang lain dahulu, lihat kelemahan pada diri sendiri, jika benar kita tiada kesilapan, anggap kesilapan mereka sempadan bagi kita agar kita tidak mengulangi perkara yang sama seperti mereka. Betul, aku setuju dengan pernyataan berasas itu, tetapi persoalannya jika kesalahan itu nampak jelas pada mereka, adakah kita patut dipersalahkan lagi?

Semestinya, lumrah alam dalam hidup bermasyarakat, ada orang sukakan kita dan tak kurang juga orang yang membenci kita. Berbalik kepada ketulusan dan ketelusan tadi, aku cuba untuk kiaskan perkara yang berlaku di sekitar aku. Untuk mengelakkan dari pihak yang terbabit terasa, aku cuba untuk membuat pembayangan. Sebelum itu, aku memohon maaf jika ada yang terasa, aku mohon seribu kemaafan.

Ceritanya begini, bayangkan jika satu pilihan raya dijalankan, dijalankan untuk membuat pilihan sama ada memilih wakil rakyat A atau wakil rakyat B. Katakan, kita tahu jumlah pengundi asal hanya 30 orang sahaja. Masing-masing pengundi mengundi pilihan masing-masing (wakil rakyat A atau B). Pengundian habis, tapi tanpa makluman dan pengumuman kepada umum tentang kemenangan, tiba-tiba wakil rakyat A membuat mesyuarat pembentukan jawatankuasa (mungkin tanda kemenangan, betulkan aku jika andaian ini salah), tanpa maklumkan sebahagian penyokong yang menyokong wakil rakyat B. Pelik kan. Memang ada penyokong yang tidak menyokong wakil rakyat A, tetapi sekurang-kurangnya, maklumkan kepada semua pengundi melalui media utama tentang kemenangan wakil rakyat A. Baru lah, penyokong wakil rakyat B nampak ada ketulusan dan ketelusan dalam pemilihan itu. Bertambah pelik, jika jumlah asal pengundi seramai 30 pengundi, tiba-tiba dimaklumkan bertambah menjadi 35 undi, dan disebabkan tambahan 5 undi ini, wakil rakyat A menang. Lagi haru kan, macam pengundi hantu pula aku rasakan.

Aku cuma dapat tahu bila aku bertanya, jika aku tidak bertanya, bermakna aku tidak tahu tentang apa yang dirancangkan oleh penyokong 'wakil rakyat A'. Bila ditanya, aku dimaklumkan bahawa aku penyokong 'wakil rakyat B' dan tidak menyokong 'wakil raykat A', maka aku tidak perlu tahu keputusan kemenangan. Aku bukan hendak memperbesarkan cerita, tetapi aku cuma sekadar untuk meluahkan perasaan aku. Aku bukan hendak menentang penubuhan jawatankuasa ‘wakil rakyat A’, tetapi aku mahu ia telus dan tulus. Umumkan kemenangan melalui saluran media utama, bukan dengan membuat andaian, di sebabkan kita penyokong wakil rakyat B, kita dilihat sebagai pembangkang 100% dan tidak berminat sama sekali. Tidak telus dan tulus namanya. Namun aku akur, dan terima keputusan yang telah ditentukan oleh mereka. Aku malas hendak bercerita lebih panjang. Cukup untuk sisipan blog ini sahaja.

Walaupun aku menyokong ‘wakil rakyat B’, tewas, tetapi sekurang-kurangnya aku mahukan ketelusan dan ketulusan. Itu sahaja. Kalau nak dikatakan dimaklumkan kepada umum, aku tidak menerima sebarang berita sebelum aku bertanya, begitu juga dengan penyokong ‘wakil rakyat B’ yang lain. Aku terima kekalahan sebagai satu adat pemilihan, tetapi ketelusan dan ketulusan itu sebenarnya menggambarkan betapa ikhlas dan jujur sebenarnya kita dalam membuat apa jua keputusan. Andai kata andaian aku silap, betulkan aku, aku masih belum jahil dan boleh dinasihati lagi.

