37.61 . Untuk memperolehi kejayaan yang seperti inilah hendaknya orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh.
Chapter : As-Saffat
Dari firman Allah s.w.t diatas aku mulakan. Persoalan di antara tiga ungkapan ini; kejayaan, impian dan masa depan yang mana satu mempengaruhi kehidupan kita seharian?. Kejayaan yang telah kita kecapi semalam, impian yang kita idamkan pada esok hari atau masa depan yang belum tahu takdirnya. Itulah ungkapan sisipkan aku kali ini. Tiga ungkapan yang benar membuat kita berfikir sejenak tentang apa yang kita usahakan sekarang berbaloi ataupun kita hanyalah sebagai pemain yang memainkan perjalanan yang ditentukan Ilahi.
Kejayaan
Belum tentu kita diberi kejayaan untuk di masa akan datang tetapi yang pasti kejayaan lepas telah menjadi sejarah. Bak pepatah. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Acap kali kita memperoleh kejayaan, kita rasakan bahawa ia milik kita sendiri, kita lupa bahawa apa yang kita capai semalam sebenarnya bukan milik kita sendiri, malah ada yang mempengaruhi kita di sebaliknya tanpa kita sedari.
Bercerita tentang kejayaan, aku teringat tentang kejayaan aku yang lepas. Direnung seketika banyak kejayaan yang aku bina itu bukan milik aku seorang. Malah ada orang lain yang turut menyumbang kepada kejayaan itu. Hari ini aku juga dimaklumkan oleh adik aku, dia memperoleh keputusan yang agak cemerlang untuk peperiksaan matrikulasi. Pada aku memperoleh kejayaan sepertinya harus dibanggakan. 4.0, begitulah nilai kejayaan yang diukur oleh pelajar-pelajar di Malaysia. Berjaya memperoleh 4.0 atau kesemua A dalam mata pelajaran membuktikan bahawa kita telah berjaya. Namun, perlu diingatkan ia adalah sejarah, masa depan belum tentu dan masa akan menentukan. Persoalannya juga adakah nilai 4.0 itu akan membentuk impian kita di esok hari dan menentukan masa depan kita yang belum pasti?
Aku tinggalkan persoalan tadi. Kejayaan yang lepas bukan milik aku seorang. Justeru, aku kira aku masih lagi tidak terlambat untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah membantu aku dan berada di belakang aku selama ini, keluarga, rakan-rakan mahupun lawan. Kejayaan aku dahulu tidak akan tercapai tanpa ada mereka-mereka ini di sisi.
Impian
Tatkala kita merenung kepada kejayaan masa lepas, seringkali kita mahu ia berulang kembali. Walaupun kejayaan telah menjadi sejarah, kita masih berpegang kepada kesungguhan kita untuk mencapai impian yang akan datang. Kita tahu, kejayaan tidak akan datang bergolek, dengan impian dan usaha insyallah kita mampu untuk kecapi kejayaan akan datang. Begitu juga dengan berita yang baru disiarkan di BBC pada hari ini. Impian British untuk menghantar angkasawan pertama mereka ke bulan. Lantas, teringat aku tentang kejayaan Malaysia menghantar Dr Sheikh Muzaffar untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia. Walaupun ramai mengatakan beliau hanyalah dikira sebagai pelancong angkasa (SpaceFlight Tourist), ia tetap satu kejayaan yang bermula dengan impian.
Tatkala kita menyatakan kejayaan Dr. Sheikh Muzaffar lepas bukan seharusnya milik Malaysia, kita lupa bahawa kita seolah-olah meludah ke langit, tanpa disedari , akhirnya jatuh ke muka kita sendiri. Pada aku, walaupun beliau dianggap sebagai pelancong angkasa, usaha beliau harus dihargai dan dijadikan contoh untuk kita semua. Pada pengamatan aku, rasanya bukan mudah untuk melalui kursus dan latihan ketat yang dikendalikan oleh NASA.
Untuk angkasawan dari Britain, Timothy Peake, yang terpilih untuk bersama-sama angkasawan lain dari Eropah untuk menjelajah angkasa juga perlu dipuji. Dari sumber BBC, beliau dirujuk sebagai angkasawan pertama yang terbang ke ruang angkasa dengan membawa nama Britain. Aneh? Mungkin aneh pada kita. Aku turut terfikir sejenak kerana aku terfikir sebelum ini semua orang tahu, UK adalah antara negara maju di dunia. Mana mungkin ini adalah angkasawan pertama. Namun, ia dimaklumkan oleh sumber dari BBC tentang kesahihan cerita itu.
Abaikan persoalan itu, yang penting sekarang, melihat tentang kejayaan dan impian, aku terfikir sejenak, adalah Malaysia mampu untuk menghantar angkasawan pertama yang sepenuhnya dari Malaysia di masa depan? Bermakna kita tidak lagi bergantung pada negara lain seperti Amerika dan Rusia yang seperti semua tahu, merupakan peneraju penyelidikan dalam bidang angkasa lepas. Secara lebih tepat lagi bidang kapal angkasa.
Masa Depan
Persoalan masa depan pada aku mungkin bergantung pada kejayaan lepas, impian kita dan juga takdir yang ditentukan Ilahi. Siapa tahu apa yang akan jadi esok. Siapa yang boleh meneka apa yang akan berlaku minggu hadapan. Bercerita tentang masa depan, aku teringat sisipan e-mail yang aku terima beberapa hari yang lepas, tentang sejarah Presiden Amerika sekarang. En. Barack Hussein Obama yang merupakan Presiden Amerika yang ke-44. Obama, atau dalam email menyebut OBAMA, atau (Originally Born in Afrika to Manage America), di dalam bahasa Malaysianya bermakna, dilahirkan di Afrika untuk mengurus Amerika. Mungkin ada benarnya ungkapan itu, tetapi yang lebih penting, siapa tahu dahulu dia adalah warga Afrika yang biasa tetapi kini menjadi orang nombor 1 di negara yang dianggap polis dunia, Amerika. Aku dikirimkan sisipan gambar yang menunjukkan perbezaan ketara dua waktu yang berbeza, sebelum menjadi presiden dan selepas menjadi presiden. 21 tahun dahulu beliau hanya seorang warga Afrika, namun sekarang ia berubah. Gambar 21 tahun dahulu beliau di Afrika (dikatakan di rumah nenek beliau), namun sekarang di dalam Rumah Putih (White House), Amerika.
Untuk akhirnya, aku tinggalkan persoalan kepada semua. Persoalannya. Fikirkan lah, apa yang membolehkan masa depan kita akan dikecapi dengan penuh kejayaan dan turut akan berubah seperti Obama? Adakah semua kejayaan sekarang disebab kejayaan yang lepas atau impian yang diidamkan atau memang ditakdirkan oleh IIahi.
Sekian untuk kali ini, jumpa lagi disisipan akan datang. Assalamualaikum.
guano mu kecek melayu pulok? smlm in english :D haha
ReplyDeleteps: adik yg mana dpt 4.0 tu?
kene tukar-tukar. nanti buat in english plak. Tak pun aku translate yang ini aje.heheh
ReplyDeletetakpe bard pelan2 kayuh!!! lama2 sampai la... gambar paling bawah itu sangat vintage ok!!!
ReplyDeleteAku setuju bab kejayaan yg kita kecapi hari ini bukanlah drpd usaha kita semata-mata..itu adalah rezeqi drpd Allah dan juga berkat doa ayah bonda, sahabat, guru dan juga org yg kita tk kenal tp mereka berdoa utk kita juga..
ReplyDelete