Live feed from My Flickr

Showing posts with label pelancongan. Show all posts
Showing posts with label pelancongan. Show all posts

Sunday, August 23, 2009

London:Summer 2009







Tuesday, August 18, 2009

Two days at London

Dua hari di London cukup memenatkan aku. Jumaat aku bertolak dari Plymouth sampai di London dalam jam 11 malam. Aku tak la penat sangat, cuma driver (Wino) mungkin penat sikit pada malam tu. Sampai London, terus lepak dan menidurkan diri sebab keesokan harinya aku perlu bangun jam 9 pagi.
Style rambut baru: Irfan cakap style rambut 80'an. :)

Perancangan hari pertama untuk pergi ke Karnival Merdeka Malaysia tidak berkesempatan, so Zarul rancang untuk jalan-jalan sekitar London sahaja. Last aku sampai London, last year summer, so dah masuk setahun baru aku jejak kaki semula ke London. Sempat amik beberapa keping gambar. Gambar yang di atas diambil oleh Shue.

Hari pertama Sabtu 15 Ogos 2009, dari seawal pagi jam 9, aku bertolak dari Dollis Hill (Zone 3) ke Waterloo. Kos cuma £5.00 untuk pusing-pusing sekitar London dengan Underground Tube. Aku luang masa hampir 2 jam di sekitar London Eye kemudian terus ke kawasan berhampiran. Tak ingat nama tempat, tapi penat kaki berjalan.

Tengah hari, makan di Jom Makan di Telfagar Square dan terus ke Bayswater pada sebelah petang. Di Bayswater, aku sempat menghabiskan duit beli beberapa buah tangan untuk orang Malaysia. Nanti aku balik Malaysia baru aku kasi. Kalau pos, makan kos tambahan ;).

Sebelah malam aku luangkan masa ke Tower Bridge dan balik dalam jam 12.00 malam.

Cukup untuk entri di London, jumpa lagi di lain masa. Nanti aku masukkan entri berasingan untuk gambar sekitar London.

Wednesday, June 10, 2009

Lesen Memandu United Kingdom

39.49 Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): “Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
Chapter : Az-Zumar


Gambar sewaktu di Dublin, Ireland

Setelah naik turun, bersusah payah, minta tolong, tidak tidur malam, kepeningan, akhirnya aku berjaya peroleh lesen memandu UK. Sebelum ini, untuk percutian ke Scotland bersama Khairul, Anas dan Afiq, aku pernah cuba untuk meminjam kereta dengan menggunakan lesen memandu Malaysia, tetapi gagal, aku tidak dibenarkan atas sebab tiada permit memandu antarabangsa. Disebabkan itu, aku pun memasang niat untuk mendapatkan lesen memandu UK. Akhir nya hari ini, aku sah mempunyai lesen memandu UK.

Sebagai pelajar dan juga warga negara Malaysia, sebenarnya aku masih boleh menggunakan lesen memandu Malaysia di sini. Lagi pun, kaedah laluan pemanduan di sini sama dengan Malaysia, sebelah kanan. Berbeza dengan kebanyakan negara lain di Eropah seperti Netherlands dan Belgium, pemanduannya di sebelah kiri. Aku pernah berada di sana, agak pelik sedikit laluan pemanduannya, agak berbeza dan kekok jika aku memandu seperti itu.

Seperti yang aku katakan tadi, lesen memandu Malaysia masih lagi sah digunakan di sini, tetapi dengan syarat ia mesti disertakan dengan permit memandu antara bangsa. Untuk pengetahuan, permit memandu antarabangsa berbeza dengan lesen memandu dan ia boleh diperoleh di mana-mana pejabat JPJ. Walaupun begitu, permit tersebut hanya sah digunakan untuk tempoh 1 tahun di sini dari tarikh kemasukan pertama di UK.

Ada di kalangan kawan-kawan aku yang pernah tinggal di sini sebelum ini memberitahu, permit memandu antarabangsa itu boleh diperbaharui tiap-tiap tahun, bermakna tidak perlu ada lesen memandu UK. Tetapi mengikut apa yang aku baca dari laman web yang berkaitan, ia hanya sah untuk tahun pertama sahaja. Pada aku, terpulang kepada pemandu, jika rasa selamat memandu, orang cakap lesen ‘agong’ pun boleh. :).
Lesen memandu UK

Berbeza dengan lesen memandu Malaysia, di sini, lesen memandu UK tidak perlu diperbaharui dalam masa 10 tahun dan sah sehingga umur 70 tahun, iaitu dalam kes aku, 70 tahun adalah jatuh pada 17 Disember 2049. Dan untuk proses pembaharuan lesen aku sekarang hanya perlu diperbaharui pada 5 June 2019. Lama lagi, sempat aku balik ke Malaysia. Pada aku, cara ini lebih mudah kerana lesen tidak perlu diperbaharui seperti di Malaysia.

