Live feed from My Flickr

Wednesday, June 03, 2009

Ketulusan atau ketelusan?

31.22 . Dan sesiapa yang berserah diri kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh; dan kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
Chapter : Luqman

Pernyataan Umum: Nukilan di bawah mampu menggugat emosi anda, jika anda tidak mampu untuk mengawalnya, harap dapat meninggalkan sisipan ini. Kegagalan mengawal emosi anda akan membuatkan perasaan anda marah kepada penulis. Jika itu terjadi, penulis tidak bertanggungjawab atas kegagalan anda mengawal emosi. Sejuta ke-maaf-an di pohon atas keterlanjuran kata-kata dalam sisipan ini.


Dua perkataan, ketulusan dan ketelusan, kadangkala susah untuk kita tunjukkan yang kita benar-benar tulus dan telus dalam perbuatan kita. Dari kata asal tulus, bermakna ikhlas, dan dalam erti kata lain ikhlas dalam membuat sesuatu perkara tanpa ada perkara di sebaliknya. Bermakna tiada berselindung dan bercakap perkara yang benar tanpa prejudis. Manakala telus, bermakna berterus-terang. Hampir sama tetapi berbeza.

Namun, kejadian yang menimpa aku dalam dua tiga hari ini membuatkan aku terpanggil untuk menulis sedikit perkara yang bercerita tentang ketulusan dan ketelusan. Pedih tetapi aku tenang, hakikatnya benar. Katakan yang benar walaupun pedih, begitulah bunyi kata-kata yang aku selalu dengar dari rakan-rakan aku. Cuma apa yang aku mahu coretkan di sini mungkin sedikit sebanyak akan menghiris perasaan orang lain. Tetapi niat aku hanya untuk meluahkan apa yang aku rasa, tidak lebih dari itu dan tak kurang dari itu. Aku mahu menjernihkan yang keruh, tidak mahu ada masalah di kemudian hari.

Teringat aku akan bibit-bibit lagu 'Ketulusan Hati' nyanyian Anuar Zain, menceritakan tentang ketulusan dan keikhlasan cinta manusia, tetapi sedikit berlainan dari entri aku kali ini, cerita aku lebih kepada perkara yang umum, tindak tanduk manusia yang aku rasa kadang kala buat aku malas untuk mengambil tahu dan malas untuk hidup bermasyarakat. Tapi, kalau tak ambil tahu, dikatakan kita tidak pandai hidup bermasyarakat pula, dan kalau terlebih ambil tahu, dikatakan menjaga tepi kain orang dan terlalu memberatkan benda yang ringan. Manusia tiada yang sempurna, aku jua begitu, tidak sempurna, tetapi aku bersyukur aku tidak jahil.

Tapi kejadian yang menimpa aku, membuatkan aku terfikir semula sama ada benar atau tidak tindakan aku, atau tindakan mereka yang salah. Bak orang kata, jangan cuba salahkan orang lain dahulu, lihat kelemahan pada diri sendiri, jika benar kita tiada kesilapan, anggap kesilapan mereka sempadan bagi kita agar kita tidak mengulangi perkara yang sama seperti mereka. Betul, aku setuju dengan pernyataan berasas itu, tetapi persoalannya jika kesalahan itu nampak jelas pada mereka, adakah kita patut dipersalahkan lagi?

Semestinya, lumrah alam dalam hidup bermasyarakat, ada orang sukakan kita dan tak kurang juga orang yang membenci kita. Berbalik kepada ketulusan dan ketelusan tadi, aku cuba untuk kiaskan perkara yang berlaku di sekitar aku. Untuk mengelakkan dari pihak yang terbabit terasa, aku cuba untuk membuat pembayangan. Sebelum itu, aku memohon maaf jika ada yang terasa, aku mohon seribu kemaafan.

Ceritanya begini, bayangkan jika satu pilihan raya dijalankan, dijalankan untuk membuat pilihan sama ada memilih wakil rakyat A atau wakil rakyat B. Katakan, kita tahu jumlah pengundi asal hanya 30 orang sahaja. Masing-masing pengundi mengundi pilihan masing-masing (wakil rakyat A atau B). Pengundian habis, tapi tanpa makluman dan pengumuman kepada umum tentang kemenangan, tiba-tiba wakil rakyat A membuat mesyuarat pembentukan jawatankuasa (mungkin tanda kemenangan, betulkan aku jika andaian ini salah), tanpa maklumkan sebahagian penyokong yang menyokong wakil rakyat B. Pelik kan. Memang ada penyokong yang tidak menyokong wakil rakyat A, tetapi sekurang-kurangnya, maklumkan kepada semua pengundi melalui media utama tentang kemenangan wakil rakyat A. Baru lah, penyokong wakil rakyat B nampak ada ketulusan dan ketelusan dalam pemilihan itu. Bertambah pelik, jika jumlah asal pengundi seramai 30 pengundi, tiba-tiba dimaklumkan bertambah menjadi 35 undi, dan disebabkan tambahan 5 undi ini, wakil rakyat A menang. Lagi haru kan, macam pengundi hantu pula aku rasakan.