Aku rasa cukup untuk kali ini, rakan ku minta aku letakkan lagu ‘Ketulusan Hati’ dalam sisipan kali ini. Walaupun lagu tersebut tiada kaitan dengan sisipan ini, tapi dengarkan sahaja. Aku cuma berdoa agar mereka ini bahagia dengan keputusan mereka, dan aku tutup cerita ini, hanya disini, hanya di blog ini sahaja.

Assalamualaikum.


Sunday, May 24, 2009

My Akim : Situasi - Bunkface & 1 2 3 4 (Aris Ariwatan)

Hi. Assalamualaikum.

This page is not dedicated to Akim AF7, this page just made for my 3 years old nephew, Muhammad Hakim. So, for Akim AF7's fan, just don't be mad. :) peace.

Not much to say, just want to share two video clips uploaded by my older brother, Syamsul. His second son (my second nephew), I used to call him Akim, and he sings two songs, from Bunkface and Aris Ariwatan.

Just a small kid, his birthday is coming this Jun, if I'm not mistaken on 16th of Jun, and I could not believe he can deliver this song. Even I can't remember all the lyrics. ;). Although the words were not delivered correctly, for me, for 3 years old kid, I just can say it is brilliant.

Just take a look.


Akim : Situasi (Bunkface)


Akim : 1 2 3 4 (Aris Ariwatan)

I think when he was 2 years old, I had captured a video where he sang one song, but I can't remember what song it was. When I have the clip, I will upload then.

Monday, May 18, 2009

Report, Malaysia and Gym

Office a.k.a Lab

Chapter Ash-Shu'araa
"Who created me, and it is He Who guides me; (78) "Who gives me food and drink (79) "And when I am ill, it is He Who cures me; (80) "Who will cause me to die, and then to live (again); (81) "And Who, I hope will forgive me my faults on the Day of Judgment… (82) O my Lord! Bestow wisdom on me, and join me with the righteous; (83) "Grant me honourable mention on the tongue of truth among the latest (generations); (84)

Today, at last, I just finished writing my report which I targeted to finish last Friday. Fuh. Lega. I have sent the report to my supervisor. now it is up to him to judge my report. Since all of them (ramai tuh supervisor) are not here, not sure where they go, may be attending conference I think, never mind, I just waiting for him to reply my email. To be exact, the report is prepared in 20 days, actually 1 month but because not included Saturday and Sunday that why counted as 20days only. And contains 18 pages with 75K characters. Haha banyak tu.

Now, even though the report has been submitted, I still have to proceed with a new task. The task is actually an old plan, and it was planned last month. But since the report needs to be submitted first, the analysis task is delayed. Anyway after one month, I need a new motivation to start a new job. Well, to be frank, the task is not really easy. But I need to make sure that the report will be received by my supervisor at the end of Jun. Pray for that. Aminnnnnnnnn......

This picture is nothing to do with my report. Taken by me when I visited my fren in Scotland last April.

As written in the FB, I'm still waiting for the 'thing'. Not so sure when the 'thing' is ready to be picked up. Maybe tomorrow or maybe next week. If the 'thing' not arrive by this week, then I need to call or email the person. After all, I still not paying anything for the 'thing' yet. But, a bit worry about other 'thing' inside that 'thing'.