Untuk tambahan, pelajar-pelajar yang berminat untuk mengambil lesen di sini, boleh, dengan syarat pelajar mempunyai alamat tetap, duduk dan tinggal di sini sekurang-kurangnya 6 bulan. Walau bagaimanapun, ada berita baik untuk pelajar yang mempunyai lesen memandu dari negara-negara seperti Australia, Barbados, British Virgin Islands, Canada, Falkland Islands, Faroe Islands, Hong Kong, Japan, Monaco, New Zealand, Republic of Korea, Singapore, South Africa, Switzerland and Zimbabwe, pelajar boleh menukar terus lesen memandu tersebut kepada lesen memandu UK tanpa menduduki sebarang ujian di UK. Malang bagi pelajar Malaysia, kerana Malaysia bukan dalam senarai nama negara yang berkaitan.

Apa-apa pun, aku tidak perlu risau lagi dengan perihal lesen memandu kerana aku sudah punyai lesen memandu UK. Terima kasih pada rakan-rakan yang membantu aku untuk dapatkan lesen memandu UK. Zalisham yang bawa aku ke DVLA di Exeter dan Ridzuan yang beri banyak maklumat tentang lesen memandu. Tanpa anda berdua, aku mungkin tidak memiliki lesen memandu UK sekarang ini. Lepas dapat lesen, boleh bawa kereta pusing satu UK. :)

Saturday, June 06, 2009

RM60 untuk sepinggan nasi beriani?


Hurra Potato £4

RM60 untuk sepinggan nasi beriani? Ya, benar, itu lah harga yang perlu dibayar oleh aku dan rakan-rakan untuk sepinggan nasi beriani di Plymouth. Pelik dan Mahal? tapi itu adalah harga biasa yang diperlu dibayar oleh pengunjung di Restoran Al-Busha. Jika dihitung, dengan nilai RM60, di Malaysia, aku mampu untuk dapatkan 5-6 pinggan nasi beriani di kedai mamak di sekitar Kajang. Jika ditukar kepada nilai di sini, ia sebenarnya bernilai cuma £8 untuk sepinggan nasi beriani.

Dua hari yang lepas, untuk memenuhi jemputan rakan di Plymouth, aku bersama rakan-rakan PhD menjamah nasi beriani di sini. Walaupun harganya agak mahal, namun ia masih dianggap berbaloi kerana ia memenuhi selera aku. Lokasi tidak jauh dari University of Plymouth, hanya mengambil 10 minit untuk berjalan ke kedai tersebut. Untuk makluman, restoran ini merupakan restoran baru di sini dan sebelum ini, aku sebenarnya pernah menikmati makanan yang sama dengan harga yang agak murah, sekitar £6.

Walaupun ada diskaun 10% untuk pelajar, kami dikenakan 15% untuk cukai

Untuk nukilan kali ini, aku ingin berkongsi pengalaman mengenai perbelanjaan bulanan bagi kebanyakan pelajar bujang yang melanjutkan pelajaran dalam program lepasan ijazah di Plymouth, United Kingdom. Perbelanjaan ini mungkin boleh menjadi panduan kepada mereka yang berhajat untuk melanjutkan pelajaran di sini. Ia khas untuk pelajar bujang sahaja, kerana perbelanjaan untuk keluarga agak berbeza dan aku tidak mampu untuk kongsi bersama.

Untuk elaun, pada ketika sisipan ini ditulis, disebabkan Plymouth City dikategorikan sebagai kawasan berkategori C, maka pelajar lepasan ijazah yang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan doktor falsafah akan diberi sebanyak £748. Berbeza dengan pelajar di sekitar London (Kawasan A) dan Guidlford (Kawasan B), masing-masing menerima £1093 dan £920. Jika hendak dibandingkan dengan London dan Guildford, sepanjang aku di sini, aku rasa dengan nilai £748, aku mampu untuk berbelanja dengan baik tanpa menggunakan sebarang sumber kewangan lain dari Malaysia. Walaupun aku masih lagi dibayar gaji di Malaysia, aku bersyukur kerana buat masa ini aku tidak lagi menyentuhnya untuk perbelanjaan aku di sini.

