Live feed from My Flickr

Monday, June 01, 2009

Panas, Panas, Panas

Gambar musim panas di Plymouth, UK

"Panas panas panas panas, Badan ini"
"Pusing pusing pusing pusing, Kepala ini"

Huh, begitulah bunyi lirik lagu 'Nakal" dari kumpulan Gigi. Panas sungguh minggu lepas. Tidak cukup dengan cuaca yang panas, ditambah juga perkara-perkara lain yang turut menyumbangkan kepanasan hati dan badan. Dari kes curi di rumah aku sehingga kepada kes tidak puas hati di kalangan warga Malaysia di sini (kes ini aku malas nak cerita).

Roland Levinsky, University of Plymouth

Cuaca di Plymouth.

Sejak minggu lepas, cuaca di sini sungguh panas. Cuaca di sini agak panas, pada aku, bukan agak panas tetapi sudah mencecah 26°C. Walaupun aku tahu sekarang ini adalah di akhir musim bunga dan permulaan musim panas, namun cuaca yang panas sejak dua tiga hari yang lepas membuatkan aku rimas, pening dan hampir demam. Demam? Aha, aku hampir demam minggu lepas. Selepas pulang dari ber‘picnic’ di Bournemouth, aku memang nak demam. Aku cuba lawan. Pergi gym dan lakukan senaman ringan. Alhamdulillah aku dapat atas masalah itu, tetapi produktiviti aku minggu lepas menurun. Aku rasa aku tidak lakukan apa-apa perkara yang berkaitan dengan kerja, mungkin aku kurang sihat. Aku malas nak berfikir terlalu banyak mengenai kerja, lalu aku tinggalkan semua kerja, sebaliknya aku hanya lakukan kerja yang termampu. Mood untuk membuat penyelidikan memang menurun minggu lepas.

University of Plymouth, UK

Berbalik dengan kes cuaca panas di Plymouth, yang kini mencecah 26°C, dianggap rendah bagi rakan-rakan di Malaysia yang sekarang mencecah 37°C. Rendah memang rendah, tetapi bezanya di Malaysia ada hujan di sebelah petang, di sini, panas sepanjang hari tanpa hujan. Kering sentiasa, membuatkan kepala otak aku kering dan pening. Setidak-tidaknya di Malaysia cuaca nya panas dan lembap, di sini, panas dan kering.

Waktu petang di Plymouth, UK. 9.00 malam GMT.

Dengan perubahan cuaca dan waktu sekarang, aku rimas. Mana tidaknya, jika di Malaysia, pukul 5.30 pagi matahari masih lagi tidak kelihatan, tetapi di sini, 5.30 pagi sudah cerah dan jam 9 malam baru maghrib. So, bayangkan kecerahan melampau dari jam 5.30 pagi sampai 9.00 malam, ditambah dengan suhu bilik yang panas tanpa ‘aircond’, macam mana nak aku lelapkan mata. Huh..susah, sungguh susah. Setidak-tidaknya di Malaysia aku ada ‘aircond’ untuk tidur, di sini, nak cari ‘aircond’, mimpi pun aku tak dapat. Orang anggap pelik kalau aku tertiba nak letak ‘aircond’ dalam bilik. Landlady aku mesti minta sewa sewa lebih kalau aku nak tambah aircond.:).

Bulan di siang hari? Masa 9.00 malam.