Malaysia

In extension to the 'thing'. Last week, I sent a letter to Malaysia. Have a couple of minutes conversation with Hairul this morning. He did mentioned that the letter I sent last week is not arrive yet. Again, he needs to wait for tomorrow. If not, then I need to send the letter again this Thursday. Hairul also told me that he won Silver medal for the ITEX' 09 last Saturday. The other team member from FSKTM received Gold. Anyway, it is not too late for me to congratulate to them. This year our team, my team actually, not submitting anything for ITEX'09. The last medal won by us was MTE'09. Gold medal too. Since I'm not there, it is better not to send any. Will try again after I have finished my mission here. That is an excuse actually ..hehehe. the real truth is I don't have any project to sent for ITEX'09. :)

Gym

The gym was full today, not as usual. Since last Saturday, my back and shoulder are still pain. Don't know what happen. Maybe because of the new exercise. Actually, I'm not used to have that exercise. People used to call it as a Dips exercise. For those who want to focus on Trisep, shoulder and chest. This exercise is not really hard, but to do this exercise, we have to make sure that we can do at least 20-30 times of push up first.

Friends

To add some more stories, today, my office mate is discharged from hospital (betul ke discharged?). But I can see, he is not really recover from the symptom. Anyway. I just pray for his wellness. If he read this, I'm not intend to write about you. But because I want you to cure that why I'm writing this. If you can understand this. Then you have cured. :). Alhamdullilah.

For the final story, I just received email from Zana. I'm not sure whether the email is right or not. Here is the content.

Calling all "Chocoholics" - An offer too good to ignore..!

PJ Hilton is offering their 1 KG chocolate cake for RM25++ as a celebration of their 25th anniversary. Normal price of their cakes is RM65++. You may call 79559122 and ask for their coffee house Paya Serai to make the order 2 days in advance. Offer valid till 31st May 2009.

No joke! Just book one

If the contents are true, then office mate at FSKTM can start calling PJ Hilton.
Anyway, for those who are interested to have a chocolate cake. Make a booking now. 12 days to go before 31st of May 2009.
Sebenarnya aku yang nak...hehehe. Kalau boleh post bagus a..bleh gak aku makan.

That all for today. Cheers. Assalamualaikum.


Saturday, May 16, 2009

Hari Guru dan Penantian

16.125 . Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat dan nasihat pengajaran yang baik, dan bahaskanlah mereka secara yang baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk.
Chapter : An-Nahl

Selamat Hari Guru

16 Mei 2009, Hari guru. Selamat Hari guru untuk semua cikgu yang mengenali aku. Sebelum aku teruskan sisipan aku pada hari ini, seperkara aku ingin kongsikan bersama sempena hari guru ini. Aku baru tahu semalam, bila lihat berita tentang gred guru paling tinggi idi Malaysia, ialah Gred Khas C. Apa itu Gred Khas C? Untuk pengetahuan, Gred Khas C tu adalah sama taraf dengan Profesor di universiti. Emm, terfikir aku sejenak, tinggi jugak taraf guru di Malaysia ini. Disamping tu pulak, ada tambahan untuk Gred DG54 yang kalau nak disama tarafkan, ianya sama taraf dengan Prof. Madya.

Itu sahaja coretan sempena hari guru. Tiada aku mahu komen untuk hari guru ini.

Banyak yang berlaku dalam minggu lepas termasuklah satu perkara yang buat aku menanti ternanti dan aku sungguh tertekan dengan penantian itu. Buat masa ini biar lah ianya rahsia dahulu. Apabila sudah dapat nanti aku akan beritahu apa yang aku nantikan itu.

Minggu ini mood aku agak tidak stabil. Asik memikirkan perkara yang selalu berpusing dalam kepala otak aku. PhD. Mulanya target nak siapkan report pada hari Jumaat lepas. Namun ada perkara yang membuat aku terpaksa tangguhkan kerja itu. Makan. Aku dijemput makan ke rumah Zalisham. So tertangguh seketika kerja untuk laporan Phd aku. Isnin nanti aku akan sambung semula. Harapkan Rabu akan datang siap dan boleh dihantar kepada supervisor aku.

Minggu ini juga mood aku berbeza, mungkin ditambah dengan tekanan yang terkena kepada kawan sepejabat aku. Dia dimasukkan ke hospital akibat dari tekanan dalam Phd. Kesian jugak aku tengok dia. Buat pertama kali didepan mata aku, aku lihat sendiri manusia yang tertekan akibat Phd dan dimasukkan ke hospital. Berdoa agar aku tidak terkene seperti dia.