Sebagai seorang yang tidak berkeluarga, dengan nilai elaun sebanyak £748, aku mampu membayar sewa bilik dan perbelanjaan harian yang lain. Di sebalik elaun yang di anggap rendah oleh kebanyakan pelajar di sini, aku masih bersyukur kerana harga bilik di sini agak berpatutan berbanding tempat lain seperti di London. Namun, jika hendak dibandingkan dengan harga bilik di sekitar Midlands, Nottingham dan Manchester, harga di sini boleh dikategorikan sebagai mahal, kerana di sini aku terpaksa membayar separuh dari elaun aku hanya untuk sewa bilik dan utiliti (elektrik, internet, air dan gas). Menurut rakan aku yang penah tinggal di kawasan Nottingham, dengan harga £350 yang dibayar oleh aku untuk sebuah bilik di sini, aku mampu menyewa sebuah rumah satu bilik di sekitar Nottingham atau Manchester.

Nasi Ayam Kabsa (£8)

Untuk membezakan perbelanjaan di sini berbanding Malaysia, aku gunakan tiga perkara asas sebagai perbandingan iaitu telefon bimbit, kereta dan makanan. Pertamanya, pensyarah di Malaysia dibayar di sekitar RM3000-RM4000, manakala pensyarah di sini dibayar sekitar £2000-£3000. Jika dibandingkan dengan nilai kita boleh katakan bahawa nilai pensyarah di sini besar, tetapi untuk harga makanan, sebenarnya ia sama. Sebagai contoh, sebotol air mineral, kita boleh beli dengan harga sekitar RM1-RM2 di Malaysia dan £1-£2 di UK. Sehidang makanan segera seperti KFC dan McD, di Malaysia kita boleh dapat dalam sekitar RM8-RM10, manakala di UK, untuk hidangan yang hampir sama, aku lihat harganya sekitar £8-£10 (aku tidak pernah membeli, oleh sebab itu aku tidak tahu rasanya sama atau tidak). Dari segi nombor, harga makanan di sini sama dengan harga di Malaysia.

Namun, berbeza dengan telefon bimbit, rata-rata rakyat Malaysia perlu membelanjakan 100% gaji mereka untuk membeli telefon bimbit, malah ada yang terpaksa menunggu lebih dari 1 bulan. Sebagai contoh tadi, pensyarah di Malaysia perlu membelanjakan 100% duitnya untuk mendapatkan sebuah telefon bimbit terkini, tetapi pensyarah di sini hanya perlu mengeluarkan 25% duit gaji mereka untuk mendapatkan telefon bimbit yang sama. Ya, harga telefon bimbit di sini murah, tetapi perlu diingatkan, perbezaan 75% kuasa membeli antara pensyarah di sini dan Malaysia menunjukkan kuasa membeli mereka tinggi.

Kari kepala Ikan, dimasak oleh Zarul. Sekilo ikan £10.

Manakala untuk sebuah kereta, untuk mendapatkan kereta berjenama BMW, pensyarah di sini perlu membayar sebanyak £30K++ untuk mendapatkan kereta mewah, tetapi di Malaysia, dengan hanya RM30K++, aku tidak pasti apa jenis kereta yang mampu dipakai oleh mereka kerana untuk harga sebuah Wira, pensyarah di Malaysia terpaksa membayar hampir RM50K++. Ini bermakna kuasa pembeli pensyarah di Malaysia amat jauh berbanding dengan kuasa membeli pensyarah di sini.

Aktiviti masak-masak di Plymouth. Tukang masak En. Zarul. Harga tanya tuan punya badan :)

Jika hendak dibandingkan perbelanjaan di Malaysia dengan di sini, pada pendapat aku, di Malaysia aku mampu untuk membeli makanan dengan murah tetapi tidak mampu untuk hidup selesa seperti di UK. Untuk mendapatkan sebuah kereta BMW, aku terpaksa membayar sehingga RM180K++ dan 100% gaji untuk sebuah telefon bimbit. Apa pendapat anda?

