Live feed from My Flickr

Thursday, December 08, 2011

Saraan Baru Perkhidmatan Awam - SBPA : Teknologi Maklumat (F)


Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011
  1. Pekeliling baru dikeluarkan pagi tadi. Semua penjawat awam yang sebelum ini tertunggu-tunggu pekeliling ini dapat membacanya. Aku pun tak terkecuali. 
  2. Kepada yang belum membaca, sila muatturun dari laman web JPA.
  3. Semua maklumat boleh didapati dari laman web tersebut. Cuma sedikit kecewa bila Lampiran C tidak dilampirkan dalam perkeliling itu. Lampiran C ini penting kepada semua penjawat awam kerana ianya melampirkan jadual gaji terbaru - Jadual Gaji Sebaris (JGS).
  4. Ralat. Aku pun masih tidak pasti kenapa Lampiran C ini tidak di umumkan dalam laman web terbabit. Kadang-kala aku terfikir - acapkali kerajaan melaungkan ketelusan, masih terdapat pekara yang tidak telus. Pada aku Lampiran C ini BUKAN di bawah kategori rahsia rasmi dan tidak salah jika ianya di lampirkan bersama dengan Pekeliling terbabit. Sekurang-kurangnya penjawat awam dapat menilai dan menganalisa sebelum menandatangani borang pilihan SBPA nanti.
  5. Banyak perkara yang dibincangkan dalam pekeliling terbabit cuma aku lebih tertarik untuk membincangkan pemindahan gaji dari SSM ke SBPA.
Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat (F)
  1. Disebabkan JGS tidak dilampirkan. Aku muat naik Jadual Gaji Sebaris bagi perkhidmatan Teknologi Maklumat (F). [Sila Muatturun]
  2. Setelah aku amati dari Gred 41 - 54, aku dapati paling beruntung adalah Gred 54. Untuk perbandingan, aku bandingkan semua gred F41 sehingga 54 berdasarkan gaji baru dan gaji lama. Penggiraan ini dibuat berdasarkan perkara No. 33 dalam pekeliling.
  3. Berdasarkan maklumat yang sedia ada berikut adalah ringkasan mengenai pemindahan gaji. [Perbezaan Gaji: Versi 1]. Jika terdapat kesalahan dari segi pengiraan, bermakna semua analisis dibawah adalah SALAH [Harap dapat maklumkan kepada aku - aku tiada Lampiran C untuk contoh pengiraan]. 
  4. Untuk perbezaaan dengan jadual gaji SSM. Sila rujuk [Jadual gaji SSM]
  5. Kedua dua versi ini mempunyai implikasi berbeza. 
Analisa Ringkas (Berdasarkan Slide dan Video)
  1. Secara purata peratus kenaikan gaji bagi skim ini F54 (20.55%), F52 (6.31%), F48 (7.67%), F44 (8.83%) dan F41 (9.86%).
  2. Secara purata kenaikan gaji (RM) bagi skim ini selepas pemindahan gaji dari SSM ke SBPA  F54 (RM1174), F52 (RM351), F48 (RM384), F44 (RM306) dan F41 (RM210).
  3. Secara perbandingan peratusan kenaikan gaji tertinggi adalah bagi Gred F54 P1T1 sebanyak 35.12% dan terendah adalah Gred F52 P1T3 dengan 4.21% sahaja.
  4. Secara perbandingan kenaikan gaji tertinggi adalah bagi Gred F54 P1T1 sebanyak RM1844 dan terendah adalah Gred F41 P1T5 dengan RM119 sahaja. 
  5. Bagi kakitangan Gred F54 jika dilihat semua akan mendapat gaji yang sama pada 1 Januari 2012. Sebagai contoh F54 P1T1 bergaji RM5251 pada 2011 akan mendapat RM7095 pada 2012 kenaikan lebih kurang 35%. Berbeza dengan F54 P1T7 bergaji RM6606 akan mendapat gaji yang sama RM7095 pada 2012 dengan kenaikan cuma 7.40%. Ini bermakna penjawat awam lama dan baru adalah sama dari segi matagaji. Nampak kurang adil pada penjawat awam F54 P1T7. Perkara ini juga terjadi dalam gred yang lain.
  6. Kenaikan gaji dalam gred yang sama adalah berbeza dari segi peratusan. Sebagai contoh F41 P1T1 mendapat kenaikan sebanyak 13.74% berbeza dengan F41 P1T4 yang cuma 9.71%.  Ini bermakna kakitangan yang baru bekerja mendapat kenaikan tinggi berbanding pekerja yang masuk setahun awal. 
  7. Terdapat juga kes dimana PA senior akan mendapat gaji yang saya pada tahun 2012. Sebagai contoh, PA F41 pada P1T4 dan P1T5 akan mendapat gaji yang sama. Adalah kesan daripada nilai terhampir pada SBPA (*rujuk bracketing) . Walaupun begitu, PA P1T5 akan mendapat kenaikan tahunan lebih awal beberapa bulan berbanding PA P1T4 seperti dalam jadual. Keadaan ini sedikit menyedihkan apabila PA senior yang sebelum ini 2 tahun lebih awal dari PA junior menjadi kurang kepada hanya beberapa bulan.
  8. Selepas Pergerakan gaji tahunan, rata-rata PA akan mendapat kenaikan lebih 10% kecuali PA F52 P1T7 dan P1T3.
  9. Kenaikan bagi JUSA adalah tertinggi berbanding semua PA. Seperti dalam jadual purata kenaikan adalah RM5514 atau 71%.
Aku rasa banyak lagi perkara yang aku boleh kupas dari analisis ringkas yang aku buat ini. Aku rasa cukup la kupasan aku. Kalau nak tahu perbezaan lain. Sila muatturun dua lampiran-lampiran diatas dan buat perbandingan sendiri.
Kesimpulan
  1. Terima kasih kepada kerajaan kerana membuat penyemakan dan memperkenalkan skim gaji baru.
  2. Aku masih tiada Lampiran C untuk Skim Pensyarah (DS) dan masih mencari. Tetapi aku dapat info dari taklimat di IPTA semalam dan aku catatkan di sini.

