Live feed from My Flickr

Saturday, June 06, 2009

RM60 untuk sepinggan nasi beriani?


Hurra Potato £4

RM60 untuk sepinggan nasi beriani? Ya, benar, itu lah harga yang perlu dibayar oleh aku dan rakan-rakan untuk sepinggan nasi beriani di Plymouth. Pelik dan Mahal? tapi itu adalah harga biasa yang diperlu dibayar oleh pengunjung di Restoran Al-Busha. Jika dihitung, dengan nilai RM60, di Malaysia, aku mampu untuk dapatkan 5-6 pinggan nasi beriani di kedai mamak di sekitar Kajang. Jika ditukar kepada nilai di sini, ia sebenarnya bernilai cuma £8 untuk sepinggan nasi beriani.

Dua hari yang lepas, untuk memenuhi jemputan rakan di Plymouth, aku bersama rakan-rakan PhD menjamah nasi beriani di sini. Walaupun harganya agak mahal, namun ia masih dianggap berbaloi kerana ia memenuhi selera aku. Lokasi tidak jauh dari University of Plymouth, hanya mengambil 10 minit untuk berjalan ke kedai tersebut. Untuk makluman, restoran ini merupakan restoran baru di sini dan sebelum ini, aku sebenarnya pernah menikmati makanan yang sama dengan harga yang agak murah, sekitar £6.

Walaupun ada diskaun 10% untuk pelajar, kami dikenakan 15% untuk cukai

Untuk nukilan kali ini, aku ingin berkongsi pengalaman mengenai perbelanjaan bulanan bagi kebanyakan pelajar bujang yang melanjutkan pelajaran dalam program lepasan ijazah di Plymouth, United Kingdom. Perbelanjaan ini mungkin boleh menjadi panduan kepada mereka yang berhajat untuk melanjutkan pelajaran di sini. Ia khas untuk pelajar bujang sahaja, kerana perbelanjaan untuk keluarga agak berbeza dan aku tidak mampu untuk kongsi bersama.

Untuk elaun, pada ketika sisipan ini ditulis, disebabkan Plymouth City dikategorikan sebagai kawasan berkategori C, maka pelajar lepasan ijazah yang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan doktor falsafah akan diberi sebanyak £748. Berbeza dengan pelajar di sekitar London (Kawasan A) dan Guidlford (Kawasan B), masing-masing menerima £1093 dan £920. Jika hendak dibandingkan dengan London dan Guildford, sepanjang aku di sini, aku rasa dengan nilai £748, aku mampu untuk berbelanja dengan baik tanpa menggunakan sebarang sumber kewangan lain dari Malaysia. Walaupun aku masih lagi dibayar gaji di Malaysia, aku bersyukur kerana buat masa ini aku tidak lagi menyentuhnya untuk perbelanjaan aku di sini.

Sebagai seorang yang tidak berkeluarga, dengan nilai elaun sebanyak £748, aku mampu membayar sewa bilik dan perbelanjaan harian yang lain. Di sebalik elaun yang di anggap rendah oleh kebanyakan pelajar di sini, aku masih bersyukur kerana harga bilik di sini agak berpatutan berbanding tempat lain seperti di London. Namun, jika hendak dibandingkan dengan harga bilik di sekitar Midlands, Nottingham dan Manchester, harga di sini boleh dikategorikan sebagai mahal, kerana di sini aku terpaksa membayar separuh dari elaun aku hanya untuk sewa bilik dan utiliti (elektrik, internet, air dan gas). Menurut rakan aku yang penah tinggal di kawasan Nottingham, dengan harga £350 yang dibayar oleh aku untuk sebuah bilik di sini, aku mampu menyewa sebuah rumah satu bilik di sekitar Nottingham atau Manchester.

Nasi Ayam Kabsa (£8)

Untuk membezakan perbelanjaan di sini berbanding Malaysia, aku gunakan tiga perkara asas sebagai perbandingan iaitu telefon bimbit, kereta dan makanan. Pertamanya, pensyarah di Malaysia dibayar di sekitar RM3000-RM4000, manakala pensyarah di sini dibayar sekitar £2000-£3000. Jika dibandingkan dengan nilai kita boleh katakan bahawa nilai pensyarah di sini besar, tetapi untuk harga makanan, sebenarnya ia sama. Sebagai contoh, sebotol air mineral, kita boleh beli dengan harga sekitar RM1-RM2 di Malaysia dan £1-£2 di UK. Sehidang makanan segera seperti KFC dan McD, di Malaysia kita boleh dapat dalam sekitar RM8-RM10, manakala di UK, untuk hidangan yang hampir sama, aku lihat harganya sekitar £8-£10 (aku tidak pernah membeli, oleh sebab itu aku tidak tahu rasanya sama atau tidak). Dari segi nombor, harga makanan di sini sama dengan harga di Malaysia.