Di sebalik kuasa membeli yang besar, aku bersyukur menjadi rakyat Malaysia, kerana Malaysia mempunyai banyak perkara yang tiada di UK. Aku rasa cukup untuk sisipan kali ini, aku akan sambung untuk sisipan akan datang. Banyak pertembungan budaya yang berlaku di sini, dan insya-Allah, jika diberi peluang aku akan kongsi bersama.

Monday, June 01, 2009

Panas, Panas, Panas

Gambar musim panas di Plymouth, UK

"Panas panas panas panas, Badan ini"
"Pusing pusing pusing pusing, Kepala ini"

Huh, begitulah bunyi lirik lagu 'Nakal" dari kumpulan Gigi. Panas sungguh minggu lepas. Tidak cukup dengan cuaca yang panas, ditambah juga perkara-perkara lain yang turut menyumbangkan kepanasan hati dan badan. Dari kes curi di rumah aku sehingga kepada kes tidak puas hati di kalangan warga Malaysia di sini (kes ini aku malas nak cerita).

Roland Levinsky, University of Plymouth

Cuaca di Plymouth.

Sejak minggu lepas, cuaca di sini sungguh panas. Cuaca di sini agak panas, pada aku, bukan agak panas tetapi sudah mencecah 26°C. Walaupun aku tahu sekarang ini adalah di akhir musim bunga dan permulaan musim panas, namun cuaca yang panas sejak dua tiga hari yang lepas membuatkan aku rimas, pening dan hampir demam. Demam? Aha, aku hampir demam minggu lepas. Selepas pulang dari ber‘picnic’ di Bournemouth, aku memang nak demam. Aku cuba lawan. Pergi gym dan lakukan senaman ringan. Alhamdulillah aku dapat atas masalah itu, tetapi produktiviti aku minggu lepas menurun. Aku rasa aku tidak lakukan apa-apa perkara yang berkaitan dengan kerja, mungkin aku kurang sihat. Aku malas nak berfikir terlalu banyak mengenai kerja, lalu aku tinggalkan semua kerja, sebaliknya aku hanya lakukan kerja yang termampu. Mood untuk membuat penyelidikan memang menurun minggu lepas.

University of Plymouth, UK

Berbalik dengan kes cuaca panas di Plymouth, yang kini mencecah 26°C, dianggap rendah bagi rakan-rakan di Malaysia yang sekarang mencecah 37°C. Rendah memang rendah, tetapi bezanya di Malaysia ada hujan di sebelah petang, di sini, panas sepanjang hari tanpa hujan. Kering sentiasa, membuatkan kepala otak aku kering dan pening. Setidak-tidaknya di Malaysia cuaca nya panas dan lembap, di sini, panas dan kering.

Waktu petang di Plymouth, UK. 9.00 malam GMT.

Dengan perubahan cuaca dan waktu sekarang, aku rimas. Mana tidaknya, jika di Malaysia, pukul 5.30 pagi matahari masih lagi tidak kelihatan, tetapi di sini, 5.30 pagi sudah cerah dan jam 9 malam baru maghrib. So, bayangkan kecerahan melampau dari jam 5.30 pagi sampai 9.00 malam, ditambah dengan suhu bilik yang panas tanpa ‘aircond’, macam mana nak aku lelapkan mata. Huh..susah, sungguh susah. Setidak-tidaknya di Malaysia aku ada ‘aircond’ untuk tidur, di sini, nak cari ‘aircond’, mimpi pun aku tak dapat. Orang anggap pelik kalau aku tertiba nak letak ‘aircond’ dalam bilik. Landlady aku mesti minta sewa sewa lebih kalau aku nak tambah aircond.:).

Bulan di siang hari? Masa 9.00 malam.

Kes Curi

Panas, begitu la aku dapat katakan keadaan hati aku sekarang. Bukan apa, bermula dengan gula, cheese (keju), roti, bawang, ayam, kentang, telur, buah epal dan sekarang ais krim pun dia nak kebas. Aku pun tak tahu la, apa jenis manusia yang makan dan mencuri makanan. Mungkin dia kafir, itu yang aku mampu fikirkan, sebab itu juga dia tidak perlu risau tentang barang yang dia curi. Aku bukan hendak tuduh, tetapi benda ini kerap sangat berlaku. Semua benda yang aku ada letak di dapur, semua nya nak diambil. Nak kata tak ada duit, semuanya orang tempatan, British lagi. Aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi, cuma aku doakan satu hari nanti dia sedar apa yang dia buat. Nak halalkan pun dia kafir, tak tahu nak cakap apa lagi. Last-last sekarang aku letakkan semua barang dalam bilik aku. Sebab tu dia dah tak ada barang nak curi, habis ais krim aku dia kebas, ais krim tak boleh letak dalam bilik, tak ada peti ais dalam bilik. Kalau dah ada, dah lama aku letakkan dalam bilik aku.