Aku cuma dapat tahu bila aku bertanya, jika aku tidak bertanya, bermakna aku tidak tahu tentang apa yang dirancangkan oleh penyokong 'wakil rakyat A'. Bila ditanya, aku dimaklumkan bahawa aku penyokong 'wakil rakyat B' dan tidak menyokong 'wakil raykat A', maka aku tidak perlu tahu keputusan kemenangan. Aku bukan hendak memperbesarkan cerita, tetapi aku cuma sekadar untuk meluahkan perasaan aku. Aku bukan hendak menentang penubuhan jawatankuasa ‘wakil rakyat A’, tetapi aku mahu ia telus dan tulus. Umumkan kemenangan melalui saluran media utama, bukan dengan membuat andaian, di sebabkan kita penyokong wakil rakyat B, kita dilihat sebagai pembangkang 100% dan tidak berminat sama sekali. Tidak telus dan tulus namanya. Namun aku akur, dan terima keputusan yang telah ditentukan oleh mereka. Aku malas hendak bercerita lebih panjang. Cukup untuk sisipan blog ini sahaja.

Walaupun aku menyokong ‘wakil rakyat B’, tewas, tetapi sekurang-kurangnya aku mahukan ketelusan dan ketulusan. Itu sahaja. Kalau nak dikatakan dimaklumkan kepada umum, aku tidak menerima sebarang berita sebelum aku bertanya, begitu juga dengan penyokong ‘wakil rakyat B’ yang lain. Aku terima kekalahan sebagai satu adat pemilihan, tetapi ketelusan dan ketulusan itu sebenarnya menggambarkan betapa ikhlas dan jujur sebenarnya kita dalam membuat apa jua keputusan. Andai kata andaian aku silap, betulkan aku, aku masih belum jahil dan boleh dinasihati lagi.

Aku rasa cukup untuk kali ini, rakan ku minta aku letakkan lagu ‘Ketulusan Hati’ dalam sisipan kali ini. Walaupun lagu tersebut tiada kaitan dengan sisipan ini, tapi dengarkan sahaja. Aku cuma berdoa agar mereka ini bahagia dengan keputusan mereka, dan aku tutup cerita ini, hanya disini, hanya di blog ini sahaja.

Assalamualaikum.


4 comments:

  1. Salam.....

    Errrmmmm...pertamanya, adakah abg baru sahaja selesai dengan aktiviti pilihanraya kampus?. Oh ya... sy terlupa pula bahawa ianya hanya sebuah anologi...

    Beginilah resamnya hidup bermasyarakat...sy sukar sedikit untuk memberi pendapat dan pandangan berhubung perkara sebegini tetapi percaya atau tidak, bila perkara ini berlaku dan terjadi...maksudnya TELUS dan TULUS tidak pernah menjadi perkara asas kepada sesuatu perlambangan baik dalam persahabatan, percintaan dan musyawwarah...

    Abg....abg tak pernah marah bukan?. Sesekali cuba marah....

    ReplyDelete
  2. Dah jadi lumrah sesebuah kehidupan. walaupun ketelusan dan ketulusan itu amat di[perlukan dalam mengapai kedamaian, tapi itulah yang sukar untuk dilakukan.

    Sampai bila dan mengapa, hanya yang berkenaan sahaja dapat menjelaskannya! Tepuk dada tanya selera!

    p/s: untuk sejukkan hati... no body is perfect but try to be a little bit perfect is better than nothing!

    ReplyDelete
  3. dah sejuk dah..cuma kadangkala terfikir adakah tindakan aku betul atau salah..

    ReplyDelete
  4. ada kalanya kita tak perlu lihat kembali kepada perkara yang lepas. just let it go... dan itu mungkin jalan yang terbaik...

    do not think too much pal! enjoy you life!

    cheers!
    -b-

    ReplyDelete