Live feed from My Flickr

Wednesday, May 27, 2009

Berehat di Bournemouth, UK

28.73 . Dan di antara rahmat-Nya, Ia menjadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya, dan supaya kamu bersyukur.
Chapter : Al-Qasas


This picture is captured by Shue

Bournemouth, United Kingdom ( 1°52'33.47"W, 50°42'56.68"N)
Enam tahun lepas, Amir, rakan sepejabat aku di Kuala Lumpur, melanjutkan pelajarannya di Universiti of Bournemouth, United Kingdom. Dan ketika itu, aku katakan pada diri aku sendiri, bilakah aku akan menjejakkan kaki di Bournemouth, UK?
Anak Zalisham : U-kyle

Isnin, 25 May 2009, semuanya menjadi kenyataan, aku dan semua warga Malaysia Plymouth, meluangkan masa selama satu hari di Bournemouth. Seharian di Bournemouth, anggapan aku meleset bila aku dapati Bournemouth tidak seindah seperti digambarkan oleh orang yang pernah melawati Bournemouth. Walau bagaimana pun setuju dengan mereka, Bournemouth mempunyai tarikannya yang sendiri. Pada hari itu, mungkin disebabkan cuaca yang agak baik, di sekitar 22 darjah Celcius, ramai pengunjung mengunjungi pandai Bournemouth pada hari itu.
Warga Malaysia di Plymouth, UK

Bournemouth, bandar yang aku anggap kecil, lebih kurang 120 batu dari Plymouth dan mengambil masa perjalanan selama lebih kurang 3 jam. Tidak banyak perkara yang menarik aku lawati pada hari tersebut kecuali menaiki Bournemouth Eye, melihat pantai dan ber'picnic' di taman.
Dari Kiri: Shue, Umai (Ukyle), Eton (Akil), Noris (Aishah)

Petang itu, rancangan untuk mengadakan barbecue di Bournemouth terpaksa dibatalkan kerana tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa di sana. So, terpaksalah berbarbecue di rumah Zalisham di Plymouth. Walaupun singkat, namun aku boleh katakan perjalanan kali ini agak menarik kerana semua warga Malaysia di Plymouth turut serta.

This two pictures are taken by Firdaus

Untuk mengetahui cerita lebih lanjut mengenai Bournemouth, layari http://www.bournemouth.co.uk/

9 comments:

  1. Asal kasut sama cam Apanz?... iskiskisk! Kembar se'rias'. U pakai camera aper erk?

    ReplyDelete
  2. betul kata ko. ada org ckp kt aku, bournemouth lawa gile, tp aku rasa cam biasa2 je. bole la. maybe sbb kita from plymouth kot? terbiasa ngan pantai ke? eceh ceh ceh... apa pon mmg best, sbb semua org ada + cuaca sgt baik!

    ReplyDelete
  3. ye ke sama?mane tahu dia pakai kasut apa skrg.... I pakai Canon 450D, lens 55-250mm.

    ReplyDelete
  4. best nye gambar2 ni....awk nmpk kurus sekarang...awat merana buat PHD ke?..hehe..
    budak U- klye ni sgt comey....awk bile lak nk ada anak?...hahhaaa...^_^

    ReplyDelete
  5. ive updated blog
    credit to you for the lovely pictures!
    yeah nice "HOTTT" trip!
    Sun Burn!!!

    ReplyDelete
  6. Thanks Bard! For the lovely pictures! I have linked you blog to mine..ehhee

    ReplyDelete
  7. salam bad...

    hehehe, jalan2 cari aweks ker... muahahha.. jgn maree... nak tanyer, Kak Umai tu dulu student UKM ker? cam kenal jer... hukhukhuk... bad, nanti free ym ek, nak tanye pasal dslr... aku ngidam nie... ngeh3...

    ReplyDelete
  8. ayu.. dari makluman yang aku terima.. umai tu memang bekas pelajar UKM. nanti aku tanya dia direct kalau jumpa dia.husband dia buat phd cam aku gak. duduk kat blakang aku jer dalam opis

    ReplyDelete
  9. Bad, kim salam kat K umai... dia sama2 kamsis ngan aku kat ukm tu .. com B.. kalo dia lupa kat aku, bgtau dia ayu kompang, kawan niza n nazha yang sama2 gak dlm kompang tu..

    ReplyDelete