Aku malas nak bercerita fasal kes curi ini, kalau lagi fikirkan, lagi panas aku rasa, dah la cuaca yang panas, di tambah dengan hati yang panas. Panas kuasa dua jadi kang. Kalau la aku ada doa-doa kasi dia segan ambil barang tu semua, kan baik. Tapi aku tak ada. Geram aku rasa, rasa macam nak letak jer CCTV kat dapur tu, tengok sapa sebenarnya cik tikus British.

Masak sate di rumah belakang rumah Zarul

Sate di Plymouth??

Last entri untuk kali ini, aku bersama rakan-rakan di Plymouth luangkan masa pada hari Sabtu lepas dengan membakar sate. Masak sate kat rumah Zarul, tak banyak yang kita orang masak, tapi cukup untuk dalam 100 cucuk. Kalau nak tunggu pergi ke London, aku rasa kempunan la aku nak makan sate. Zarul cakap, kat London 5 cucuk sate dengan sedikit nasi himpit+bawang+timun boleh mencecah £5. Huh, dari makan sate kat London, lebih baik aku masak sendiri. Walaupun tak sama dengan rasa sate Kajang, tapi sekurang-kurangnya ada nasi himpit segera.:)

Okla, aku rasa dah panjang entri kali ini, ayat pun dah pusing-pusing, panas sebab tu pening dan entri pun pusing-pusing. Esok-esok aku baca semula, dan betulkan kat mana yang pusing-pusing tu. :)

Selamat jumpa lagi. Untuk selingan, aku klip kan satu video klip dari nyanyian Taufik Batisah, Usah Lepaskan. Lagu ni lagu sedih, entah kenapa aku layan plak lagu ini. Huhu. Tiada kaitan dengan aku sekarang ini, sekadar hiburan semata-mata. Antara bibit-bibit yang layan baca lirik kat bawah. :). Gila la jiwang aku kali ini.

Usah biarku bersendirian
Usah biar hati mu di tawan
Usah biar diri ku disini
Seorang menunngu tanpa teman

Usah lepas genggaman tangan mu
Usah biar semua berlalu
Usah terlupa perasaan hati
Pertama kali kita bertemu
Usah lepaskan



Wednesday, May 27, 2009

Berehat di Bournemouth, UK

28.73 . Dan di antara rahmat-Nya, Ia menjadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya, dan supaya kamu bersyukur.
Chapter : Al-Qasas


This picture is captured by Shue

Bournemouth, United Kingdom ( 1°52'33.47"W, 50°42'56.68"N)
Enam tahun lepas, Amir, rakan sepejabat aku di Kuala Lumpur, melanjutkan pelajarannya di Universiti of Bournemouth, United Kingdom. Dan ketika itu, aku katakan pada diri aku sendiri, bilakah aku akan menjejakkan kaki di Bournemouth, UK?
Anak Zalisham : U-kyle

Isnin, 25 May 2009, semuanya menjadi kenyataan, aku dan semua warga Malaysia Plymouth, meluangkan masa selama satu hari di Bournemouth. Seharian di Bournemouth, anggapan aku meleset bila aku dapati Bournemouth tidak seindah seperti digambarkan oleh orang yang pernah melawati Bournemouth. Walau bagaimana pun setuju dengan mereka, Bournemouth mempunyai tarikannya yang sendiri. Pada hari itu, mungkin disebabkan cuaca yang agak baik, di sekitar 22 darjah Celcius, ramai pengunjung mengunjungi pandai Bournemouth pada hari itu.
Warga Malaysia di Plymouth, UK

Bournemouth, bandar yang aku anggap kecil, lebih kurang 120 batu dari Plymouth dan mengambil masa perjalanan selama lebih kurang 3 jam. Tidak banyak perkara yang menarik aku lawati pada hari tersebut kecuali menaiki Bournemouth Eye, melihat pantai dan ber'picnic' di taman.
Dari Kiri: Shue, Umai (Ukyle), Eton (Akil), Noris (Aishah)

Petang itu, rancangan untuk mengadakan barbecue di Bournemouth terpaksa dibatalkan kerana tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa di sana. So, terpaksalah berbarbecue di rumah Zalisham di Plymouth. Walaupun singkat, namun aku boleh katakan perjalanan kali ini agak menarik kerana semua warga Malaysia di Plymouth turut serta.