Kes Curi

Panas, begitu la aku dapat katakan keadaan hati aku sekarang. Bukan apa, bermula dengan gula, cheese (keju), roti, bawang, ayam, kentang, telur, buah epal dan sekarang ais krim pun dia nak kebas. Aku pun tak tahu la, apa jenis manusia yang makan dan mencuri makanan. Mungkin dia kafir, itu yang aku mampu fikirkan, sebab itu juga dia tidak perlu risau tentang barang yang dia curi. Aku bukan hendak tuduh, tetapi benda ini kerap sangat berlaku. Semua benda yang aku ada letak di dapur, semua nya nak diambil. Nak kata tak ada duit, semuanya orang tempatan, British lagi. Aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi, cuma aku doakan satu hari nanti dia sedar apa yang dia buat. Nak halalkan pun dia kafir, tak tahu nak cakap apa lagi. Last-last sekarang aku letakkan semua barang dalam bilik aku. Sebab tu dia dah tak ada barang nak curi, habis ais krim aku dia kebas, ais krim tak boleh letak dalam bilik, tak ada peti ais dalam bilik. Kalau dah ada, dah lama aku letakkan dalam bilik aku.

Aku malas nak bercerita fasal kes curi ini, kalau lagi fikirkan, lagi panas aku rasa, dah la cuaca yang panas, di tambah dengan hati yang panas. Panas kuasa dua jadi kang. Kalau la aku ada doa-doa kasi dia segan ambil barang tu semua, kan baik. Tapi aku tak ada. Geram aku rasa, rasa macam nak letak jer CCTV kat dapur tu, tengok sapa sebenarnya cik tikus British.

Masak sate di rumah belakang rumah Zarul

Sate di Plymouth??

Last entri untuk kali ini, aku bersama rakan-rakan di Plymouth luangkan masa pada hari Sabtu lepas dengan membakar sate. Masak sate kat rumah Zarul, tak banyak yang kita orang masak, tapi cukup untuk dalam 100 cucuk. Kalau nak tunggu pergi ke London, aku rasa kempunan la aku nak makan sate. Zarul cakap, kat London 5 cucuk sate dengan sedikit nasi himpit+bawang+timun boleh mencecah £5. Huh, dari makan sate kat London, lebih baik aku masak sendiri. Walaupun tak sama dengan rasa sate Kajang, tapi sekurang-kurangnya ada nasi himpit segera.:)

Okla, aku rasa dah panjang entri kali ini, ayat pun dah pusing-pusing, panas sebab tu pening dan entri pun pusing-pusing. Esok-esok aku baca semula, dan betulkan kat mana yang pusing-pusing tu. :)

Selamat jumpa lagi. Untuk selingan, aku klip kan satu video klip dari nyanyian Taufik Batisah, Usah Lepaskan. Lagu ni lagu sedih, entah kenapa aku layan plak lagu ini. Huhu. Tiada kaitan dengan aku sekarang ini, sekadar hiburan semata-mata. Antara bibit-bibit yang layan baca lirik kat bawah. :). Gila la jiwang aku kali ini.

Usah biarku bersendirian
Usah biar hati mu di tawan
Usah biar diri ku disini
Seorang menunngu tanpa teman

Usah lepas genggaman tangan mu
Usah biar semua berlalu
Usah terlupa perasaan hati
Pertama kali kita bertemu
Usah lepaskan



14 comments:

  1. Sate nampak sedap. Adun sendiri ker beli yg siap???? Hebat2.. pandai masak lagik. Hebat2..
    Pasal kes curi tuh. Kat rumah sewa pun I terjebak dgn benda2 camtuh. Muka tak malu selambaaa jer makan makanan org. Sampaikan cheesedale pun nak curi. Satu 2 keping leh gagah lagik. Satu bungkus dia rembar. Roti blum sempat makan.. dah habis! BOLEH? So minyak masak.. i akan tanda dgn amrker pen sampai takat mana I pakai... buah ker benda2 yg leh dia kira.. kena kira. Since then.. dah tak beli brg2 camtuh lagi. Bengang gilers.

    ReplyDelete
  2. waaa bes nyer!! abg buat ape kt sna??
    nie lg kuat semnagat ayeem nk smbung degree kt luar pasnie... hehee...

