Live feed from My Flickr

Sunday, December 28, 2008

Delft, NL

34.18 . Dan di antara tempat tinggal mereka dengan bandar yang Kami limpahkan berkat kepadanya, Kami adakan beberapa buah bandar yang jelas kelihatan, dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya. Berjalanlah kamu di negeri itu pada bila-bila masa yang kamu suka, malam dan siang, dengan aman.
Chapter : Saba

Delft, Netherlands

Nama yang ringkas seringkas kawasan yang aku lawati. Kecil tetapi cukup menarik. Pekan kecil yang diberi nama Delft cukup membuatkan aku rasa bersyukur kerana diberikan peluang berjalan disekitarnya.

Sekali lagi aku bersama dengan Firdaus dan adiknya, Farkhan, meluangkan masa menikmati keindahan alam di Netherlands.


Perjalanan aku kali ini sekejap, tak sampai 5 jam berpusing sekitar bandar kecil ini. Walaupun sejuk tetapi aku tetap mengambil peluang mengambil gambar Delft diwaktu malam. Hasilnya boleh dilihat dibawah.


Secara ringkas dapat aku katakan bahawa Delft adalah pekan kecil yang secara sejarah terkenal dengan rumah kerabat diraja Dutch. Walaupun kecil terdapat beberapa muzium yang boleh dilawati di sini seperti New Church, Old Church, Museum Het Prinsenhof, the Army Museum.


Gambar diatas menunjukkan gambar Old Church atau disini dikenali sebagai Oude Kirk. Kirk di Belanda merujuk kepada Church atau gereja. Gereja ini dibina sekitar tahun 1200 dan merupakan gereja lama di sana. walaupun ianya gereja, tetapi aku tak nampak macam gereja di dalamnya. Macam muzium ada la.

Sekian dahulu, sambung untuk next episode.

Thursday, December 25, 2008

Krismas dan Netherlands

2.117 . Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.
Chapter : Al-Baqara

Krismas dan Netherlands

Untuk sisipan kali ini, aku coretkan pengalaman aku melawat Netherlands. Menikmati keindahan alam di sana cuku menakjubkan. Netherlands, Holand atau Belanda. Tiga nama yang merujuk kepada sebuah negara yang sama. Belanda, negara yang besebelahan dengan Belgium dan German adalah sebuah negara yang hanya sebesar negeri Pahang (kalau tgk peta). Tetapi terkenal dengan kemodenan.

Perjalanan aku dari UK ke Netherlands aku sudah tempah sejak 2 bulan yang lepas. Menggunakan Easyjet, tambang untuk 2 orang ke Netherland hanya mengambil anggaran dalam £200 termasuk keretapi dari Plymouth ke London. Untuk pengetahuan, Easyjet sama seperti Airasia. Merupakan perkhidmatan tambang murah dan sering digunakan oleh pelajar seperti aku.

Sejarah membuktikan orang Belanda pernah menaklukti Malaysia atau ketika dahulu Tanah Melayu, atau lebih tepat lagi Melaka. Sebelum kedatangan Inggeris dan perjanjian yang dibuat oleh Belanda dan Inggeris, Tanah Melayu adalah dibawah jajahan Belanda. Aku tidak pasti bila ianya dipisahkan tetapi yang aku tahu cuma perjanjian antara Inggeris pada ketika itu memberi peluang Belanda menjajah Indonesia dan Malaysia di jajah oleh Inggeris.

Di Netherlands, aku tinggal di rumah rakan seuniversiti, Firdaus. Merupakan pelajar Malaysia tetapi tinggal di Netherlands kerana mengikuti keluarga.

Voorschoten

Itu nama tempat yang aku lawati. Jarak tidak jauh dari Den Haag (The Hague). Aku akan tinggal disini untuk beberapa minggu. 2 minggu jika tidak silap. Hari pertama dan hari kedua aku di Netherlands aku lebih banyak luangkan masa bersama keluarga En. Rafie.

Ada beberapa tempat yang menarik disekitar Netherlands. Walaupun masa sekadar adalah kurang sesuai untuk dilawati (musim sejuk). Aku ambil peluang untuk berjalanan di sekitar Amsterdam dan Den Haag (The Hague).

Gambar diatas sebenarnya merujuk kepada Bangunan Parlimen di Netherlands, tidak pasti betul atau tidak, tetapi aku rasa betul.

Den Haag (The Hague)

Jika sebut mahkamah antarabangsa, semua ketahui bahawa ianya terletak di tengah-tengah negara Belanda. The Hague dalam bahasa Inggerisnya atau Den Haag dalam Belanda. Disebabkan oleh Mahkamah ini juga Pulau Batu Putih yang dahulunya milik kita kini jatuh ditangan Singapura. Mahkamah ini juga mengadilinya.


Amsterdam

Bandar yang boleh dikatakan lama. Mengikut sejarah perkataan Amsterdam telah digunakan oleh masyarakat di sana sejak tahun 1275. Tidak banyak yang boleh aku ceritakan disini mengenai Amsterdam. Pengalaman untuk melihat sendiri 'The Red Light District' (TRLD' di Amsterdam sungguh mengecewakan. Tidak seperti yang digambarkan oleh orang-orang lain. Mungkin ketika aku lawati tempat itu jatuh pada musim bunga. Mungkin juga disebabkan itu gambaran di 'TRLD' tidak seperti yang digambarkan. Walauapapun TRLD wajib dilawati.

Lokasi terakhir di bandar Amsterdam. Aku akhiri pada hari tersebut dengan gambar diwaktu senja di Amsterdam.

Perjalanan seterusnya aku rancangkan untuk melihat beberapa bandar seperti Rottherdam dan Delft.