This two pictures are taken by Firdaus

Untuk mengetahui cerita lebih lanjut mengenai Bournemouth, layari http://www.bournemouth.co.uk/

Saturday, May 23, 2009

Sepetang di Plymouth, UK

7.205 . Dan sebutlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai.
Chapter : Al-A'raf

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Dari kiri: Shue, Kak Mazni, Linda, Zarul, Firdaus, Badrul

Selepas sisipan semalam yang dianggap berat bagi sesetengah pembaca, untuk sisipan kali ini, aku cuma ingin berkongsi aktiviti yang aku jalankan petang tadi di sini.
Cuaca yang menarik di sekitar Plymouth membuatkan aku dan rakan-rakan universiti pergi ke ‘The Hoe’. Seminggu penat di makmal rasa lega bila dapatkan luangkan masa sepetang bersama mereka.

‘The Hoe’ merupakan kawasan terbuka dan menghadap laut, juga merupakan kawasan yang dianggap sinonim dengan kawasan Plymouth City. Jarak hanya dalam 10 minit perjalanan dari rumah aku. Untuk mendapat cerita lanjut mengenai Plymouth Hoe, lawati laman web [di sini]. Pengunjung ke Plymouth adalah tidak lengkap jika tidak melawati kawasan ini. Cuma, hari ini, cuaca agak baik membuatkan hari ini amat indah. Selalunya angin kuat dan sejuk sering menjadi cuaca utama di kawasan ini.

Oleh kerana cuaca yang baik, pada petang tadi, aku bersama Firdaus, Shue, Zarul, Kak Mazni dan Linda sama-sama meluangkan masa bergambar. Musim bunga kali ini, cuaca yang agak panas, sekitar 20 darjah Celsius, sesuai untuk aktiviti bergambar.
Nasib aku tak tendang si zarul

Sisipan gambar aku bersama-sama mereka aku telah muatkan dalam [flickr]. Setelah sekian lama di sini, aku rasa ini adalah kali pertama aku mendapat cuaca yang amat baik di sekita Plymouth.

Untuk sisipan akan datang (mungkin Selasa depan), aku bercadang untuk memuatkan pengalaman di Bournemouth, UK. Komuniti di Plymouth bercadang untuk ke Bournemouth, UK pada Isnin ini.
This picture is taken by Firdaus (dia suruh kasi kredit)

Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum.

Sunday, May 17, 2009

Ultraman, Canon di D Major & Classic Music

Assalamualaikum.

Aku mulakan sisipan hari ini dengan 2 topik utama pertamannya Ultraman dan keduanya Canon di D Major & Classical Music. Pelik, tetapi ini lah sisipan aku kali ini.

Ultraman
Hari ini selepas menonton cerita Ultraman semalam, aku habiskan masa membaca mengenai Ultraman. Tidak aku sangka, banyak juga generasi Ultraman yang aku tidak tahu. Bermula dengan Ultraman generasi pertama kemudian ada tambahan generasi baru yang dikenali termasuk Taro, Nexxus, Gaia, Ace, Ultraseven dan macam-macam lagi. Memang best. Itu sahaja yang mampu aku katakan selepas menonton cerita Ultraman 8 Brothers. Disebabkan tiada kerja untuk dilakukan, masa-masa aku habis untuk menonton Ultraman sehingga ke petang.


Canon di D Major & Classical Music

Entah kenapa bila Noris (rakan Phd) meletakan link di dalam YM ,aku terus minat untuk melihat dan mengetahui apa itu, Canon in D Major. Justeru, aku luangkan masa untuk menonton koleksi-koleksi funtwo yang bermain gitar untuk Canon in D Major. Pada aku lagu itu sesuai untuk dimainkan dengan gitar. Tetapi, cukup menarik minat aku menonton sehingga habis. Seleepas habis lagu tu aku mendengar koleksi classical Music yang ada dalam simpanan aku. Lama juga aku tidak mendengar lagu-lagu classic. Jika aku mahu senaraikan lagu-lagu tersebut, aku rasa cukup untuk membuatkan kalian bosan. Cukup sekadar memberitahu dua lagu kegemaran aku. Bach - Toccata and Fugue in D Minor dan Vivaldi - Spring.