Namun, berbeza dengan telefon bimbit, rata-rata rakyat Malaysia perlu membelanjakan 100% gaji mereka untuk membeli telefon bimbit, malah ada yang terpaksa menunggu lebih dari 1 bulan. Sebagai contoh tadi, pensyarah di Malaysia perlu membelanjakan 100% duitnya untuk mendapatkan sebuah telefon bimbit terkini, tetapi pensyarah di sini hanya perlu mengeluarkan 25% duit gaji mereka untuk mendapatkan telefon bimbit yang sama. Ya, harga telefon bimbit di sini murah, tetapi perlu diingatkan, perbezaan 75% kuasa membeli antara pensyarah di sini dan Malaysia menunjukkan kuasa membeli mereka tinggi.

Kari kepala Ikan, dimasak oleh Zarul. Sekilo ikan £10.

Manakala untuk sebuah kereta, untuk mendapatkan kereta berjenama BMW, pensyarah di sini perlu membayar sebanyak £30K++ untuk mendapatkan kereta mewah, tetapi di Malaysia, dengan hanya RM30K++, aku tidak pasti apa jenis kereta yang mampu dipakai oleh mereka kerana untuk harga sebuah Wira, pensyarah di Malaysia terpaksa membayar hampir RM50K++. Ini bermakna kuasa pembeli pensyarah di Malaysia amat jauh berbanding dengan kuasa membeli pensyarah di sini.

Aktiviti masak-masak di Plymouth. Tukang masak En. Zarul. Harga tanya tuan punya badan :)

Jika hendak dibandingkan perbelanjaan di Malaysia dengan di sini, pada pendapat aku, di Malaysia aku mampu untuk membeli makanan dengan murah tetapi tidak mampu untuk hidup selesa seperti di UK. Untuk mendapatkan sebuah kereta BMW, aku terpaksa membayar sehingga RM180K++ dan 100% gaji untuk sebuah telefon bimbit. Apa pendapat anda?

Di sebalik kuasa membeli yang besar, aku bersyukur menjadi rakyat Malaysia, kerana Malaysia mempunyai banyak perkara yang tiada di UK. Aku rasa cukup untuk sisipan kali ini, aku akan sambung untuk sisipan akan datang. Banyak pertembungan budaya yang berlaku di sini, dan insya-Allah, jika diberi peluang aku akan kongsi bersama.

10 comments:

  1. well in your story telling thingy, you put my picture and my curry? adehhhhhh....

    ReplyDelete
  2. OK la tu byr £37 tuk 3 org makan. Kalau kat uxbridge, Lucky Tandoori tu, 1 nasi beriani ayam dan dalca sayur £6.50, portion yg byk, selalu tuk makan 2 org. Mmg kuasa memberli kat UK tinggi tapi nak byr tax pun tinggi gak, kalau tak silaop aku gaji dipotong 40% tuk byr tax. Sb tu kita tgk takde org homeless kat sini.

    ReplyDelete
  3. salam en. bard...am a former student of yours...during the first year...cant remember the actual subject...but it was way back..maybe like 4-5 years ago... anyways, it's cool to know that a lot of the former lecturers in UM is now scattered all over the world doing their phd... :D I actually met en. Ridzuan during my UK semester....and now am in the midst of finishing my final semester :D.. am planning to do phd soon as well..who knows migt drop in to plymouth soon in the near future.. :D

    ReplyDelete
  4. mahalnya kedai baru tu... aku ni jgn kan al-busha, al-nowruz pon x sampai lg... aladdin je dah pernah... ngan jaipur :P

    ReplyDelete
  5. Abg....i know that big sweet guy....ah'ah...Zafi right?. Kirim salam pada Zafi....hehehehe.

    Errrmmmm, now I want to ask you something, bila nak bawak sy berjalan ke sana?.Menikmati makanan pada harag RM60 itu....Oh, I like to eat rice but...NOT BRIYANI....hehehehehe

    ReplyDelete
  6. zafi: sorry masukkan gambar ko dalam blog aku.saje nak promote kari kepala ikan plymouth.

    anna: kalau tak convert pun memang mahal lo.

    qarleid: saya tak pasti yang mana satu. so skrg buat master dalam bidang apa? under UM or KPT?

    noris: nanti ko buat nasi beriani kat umah ko. aku bayar £8 gak.

    Wan: ok. nanti abg kirim salam.
    nak dtg UK. datang jerk takade masalah. banyak bilik2 boleh masuk tumpang..

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah dari Swansea.....saya sendiri rasanya dah bertahun2 x merasa nasi biriani. Insya'allah kalau berkesempatan ke Plymouth, nak juga ke restaurant Al-Busha.

    ReplyDelete
  8. heheh Rm60 pon Rm60 la kan..janji dpt la makan kt luar sekali sekala..bosan nk masak sendiri..nasib baik la ada chef berbakat sorg kt sini...kekekek..
    At least bertambah la pilihan makanan halal kt Plymouth

    ReplyDelete
  9. beshnyer duk sana...

    ReplyDelete
  10. teringat zaman study kat UK dulu2... masih tak berbeza harga Briyani cuma exchange rate sahaja berubah...

    *Wan Hidayat tu mengidam sangat nak main salji di UK... :D

    ReplyDelete