Live feed from My Flickr

Thursday, January 01, 2009

Rottherdam, NL

45.12 . Allah-lah yang menundukkan lautan untukmu supaya kapal-kapal dan berlayar padanya dengan seizin-Nya, dan supaya kamu dapat mencari sebagian karunia-Nya dan mudah-mudahan kamu bersyukur
Chapter : Al-Jathiya

Rotterdam, NL

Sesuai dengan lokasinya di tepi laut. Bandar Rotterdam adalah sebuah bandar pelabuhan yang terletak di sebelah barat Netherlands. Umum ketahui ianya sebuah bandar yang besar selepas Amsterdam.

Perjalanan aku bermula dari pagi menggunakan keretapi dari station Voorschoten ke Rotterdam, mengambil masa lebih kurang 40 minit. Tambang antara dua station ini hampir mencecah RM40 iaitu 6.40. Perjalanan yang biasa dan tak banyak stesen yang perlu ditukar kecuali di Den Haag.

Lupa aku nak bercerita. Di Netherlands, perkhidmatan keretapi adalah sama dengan perkhidmatan keretapi di UK. Sungguh efisien, dan tepat. Jika masa bertolak menunjukkan jam 10.42, keretapi selalunya akan bergerak tepat jam 10.42. Sungguh aku takjub dengan keretapi di sini. 1 minit boleh membezakan antara dapat atau terlepas. Sama seperti UK, keretapi di Netherlands adalah perkhidmatan awam utama bagi warga Belanda. Aku cuba bayangkan andai kata satu hari nanti Malaysia akan punyai sistem sebegini, alangkah bagusnya rakyat Malaysia nanti.

Walaupun begitu. Bandar Rotterdam adalah bandar pelabuhan. Lihat gambar yang aku letakkan dibawah. Jambatan ini dikenali sebagai Erasmus Bridge. Jabatan sepanjang 808 meter yang dibina pada tahun 1996 menghubungkan dua kawasan selatan dan utara Rotterdam. Dikenali juga sebagai 'The Swan', jika dilihat betul-betul ianya seakan-akan angsa.


Hari itu, aku habiskan petang dan senja aku berada di Rotterdam. Indah dan cantik. Itu sahaja yang aku mampu katakan. Tiada perkara yang menarik selain dari bersiar-siar di sekitar Rotterdam. Aku dan Firdaus pulang dari Rotterdam dalam lebih kurang 7.30 malam.


No comments:

Post a Comment