Sunday, April 12, 2009

Ireland - Plymouth

7 April 2009

Jauh permandangan luas pemandangan
Sumber: Pepatah Melayu

From Edinburgh to Ireland

My journey this time continued with the second exploration on two countries, Northern Ireland and Republic of Irelands. The journey started on the morning of 7th of April 2009. From Edinburgh, Scotland, we went straight to a port called Stranrear. The port is located at the West of Scotland (I think) and take about 2 hours drive from Edinburgh. The journey then continued from Stranrear to Belfast. Using a ferry, the journey took about 3 hours to arrive at Belfast port. From there, again, Khairul has to drive for another 3 hours with almost 120miles from Belfast port to the City of Dublin. On the day, once arrived, we just went straight to the hotel. Nothing we have done that night. Just have a good sleep and wait for a new journey tomorrow.

This picture is actually taken around Edinburgh. Not Dublin or Ireland.
From left Badrul, Afiq and Anas

8 April 2009

Went around Ireland for the whole day. Not much I can tell.

9 April 2009

On the 9th April, we went back to the Plymouth. From Dublin port to Holyhead port, the ferry took about 5 hours. Longer time compare to the previous journey. Again, from Holyhead to Plymouth, Khairul has to drive for almost another 10 hours. In between, we stopped by at Liverpool. Actually not stop by but intentionally plan to go there. At night, we arrived at Plymouth around 9.30 pm

Also taken around Edinburgh. Not so sure where is the place exactly
From left: Anas, Afiq and Badrul

ps: no picture taken at Ireland composed yet. Will update later. No time.

Monday, April 06, 2009

Edinburgh, Scotland, UK

4th April 2009

My journey started with renting a car at Enterprise. The car was rented under Khairul's name. In the first place, we planned to rent the car under my name and Khairul. But since I don't have UK valid licence, I can't put my name aside with Khairul. So for this time, Khairul has to drive alone from Plymouth-Scotland-Ireland-Wales-UK-Plymouth.

Sewaan kereta di UK memerlukan 2 jenis lesen. 1) Lesen Antarabangsa yang sah dan 2) Lesen memandu UK. Oleh kerana aku tiada lesen yang antarabangsa, Khairul termaksa memandu sehingga ke Edinburgh.

Around 11.00, we drove the car (actually Khairul drove the car alone, I just watching and be second driver (map reader) and we are expecting to arrive at Ridzuan's house around 10.00 pm. Called him and told him that we are expecting to arrive around that time.

BUT

Because of this picture

We stopped by at Manchester, UK around 4pm. Continued back the journey and because of Manchester we arrived Edinburgh late around 11.00pm.

Tidak banyak yang dilakukan di Stadium Old Traffod, Manchester. Permandangan dari luar berbeza dari permandangan yang biasa di lihat di TV. Nampak seperti gah dalama TV, tetapi apabila sampai di stadium tersebut. Ianya nampak biasa. Untuk pengetahuan, jarak antara Plymouth dan Edinburgh adalah sejauh 487 batu atau mengambil masa lebih kurang 9 jam. Disebabkan persinggahan yang tidak dijangka perjalanan yang diambil lebih kurang 10 jam. Seperkara yang menarik disepanjang perjalanan, permandangan disekitar amat menarik. Syukur kerana tiada apa yang berlaku sepanjang perjalanan. Secara ringkasnya boleh aku katakan disini perjalanan menuju ke Edinburgh melalui jalan raya dan lebuhraya seperti A328, M5, M6, M74 dan M8.

So that night, we did nothing, just slept at Ridzuan's house and the real journal starts tomorrow. Plan to stay at Ridzuan's house for a couple of nights. Anyway, thank you for the hospitalities.

5 April 2009

We went around Edinburgh City from morning 9.00 am until 12.00 pm. After that, around 1.00 pm, drove straight to Glasgow, Scotland. Had a lunch with Nizam. Then after that went straight to Loch Lamond. Around 9.00 went back to Ridzuan's house and slept until morning.



