Live feed from My Flickr

Wednesday, June 10, 2009

Lesen Memandu United Kingdom

39.49 Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): “Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
Chapter : Az-Zumar


Gambar sewaktu di Dublin, Ireland

Setelah naik turun, bersusah payah, minta tolong, tidak tidur malam, kepeningan, akhirnya aku berjaya peroleh lesen memandu UK. Sebelum ini, untuk percutian ke Scotland bersama Khairul, Anas dan Afiq, aku pernah cuba untuk meminjam kereta dengan menggunakan lesen memandu Malaysia, tetapi gagal, aku tidak dibenarkan atas sebab tiada permit memandu antarabangsa. Disebabkan itu, aku pun memasang niat untuk mendapatkan lesen memandu UK. Akhir nya hari ini, aku sah mempunyai lesen memandu UK.

Sebagai pelajar dan juga warga negara Malaysia, sebenarnya aku masih boleh menggunakan lesen memandu Malaysia di sini. Lagi pun, kaedah laluan pemanduan di sini sama dengan Malaysia, sebelah kanan. Berbeza dengan kebanyakan negara lain di Eropah seperti Netherlands dan Belgium, pemanduannya di sebelah kiri. Aku pernah berada di sana, agak pelik sedikit laluan pemanduannya, agak berbeza dan kekok jika aku memandu seperti itu.

Seperti yang aku katakan tadi, lesen memandu Malaysia masih lagi sah digunakan di sini, tetapi dengan syarat ia mesti disertakan dengan permit memandu antara bangsa. Untuk pengetahuan, permit memandu antarabangsa berbeza dengan lesen memandu dan ia boleh diperoleh di mana-mana pejabat JPJ. Walaupun begitu, permit tersebut hanya sah digunakan untuk tempoh 1 tahun di sini dari tarikh kemasukan pertama di UK.

Ada di kalangan kawan-kawan aku yang pernah tinggal di sini sebelum ini memberitahu, permit memandu antarabangsa itu boleh diperbaharui tiap-tiap tahun, bermakna tidak perlu ada lesen memandu UK. Tetapi mengikut apa yang aku baca dari laman web yang berkaitan, ia hanya sah untuk tahun pertama sahaja. Pada aku, terpulang kepada pemandu, jika rasa selamat memandu, orang cakap lesen ‘agong’ pun boleh. :).
Lesen memandu UK

Berbeza dengan lesen memandu Malaysia, di sini, lesen memandu UK tidak perlu diperbaharui dalam masa 10 tahun dan sah sehingga umur 70 tahun, iaitu dalam kes aku, 70 tahun adalah jatuh pada 17 Disember 2049. Dan untuk proses pembaharuan lesen aku sekarang hanya perlu diperbaharui pada 5 June 2019. Lama lagi, sempat aku balik ke Malaysia. Pada aku, cara ini lebih mudah kerana lesen tidak perlu diperbaharui seperti di Malaysia.

Untuk tambahan, pelajar-pelajar yang berminat untuk mengambil lesen di sini, boleh, dengan syarat pelajar mempunyai alamat tetap, duduk dan tinggal di sini sekurang-kurangnya 6 bulan. Walau bagaimanapun, ada berita baik untuk pelajar yang mempunyai lesen memandu dari negara-negara seperti Australia, Barbados, British Virgin Islands, Canada, Falkland Islands, Faroe Islands, Hong Kong, Japan, Monaco, New Zealand, Republic of Korea, Singapore, South Africa, Switzerland and Zimbabwe, pelajar boleh menukar terus lesen memandu tersebut kepada lesen memandu UK tanpa menduduki sebarang ujian di UK. Malang bagi pelajar Malaysia, kerana Malaysia bukan dalam senarai nama negara yang berkaitan.

Apa-apa pun, aku tidak perlu risau lagi dengan perihal lesen memandu kerana aku sudah punyai lesen memandu UK. Terima kasih pada rakan-rakan yang membantu aku untuk dapatkan lesen memandu UK. Zalisham yang bawa aku ke DVLA di Exeter dan Ridzuan yang beri banyak maklumat tentang lesen memandu. Tanpa anda berdua, aku mungkin tidak memiliki lesen memandu UK sekarang ini. Lepas dapat lesen, boleh bawa kereta pusing satu UK. :)

10 comments:

  1. Betul ke perlu ada permit memandu antarabangsa? kitorng hari tue, slamba jer sewa keta dan drive dr aberdeen naik sampai ke banff, pastu turun sampai ke dundee.. guna lesen mesia jer.

    huhuhu... adakah kitorg dah melanggar rules?? (^^i)

    ReplyDelete
  2. huhuhu... dah dapat lesen, panjang sket boleh reronda..

    Kat sini pon kena pakai permit international + lesen.. tu pun sebelum dapat Kuwait nyer civil Id (macam Ic ler)... (kitaorg dah dapat civil id)... kalo dah dapat civil Id, dah tak boleh pakai int permit... kena pakai lesen memandu kuwait yang agak leceh n rumit nak dapat... kadang2 kena ulur2 dulu... tu yg kengkadang diaorang still lagi guna int permit walaupun patutnya dah tak valid sebab dah ader civil Id...

    Tapi kitaorang ni kan skema.. ikut law... seblum dapat civil id ader la sewa keter... skang dah tak agie... hehhe... pakai driver jer (aka teksi or keter sewa yg ader driver) ... takyah drive sendiri.. lagipon kuwait ni kecik... pusing satu ari dengan keter, dah abis satu negara... huhuhu...

    ReplyDelete
  3. tk payah ambik lesen UK pun boleh. pegi berguru dgn jackie chan kt hong kong, nnti boleh tukar dpt lesen UK. sekali ambik je, tk payah pening2 belajar driving or ambik test..hehe

    ReplyDelete
  4. nk g UK....nnt bw g jalan2 ek...wakkaa

    ReplyDelete
  5. Salam sedara, tumpang tanya. Macam mana saudara dapatkan lesen memandu UK? Kena ambil theory & practical test tak? Atau cuma convert lesen memandu Malaysia? Saya kini di UK dan sedang dalam proses nak dapatkan lesen memandu UK. Tapi saya dah ada lesen memandu Malaysia lebih 10 tahun.

    ReplyDelete
  6. hahaha betul tue Lesen Hong Kong bo convert ke UK... modal dlm £340 jer.. dan point merit dier pun lebih sebanyak 12 unit... hihi

    ReplyDelete
  7. salam..terjumpa blog anda semasa sedang mencari info mengenai lesen UK..sekadar nak bertanya,jika anda tahu.. kalo kita ade lesen UK kan..bila kita balik Msia nanti,berapa lama kita boleh guna lesen UK ni? boleh hubungi sy di 07792333754. kalau anda tahu..plss..tq

    ReplyDelete
  8. Nak hantar ke hongkong untuk convert ke lesen hongkong perlu hantar passport Malaysia sekali. By post pulak tu. Boleh percaya ka passport kita dihantar di sana. Kalau kena copy dan orang lain guna detail passport kita kan jadi masalah lain pulak.

    ReplyDelete
  9. Salam. Nak tanye, berapa harga convert lesen malaysia ke lesen hong kong / lesen UK ?

    ReplyDelete
  10. Boleh tolong bagi step by step cara dapatkan uk driving licence. agak keliru. adakah kita perlu untuk ambil provisional driving licence sebelum ambil theory and practical test?

    ReplyDelete