Sabtu dan Ahad aku macam biasa, cuma duduk rehat di rumah. Semalam aku pergi gym. Kira pecah rekod aku di Plymouth. Sebelum ini aku tak pernah pergi ke gym pada hari Sabtu. Tapi kali ini aku pergi untuk gantikan hari Jumaat lepas. Jumaat lepas aku pergi makan di rumah Zalisham, balik lewat dalam pukul 9.00 mlm, so tak pergi la gym pada Jumaat yang lepas. Sebagai ganti aku pergi hari Sabtu.

Ahad pulak aku habiskan masa untuk mengemaskinikan gambar-gambar di flickr. Tak ada banyak benda yang aku buat pada cuti kali ini. Aku sempat jugak tengok citer Shin Chan dan Ultraman.Melayan cerita kartun time cuti best jugak.

Gambar ketika di Tintagel, Cornwall, UK


Disamping itu juga, kebelakangan ini, aku banyak luangkan masa untuk mendengar lagu-lagu dari Kumpulan Letto. Entah kenapa aku suka sangat kat lagu-lagu dari kumpulan Letto tu. Dalam banyak-banyak lagu, aku suka tiga lagu, Sandaran Hati, Permintaan Hati dan Lubang Di Hati.

Permintaan Hati
Terbuai aku hilang terjatuh aku dalam
Keindahan penantian

Terucap keraguan hati yang bimbang
Yang terhalang kepastian cinta

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Aku rasa cukupla untuk kali ini. Doakan yang aku akan teruskan menulis pada minggu depan.


Friday, May 15, 2009

Flickr

Today, I just received an email from a person who referred himself as a curator. He interested to have one of my photo published at Flickr. Anyway here is the email.

Greetings askbard,

I've really enjoyed your work -- you've got great talent. I am a curator for Ambiance Visuals, a company that exhibits artwork from artists around the world on cable television in the United States.

Each month, we offer a selection of different themed programs with photographs and paintings from artists around the world. Viewers can enjoy the artwork on their flat screen televisions during dinner parties, gatherings or simply relaxing. It's "Art for your TV" as we like to call

We would like to ask your permission to include some of your artwork in our program "Reflections" I am interested in using a few photos from your series of reflection photos; specifically "PutrajayaBridge reflection ver 1.0".

Because the programs are offered to viewers free of charge, we unfortunately cannot offer you payment for use of your artwork; however, if you are interested we will post a photo credit for each image on our website. In addition, over 6 million viewers in the United States will see your artwork as part of the programs, so it is rather exciting exposure.

If you are interested, please email me as soon as possible. We are currently finalizing the programs.

Thank you for your consideration. We hope to hear from you soon.

Best Regards,
Justin Ostensen

I just replied his email and he has my permission to use the photo. I'm not so sure whether it is true or not. Anyway, who cares?

Here is the aforementioned photo.

Wednesday, February 04, 2009

Project Di Malaysia vs. Research di Plymouth, UK

29.7 . Dan orang yang beriman serta beramal soleh, sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan dengan sebaik-baik balasan.
Chapter : Al-Ankabut