Tiba di rumah Nizam lebih kurang jam 2.30 ptg. Walaupun pada awalnya berjanji lebih kurang jam 2.00 ptg. Lewat 30 minit. Permandangan di Glasgow tak banyak yang boleh diceritakan kerana aku tak lama di Glasgow.Terus pergi ke Loch Lamond di bahagian atas Glasgow. Perjalanan dari rumah Nizam ke Loch Lamond mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja.

Perkara baru yang aku tahu di sini adalah perkataan 'loch' itu sebenarnya sama erti dengan tasik. Nama ini khas digunakan di Scotland sahaja.Semua ketahui bahawa ada cerita berkaitan dengan Raksasa Loch Ness. Mula nya dulu aku ingat nama tu adalah nama raksasa tersebut. Baru aku tahu sebenarnya Raksasa Loch Ness sebenarnya merujuk kepada Raksasa di tasik yang bernama Ness.

6 April 2009

Went around Edinburgh for the second time. Visited some places, parks and museums around Edinburgh. Bought a one day pass for Edinburgh City. [Click here to have the detail]

Harga pass tersebut dalam lebih kurang £24. Pass ini sangat penting. Menggunakan pass ini, banyak muzium dan lokasi menarik kita boleh masuk dengan percuma. Maknanya, banyak sekali dan masuk banyak tempat secara percuma. Kalau rasa nak luangkan masa lama di Edinburgh. Pembelian sebegini tidak merugikan.




As usual, this page shows some pictures taken at Edinburgh and Manchester. For 3 days we at Edinburgh, I can conclude that Edinburgh is a small city, nice and the most important thing is 'haunted'. People here used to called Edinburgh as a 'haunted' city. I not so sure why people can that name for Edinburgh city. For me, the city is just a city. Nothing more nothing less. The most impress thing happen here:
1. We got summon from the City Council (just because of 14 minutes late)
2. The place so nice although the city is small
3. The tourist guide here can tell you 1001 stories. From witchery, witchcraft and 'ghost'.

Friday, April 03, 2009

Easter Holiday April 2009

For this time, my journal starts with a planning made by one of my friends. Our plan to visit and tour the United Kingdom and Ireland. The plan is prepared by Afiq. To make it short. Here are the plans.

4 April 2009
Rent a car at Plymouth and Drive to Edinburgh, Scotland.
Plan to stop over Manchester, UK

5 April 2009
Edinburgh, Scotland

6 April 2009
Edinburgh and Glasgow, Scotland

7 April 2009
Ireland (Belfast and Dublin)

8 April 2009
Dublin

9 April 2009
Back to Plymouth
Plan to stop over Liverpool, UK

The blog is simple, continue to the next post. All the tour and detail about the plan will be posted later. :)

Saturday, February 28, 2009

Tintagel, Cornwall

Judge men's hearts, not their words.
Always seek what is true, for only such knowledge as you have can you be free.
Source: King Arthur words

Tintagel, Cornwall, United Kingdom


Kata-kata diatas aku petik dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sesuai dengan lokasi kali ini. The King Arthur Castle, Tintagel, Cornwall, United Kingdom.

Untuk kali ini. Aku masukkan gambar-gambar yang aku ambil ketika aku melawat Tintagel, Cornwall, UK. Tintagel dikenali sebagai sebuah kawasan tepi laut dan berbukit bukau. Permandangan di sini adalah seperti permandangan biasa di UK. Tintagel terletak dalam kawasan Cornwall, tidak berapa jauh dari Plymouth. Hampir 2 jam perjalanan dari Plymouth ke Tintagel.

Mengikut sejarah, Tintagel adalah kawasan yang dikenali hasil dari peninggalan King Arthur. Terdapat satu Istana yang dikatakan milik King Arthur. Tempat ini sesuai untuk dilawati jika berada disekitar Cornwall, UK.

Untuk lawatan kali ini, aku pergi dengan kawan-kawan dari Universiti Plymouth.Ramai juga yang pergi pada hari itu, jika tidak silap aku yang pergi pada hari tu termasuklah rakan PhD Noris dan Suami, Shue, Kak Mazni dan budak Plymouth lain.

Secara ringkasnya, aku boleh katakan tempat ini tidak menarik seperti yang digambarkan. Mungkin masa aku pergi kurang sesuai, pada akhir musim luruh, maka bunga dan cahaya matahari tidak seperi biasa.

In case of boring or nothing to do, this is a nice place to visit.





Sisipan ringkas dari Tintagel, UK