Live feed from My Flickr

Saturday, November 01, 2008

Malaysia to Plymouth

Malaysia to Plymouth

26.83 . Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang yang soleh.
Chapter : Ash-Shu'araa

Macam mana aku nak mulakan blog yang sekian lama aku tinggalkan. Sebenarnya aku takada perasaan untuk menulis blog ini. Tetapi disebabkan ada perkara yang telah terjadi dalam hidup aku, aku rasakan amat perlu aku luahkan sedikit cerita yang terjadi pada hidup aku.

Bercerita bukan bermakna aku nak berceloteh. Tetapi sekadar untuk berkongsi apa yang aku rasakan perlu untuk dikongsi bersama. Ilmu seharusnya dikongsi bersama, bermakna setiap kali ia dikongsi ilmu itu akan berkembang. Untuk kali ini aku harap aku dapat kekalkan untuk menulis perkara yang aku rasa untuk berkongsi bersama semua.

Seorang rakan aku pernah berkata. Untuk apa kita kongsikan pengalaman kita bersama orang lain. Tiada guna melainkan orang itu akan tahu mengenai kita. Di tambah lagi, pengalaman seorang rakan memberi tahu, dia ada rakan blog yang tidak pernah berjumpa, tetapi rakan blog tersebut amat memahami dirinya, jauh lebih baik dari orang disekelilingnya.

Mungkin benar, blog menggambarkan apa kita sebenarnya, namun disebalik tulisan-tulisan yang ditulis harus dilihat secara positif kerana apa yang ditulis menggambarkan apa kita sebenarnya.


My Flight 14 Oct 2008 from Malaysia MH04

Oktober 2008

Bulan 10 merupakan bulan permulaan aku sebagai pelajar, bukan lagi bekerja dan bukan lagi seorang yang perlu pergi ke pejabat setiap hari.

Seawal Oktober 2008, semua rakyat Malaysia menyambut perayaan Hari Raya puasa. Seperti biasa, sambutan raya disambut biasa sahaja oleh aku. Ini adalah kerana tanggal 13 Oktober 2008, aku akan ke Plymouth dan akan memulakan kehidupan baru aku di Plymouth, UK.

Selamat Tinggal Malaysia

4.100. Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Chapter : An-Nisaa

Welcome to Plymouth, UK

15 Oktober 2008
Hari pertama aku di Plymouth, aku daftarkan diri di pejabat University of Plymouth, dan aku kini bergelar pelajar. Aku berhijrah dari seorang yang bergelar pensyarah kepada pelajar. Kini aku bukan lagi menjadi penyelia tetapi aku diselia. Aku bukan lagi menunjuk ajar, tetapi aku ditunjuk ajar. Mungkin ada hikmahnya aku disini.


November 2008
Tidak banyak yang aku dapat lakukan sejak aku berada disini. Secara ringkasnya aku cuma menjalani hidup yang sama. Bagi menambahkan aktiviti harian aku, aku mendaftar menjalani latihan gym di sini. Bayaran yang dikenakan tidak mahal, £50 untuk setahun.

Sekian sahaja untuk kali ini. Temui lagi untuk sisipan yang akan datang.

1 comment:

  1. Sedih ceritanya...tapi yg penting ...org yg tabah akan berjaya suatu hari nanti...insyallah....sama2 kita doakan k.....Gud Luck.... :-)

    ReplyDelete