Tugas dan Tanggungjawab
  1. Untuk sisipan kali ini, aku ingin berkongsi mengenai tugas dan tanggungjawab aku sebagai seorang khalifah dimuka bumi ini. Benar betul ayat diatas, setiap kerja dan kebaikan yang kita lakukan. Kebaikan jua yang kita akan dapat. Bersyukur dengan apa yang diperolehi dan jalankan amanah yang diberikan dengan jujur dan ikhlas.
  2. Kalau dahulu aku seorang yang bergelar pensyarah. Kini aku sebagai seorang pelajar. Jika dahulu aku memberi syarahan dan menyelia, kini aku disyarahi dan diselia. Begitu lumrah manusia, hari ini kita diatas esok lusa kita akan dibawah. Kejayaan kita yang lepas jadikan pedoman untuk kita teruskan kejayaan kita dihadapan.
Kuala Lumpur, Malaysia
  1. Aku masih lagi teribat dengan penyelidikan yang dijalankan di Malaysia. Satu projek bersama dengan Prof. Zainab, dan satu lagi projek aku sendiri. Kedua-dua projek ini dilakukan secara virtual, ini bermakna secara fizikal aku tiada di Malaysia, aku berada secara virtual. Untuk projek aku sendiri aku masih lagi hendak menghabiskan geran penyelidikan bersama dengan MOSTI. Geran itu akan tamat pada bulan Jun 2009. Selepas Jun 2009 aku akan kekal bersama projek Prof Zainab sahaja.
  2. Untuk projek Prof. Zainab, aku luangkan masa untuk membuat system dan maintenance sahaja. Tidak banyak yang boleh dilakukan untuk projek ini, semua nya dilakukan secara vitual. Projek Prof Zainab boleh di akses dari laman web http://myais.fsktm.um.edu.my . Untuk pengetahuan, projek ini adalah projek yang berkaitan dengan web sistem. Untuk tahu lebih lanjut, jemput lawati laman web tersebut.
Plymouth, United Kingdom
  1. Penyelidikan di Plymouth? Aku banyak habiskan masa-masa aku di Plymouth bersama dengan projek ini. Hampir 6 jam sehari aku luangkan masa untuk membuat projek tersebut. Target untuk dapatkan Phd aku. Tidak banyak dapat aku ceritakan untuk penyelidikan aku buat masa ini. Di tahap permulaan dan baru menjalani beberapa pembacaan dan pengkajian literasi. Insyallah aku akan kemaskinikan pada masa akan datang.

Gambar diatas tiada kaitan dengan penceritaan aku, sekadar untuk menceriakan keadaan. Gambar diambil ketika aku berada di Brussel, Belguim.

Sunday, November 30, 2008

PL46BH

10.25 . Dan Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat, dan memberi hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.
Chapter : Yunus

PL4 6BH atau poskod tempat tinggal atau kediaman aku di Plymouth. Untuk pengetahuan, di United Kingdom, penggunaan poskod adalah berbeza jika dibandingkan dengan Malaysia.

Di United Kingdom, penggunaan poskod cukup untuk membawa anda kemana sahaja di UK. Setiap poskod merujuk kepada nama jalan atau lebih tepat lagi lorong di UK.

Derry Avenue, nama jalan untuk PL46BH, atau lebih tepat lagi di latitute dan logtitute berikut:
( 50°22'40.46"N 4° 8'22.69"W)

Bilik aku di PL4 6BH
Untuk selama 1 tahun yang akan datang, inilah bilik yang aku akan duduk.

Seperti ramai ketahui, kadar saraan hidup di Plymouth tak sama seperti Midlands (Nottingham dan daerah sepertinya). Di sini bilik 'sebesar' ini dikenakan bayaran sebanyak £350 atau lebih kurang Rm2000 untuk sebulan (termasuk utilities). Bayangkan di Malaysia. Dengan jumlah RM2000, rasanya kita akan dapat sebijik rumah baru. Elaun yang diterima £748. Aku rasa cukup untuk aku bayar sewa bulanan dan beberapa kemudahan asas lain.

Dimaklumkan, elaun keluarga disini hanya mencecah lebih kurang £1050++, tak pasti berapa tepat. Dengan harga rumah di sini yang mencecah £500++, tak pasti samaada cukup atau tidak.

Walauapapun, aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk belajar disini. Walaupun ada cabaran, aku anggapkan ianya satu permulaan baru untuk aku. Hijrah perlu dalam diri untuk maju kehadapan. Kejayaan lepas menjadi pendorong aku untuk lebih tabah di sini.