10 comments:

  1. bagimana pula dengan kakitangan yang berada di tangga gaji P2 @ P3.. adakah kenaikan gaji mereka sama shj dengan yang berada di PI sekarang?

    ReplyDelete
  2. cik ila..

    saya pun kurang pasti.. sbb lampiran C tu takade.. kalau ade then boleh la bagi komen :)

    ReplyDelete
  3. bro yang paling kesian P1T5 la bro...anjak jadi 2358...so paling dekat ialah dgn P1T3 SBPA RM2385....

    ReplyDelete
  4. bile ade berlaku bracketing cam tu... yg mane T1 sama gaji dengan T2 dan T3... kenaikan untuk 2012 bergantung pada seniority...T1 akan dapat kenaikan Januari, T2 akan kenaikan April dan T1 pada Julai... so bile SBPA. seniority hilang bile masa dari 2 tahun senior menjadi 7 bulan sahaja :). .....perkara ini banyak berlaku dlam setiap gred...

    ReplyDelete
  5. mcm pelik jer utk P1T7 utk F41 tu bukan naik 2610 ke instead of 2835?

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Bagaimana pulak dengan pesara kerajaan? pencen akan turut naik ke?

    ReplyDelete
  7. Encik Helmi, saya tak tahu plak pasal pencen.
    Encik Anonymous 14 December , kiraan encik betul jika dilihat pada gaji terhampir. mmg naik ke 2610. tp disebabkan PTG dia Januari, so pada 1 Januari 2012 dia akan dapat terus 2835.

    ReplyDelete
  8. Salam mcm mana pula yang dah mati gaji.. Cthnya P1 T10 kat DS52 RM6439.44. nak naik P1 T11 dah tak ada...tak naik gaji la nampaknya...

    ReplyDelete
  9. untuk yang dah habis tangga gaji.. ade sambungannye.. untuk DS.. tgk pada artikel saya yg lagi satu

    ReplyDelete
  10. salam..sy stdnt sarjana muda sains komputer dgn kepujian...after google,gred sy jika bekerja dgn kerajaan adalah F41. Betul ke cara sy tgk gred ni??

    ReplyDelete