Jumpa lagi.

Sunday, November 30, 2008

PL46BH

10.25 . Dan Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat, dan memberi hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.
Chapter : Yunus

PL4 6BH atau poskod tempat tinggal atau kediaman aku di Plymouth. Untuk pengetahuan, di United Kingdom, penggunaan poskod adalah berbeza jika dibandingkan dengan Malaysia.

Di United Kingdom, penggunaan poskod cukup untuk membawa anda kemana sahaja di UK. Setiap poskod merujuk kepada nama jalan atau lebih tepat lagi lorong di UK.

Derry Avenue, nama jalan untuk PL46BH, atau lebih tepat lagi di latitute dan logtitute berikut:
( 50°22'40.46"N 4° 8'22.69"W)

Bilik aku di PL4 6BH
Untuk selama 1 tahun yang akan datang, inilah bilik yang aku akan duduk.

Seperti ramai ketahui, kadar saraan hidup di Plymouth tak sama seperti Midlands (Nottingham dan daerah sepertinya). Di sini bilik 'sebesar' ini dikenakan bayaran sebanyak £350 atau lebih kurang Rm2000 untuk sebulan (termasuk utilities). Bayangkan di Malaysia. Dengan jumlah RM2000, rasanya kita akan dapat sebijik rumah baru. Elaun yang diterima £748. Aku rasa cukup untuk aku bayar sewa bulanan dan beberapa kemudahan asas lain.

Dimaklumkan, elaun keluarga disini hanya mencecah lebih kurang £1050++, tak pasti berapa tepat. Dengan harga rumah di sini yang mencecah £500++, tak pasti samaada cukup atau tidak.

Walauapapun, aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk belajar disini. Walaupun ada cabaran, aku anggapkan ianya satu permulaan baru untuk aku. Hijrah perlu dalam diri untuk maju kehadapan. Kejayaan lepas menjadi pendorong aku untuk lebih tabah di sini.

Doakan aku.

Saturday, November 01, 2008

Malaysia to Plymouth

Malaysia to Plymouth

26.83 . Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang yang soleh.
Chapter : Ash-Shu'araa

Macam mana aku nak mulakan blog yang sekian lama aku tinggalkan. Sebenarnya aku takada perasaan untuk menulis blog ini. Tetapi disebabkan ada perkara yang telah terjadi dalam hidup aku, aku rasakan amat perlu aku luahkan sedikit cerita yang terjadi pada hidup aku.

Bercerita bukan bermakna aku nak berceloteh. Tetapi sekadar untuk berkongsi apa yang aku rasakan perlu untuk dikongsi bersama. Ilmu seharusnya dikongsi bersama, bermakna setiap kali ia dikongsi ilmu itu akan berkembang. Untuk kali ini aku harap aku dapat kekalkan untuk menulis perkara yang aku rasa untuk berkongsi bersama semua.

Seorang rakan aku pernah berkata. Untuk apa kita kongsikan pengalaman kita bersama orang lain. Tiada guna melainkan orang itu akan tahu mengenai kita. Di tambah lagi, pengalaman seorang rakan memberi tahu, dia ada rakan blog yang tidak pernah berjumpa, tetapi rakan blog tersebut amat memahami dirinya, jauh lebih baik dari orang disekelilingnya.

Mungkin benar, blog menggambarkan apa kita sebenarnya, namun disebalik tulisan-tulisan yang ditulis harus dilihat secara positif kerana apa yang ditulis menggambarkan apa kita sebenarnya.


My Flight 14 Oct 2008 from Malaysia MH04

Oktober 2008

Bulan 10 merupakan bulan permulaan aku sebagai pelajar, bukan lagi bekerja dan bukan lagi seorang yang perlu pergi ke pejabat setiap hari.

Seawal Oktober 2008, semua rakyat Malaysia menyambut perayaan Hari Raya puasa. Seperti biasa, sambutan raya disambut biasa sahaja oleh aku. Ini adalah kerana tanggal 13 Oktober 2008, aku akan ke Plymouth dan akan memulakan kehidupan baru aku di Plymouth, UK.

Selamat Tinggal Malaysia

4.100. Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Chapter : An-Nisaa

Welcome to Plymouth, UK

15 Oktober 2008
Hari pertama aku di Plymouth, aku daftarkan diri di pejabat University of Plymouth, dan aku kini bergelar pelajar. Aku berhijrah dari seorang yang bergelar pensyarah kepada pelajar. Kini aku bukan lagi menjadi penyelia tetapi aku diselia. Aku bukan lagi menunjuk ajar, tetapi aku ditunjuk ajar. Mungkin ada hikmahnya aku disini.


November 2008
Tidak banyak yang aku dapat lakukan sejak aku berada disini. Secara ringkasnya aku cuma menjalani hidup yang sama. Bagi menambahkan aktiviti harian aku, aku mendaftar menjalani latihan gym di sini. Bayaran yang dikenakan tidak mahal, £50 untuk setahun.

Sekian sahaja untuk kali ini. Temui lagi untuk sisipan yang akan datang.

Monday, September 22, 2008

Berbuka Puasa di Singgahsana


Berbuka Puasa di Singgahsana, originally uploaded by askbard.

Tarikh : 21hb September 2008
Lokasi : Singgahsana, Petaling Jaya Selangor, Malaysia.

Semalam aku dan rakan-rakan Ex-KKTAZ berbuka puasa kat Singgahsana
Hotel. Meriah walaupun pada awalnya 30 orang nak datang.
Tp smalam hanya few yang hadir.. Macam biasa org-org yang hadir sama
seperti tahun lepas2. Tp tahun neh meriah sikir sebab semua yg datang
dah bawak anak masing-masing.

So attached are some picture for the event.