Doakan aku.

Saturday, November 01, 2008

Malaysia to Plymouth

Malaysia to Plymouth

26.83 . Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang yang soleh.
Chapter : Ash-Shu'araa

Macam mana aku nak mulakan blog yang sekian lama aku tinggalkan. Sebenarnya aku takada perasaan untuk menulis blog ini. Tetapi disebabkan ada perkara yang telah terjadi dalam hidup aku, aku rasakan amat perlu aku luahkan sedikit cerita yang terjadi pada hidup aku.

Bercerita bukan bermakna aku nak berceloteh. Tetapi sekadar untuk berkongsi apa yang aku rasakan perlu untuk dikongsi bersama. Ilmu seharusnya dikongsi bersama, bermakna setiap kali ia dikongsi ilmu itu akan berkembang. Untuk kali ini aku harap aku dapat kekalkan untuk menulis perkara yang aku rasa untuk berkongsi bersama semua.

Seorang rakan aku pernah berkata. Untuk apa kita kongsikan pengalaman kita bersama orang lain. Tiada guna melainkan orang itu akan tahu mengenai kita. Di tambah lagi, pengalaman seorang rakan memberi tahu, dia ada rakan blog yang tidak pernah berjumpa, tetapi rakan blog tersebut amat memahami dirinya, jauh lebih baik dari orang disekelilingnya.

Mungkin benar, blog menggambarkan apa kita sebenarnya, namun disebalik tulisan-tulisan yang ditulis harus dilihat secara positif kerana apa yang ditulis menggambarkan apa kita sebenarnya.


My Flight 14 Oct 2008 from Malaysia MH04

Oktober 2008

Bulan 10 merupakan bulan permulaan aku sebagai pelajar, bukan lagi bekerja dan bukan lagi seorang yang perlu pergi ke pejabat setiap hari.

Seawal Oktober 2008, semua rakyat Malaysia menyambut perayaan Hari Raya puasa. Seperti biasa, sambutan raya disambut biasa sahaja oleh aku. Ini adalah kerana tanggal 13 Oktober 2008, aku akan ke Plymouth dan akan memulakan kehidupan baru aku di Plymouth, UK.

Selamat Tinggal Malaysia

4.100. Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Chapter : An-Nisaa

Welcome to Plymouth, UK

15 Oktober 2008
Hari pertama aku di Plymouth, aku daftarkan diri di pejabat University of Plymouth, dan aku kini bergelar pelajar. Aku berhijrah dari seorang yang bergelar pensyarah kepada pelajar. Kini aku bukan lagi menjadi penyelia tetapi aku diselia. Aku bukan lagi menunjuk ajar, tetapi aku ditunjuk ajar. Mungkin ada hikmahnya aku disini.


November 2008
Tidak banyak yang aku dapat lakukan sejak aku berada disini. Secara ringkasnya aku cuma menjalani hidup yang sama. Bagi menambahkan aktiviti harian aku, aku mendaftar menjalani latihan gym di sini. Bayaran yang dikenakan tidak mahal, £50 untuk setahun.

Sekian sahaja untuk kali ini. Temui lagi untuk sisipan yang akan datang.

Monday, September 22, 2008

Berbuka Puasa di Singgahsana


Berbuka Puasa di Singgahsana, originally uploaded by askbard.

Tarikh : 21hb September 2008
Lokasi : Singgahsana, Petaling Jaya Selangor, Malaysia.

Semalam aku dan rakan-rakan Ex-KKTAZ berbuka puasa kat Singgahsana
Hotel. Meriah walaupun pada awalnya 30 orang nak datang.
Tp smalam hanya few yang hadir.. Macam biasa org-org yang hadir sama
seperti tahun lepas2. Tp tahun neh meriah sikir sebab semua yg datang
dah bawak anak masing-masing.

So attached are some picture for the event.