    ReplyDelete
  3. salam... bad, ader satay? muahahha... lame aku tak wat satay gak nie... ni rase kobar2 jerr... bad, kalo ko dtg sini sure ko pigsan... panas dah 42 celcius nie... ni baru loagi awal summer... sok2 dah tengah2, mau masak kalo kuar umah nie... sebab tu kat sini, jenjalan pon kuar malam jerr... kalo tak hangusss masa jenjalan tue... panas kering nie len macam sket kannn... bad, ang beli la peti es kecik tu... boh eskrim dlm bilik... aper punyer penyamun tarbus curi benda makan... siott jer...

    ReplyDelete
  4. Panas:
    memang panas ah. Kalo kipas lam bilik aku leh menjerit...dh lama dia jerit sbb kene bekerja keras..ehhe

    Bab Cik Ti British tu..biasa la. sapa2 yg dok umah sewa mcm ko akan terjebak dgn makhluq sebegitu.Sabar ye..tk lama lagi kan nk pindah.Bertahanlah! :-)

    Satay:
    memang best ahhhh..eheheh puas hati rasanya.

    Lagu selingan:
    Sedihnya lagu ni....huwaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  5. Huhu.. Kengkadang biasa la tu kot En.Bad kalo shared kitchen ni.. Sy dulu lagi la depan mata budak tu masak mix vege yg baru sy beli kat dlm freezer.. Kira 2-3 kali dah mix vege sy hilang.. Katenye dier ingat dier punye pasal brand same.. Yang paling syok kes ade org gigit separuh apple pie kat dalam fridge.. Sy tak tau nk marah ke nak gelak pasal boleh lak makan separuh2.. Kalo dh gigit tu habiskan je la terus.. Last2 sumer brg dapur sy mark ngan marker..

    ReplyDelete
  6. Sate : Masak sendiri la. nak beli huh, mahal giler. Resepi..Mr. Zarul yang sediakan. Masak sama sama.

    Kes Curi: Kalau korang ade doa-doa untuk pendinding makanan..kasi kasi la kat aku.aku nak baca doa sikit..biar dia tak nampak makanan aku.

    Panas: Tempat ko tu Ayu, memang sah sah la panas, Kuwait. sure la panas..

    ReplyDelete
  7. wa wa wa 100 cucuk sate mana cukup tuk korang makan, hehe. hah UK mmg panas, besok aku nak pakai payung gi MBA centre, tak kira la even takde org pakai payung kat UK nih. hehe. Ko kasi la pencuri tu sakit perut, sure lepas ni takde die nak curi brg ko :D

    ReplyDelete
  8. atas lazer en bard yg menyuruh aku komen blognya... aku pon lantas komen!!!!
    ha hamboi2... bukan main gamba ko ngan sate! gambar aku mane???? ishk2... tak aci sungguh!!! penat aku kipas sate!
    ko nih aku pon suke lagu nih... siap ade dlm phone lama aku.... chorus die best!!!! ni version unplugggeddd kot! ko dengar yg version biasa lagik best!!!

    ReplyDelete
  9. Salam abg...

    Hahaha...apa yang berlaku dgn rakyat malaysia di sana...

    Sana panas...sini pun panas gak bang....

    Makan sate tak ajak pung!

    ReplyDelete
  10. ala..brg2 2 sy yg curik..
    hahaha..
    mst abg xprasan kn..
    sabo jela..
    sate cm bez..bak sket..
    kt cni xdo sate la..
    byk kpak ayam pggang je..

    ReplyDelete
  11. wah terrer gak mamat ni memasak! leh lawan ngan ayu ni... hehehe

    ReplyDelete
  12. to wan: nak makan satay? nanti abg balik kl abg call..turun dari miri dtg kajang..makan kat kajang.

    to reza: nak jugak ayam panggang.. lagi best ape..

    to irra: baru masak sate. tu pun bakar jer..resepi kawan yang buat..kita kipas2 jerk

    ReplyDelete
  13. syoknyer ... hmm ... panas panas panas ... kat lengan tu cam ada perubahan jer ... gempak tu ... teruskan gym yer ...

    ReplyDelete