4.149 . Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau sembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf, lagi Maha Kuasa.
Chapter : An-Nisaa
Rakan-rakan,Chapter : An-Nisaa
Terima kasih atas teguran yang di berikan berkenaan dengan sisipan semalam. Aku minta maaf andai kata penulisan semalam di sini bukan saluran yang betul untuk aku menegakkan benda yang benar. Aku cuma meluahkan apa yang aku rasa. Nukilan semalam bukan menggambarkan aku sepenuhnya. Bukan. Aku nafikan. Andai kata ia mengubah persepsi kalian terhadap aku, aku tiada halangan, hak kalian, dan aku tidak mampu nafikan. Aku cuma berdoa agar tuhan beri kekuatan kepada aku untuk menghadapi cabaran ini. Mungkin aku silap, gunakan saluran ini untuk meluahkan perasaan. Tetapi percayalah aku punya sebab tersendiri, jika sisipan semalam dipandang negatif, negatif jadinya, jika ia dipandang positif, positif jadinya.
Teringat orang pernah berkata, mata pena lebih tajam dari pisau, sekali terkena, sakitnya dalam terasa, walaupun bukan menggunakan pena untuk menulis sisipan ini, hanya jari, sakitnya jua sama.
Walaupun begitu, aku sekali lagi, dengan rendah diri, memohon seribu ke-maaf-an atas sisipan semalam. Maaf aku tidak mampu untuk membuang sisipan semalam, kerana pada aku, ia satu pengajaran kepada aku, agar aku jadikan sempadan untuk tidak mengulanginya di masa akan datang.
nama pun personal blog! selagi tidak mengaibkan dan bertujuan ke arah kebaikan , tak slaha kita luahkan pendapat! yang rasa tak tahan, jangan lah baca!
ReplyDeleteirra : thank for the support
ReplyDeleteya betul... cam kate irra, sape tak suka, sila angkat kaki... cakap org kalo byk sangat kite dengar memang fenin.. buat salah, tak buat pun jadi salah...
ReplyDeleteThank ayu. Aku dah ok sekarang, aku pegang apa yang aku rasa penting dan betul, serta jadikan sempadan untuk yang tidak baik. Kalau aku hendak jaga hati semua orang. Macam-macam boleh jadi, dan akhirnya aku juga yang kecewa.
ReplyDeleteTeringat aku cerita kawan aku.
Seorang bapa bersama seorang anak dan keldai.
Kalau si anak naik keldai dan membiarkan bapanya di bawah berjalan, orang akan kata, anak itu tidak baik membiarkan bapa berjalan.
Bila si bapa pula naik, membiarkan anak berjalan, orang juga akan berkata, bapanya tidak baik kerana membiarkan anak berjalan.
Kemudian, dua-dua naik keldai tu, orang juga akan berkata, kesian pada keldai, kerana 2 orang terpaksa menunggangnya.
Akhirnya si bapa dan si anak mengangkat keldai tu, orang turut akan berkata, bodohnya mereka berdua.
Pada aku, kesemua tu kata orang, yang penting kita pilih yang terbaik, buat prioriti dan keutamaan serta kurangkan risiko pada diri sendiri. Kalau nak dengar kata orang, hati tak tenang, menyusahkan diri juga akhirnya.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Dr...ini baru baek.....
ReplyDeleteManusia pelbagai ragam cara dan sifatnya...kita perkukuhkan prinsip kita yang satu...
Tidak mengganggu dan tidak mahu diganngu...kalau dah terang-terangan terganggu gugat, jgn pula kita jadi manusai bodoh dan hipokrit untuk diam seribu. Kita bukan malaikat tapi nilai sabar yang perlu kita pertimbangkan....
Errrmmm...yang berlalu biarkan berlalu. Kita tidak rugi apa-apa. Jika kita terus mendukung keikhlasan dalam perkongsian, insyaAllah manfaatnya merupakan hikmah yang tidak tercapai oleh akal kita......
Lain orang, lain perspektif, lain pemikiran, lan perasaan.... Bad, napa lagu dlm blog ko ni jiwang2? hehe
ReplyDeleteWan Hidayat: Abg tak jadi Dr. lagi.. segan plak bile ade Dr sebelum dapat Dr. lambat lagi tu...
ReplyDeleteNur: sebab tu aku letak nama web aku neh "the other side of me".. sedikit lain dari aku yang sebenarnya dalam dunia realiti