Live feed from My Flickr

Monday, September 26, 2011

Pensyarah IPTA - Realiti yang perlu diketahui


Bercita-cita menjadi pensyarah selepas tamat pengajian? Nilai isu-isu berikut sebelum membuat keputusan, ada kelebihan dan tidak kurang juga banyak kekurangan. 
  1. Tugas hakiki. Ini mesti tahu, di antara tugas yang perlu dilakukan oleh pensyarah termasuklah pengajaran, penyelidikan, penulisan untuk penerbitan (jurnal atau persidangan), penyeliaan pelajar, khidmat nasihat, pentadbiran, menghadiri seminar tahunan dan lain-lain tugas yang diberikan oleh Universiti. Banyak, tetapi yang paling penting adalah 3 tugas pertama yang mana ia akan membantu kenaikan pangkat. Yang lain kurang penting, tetapi tiada pilihan, kena buat jugak.
  2. Gaji dan Emolumen. Skim pensyarah bermula dengan DS45 , kemudian boleh dipertimbangkan ke gred DS52, DS54, Khas C, Khas B, Khas A dan Turus yang lain. Skala gaji, boleh rujuk dari laman web sini [1]. Dibandingkan dengan skim lain, skim ini tiada gred 48. Selain dari gaji, ada juga elaun-elaun lain yang dibayar, jumlah minima RM1300 bagi pensyarah baru di gred DS45. Bagi pensyarah perubatan, ada tambahan lain; sila lihat sini untuk elaun-elaun tambahan [2]. Untuk perbandingan skim lain seperti PTD, aku penah bincangkan di sini [3]. Jika dibandingkan dengan gaji pensyarah di IPS, memang jauh berbeza.
  3. Cuti. Seperti skim lain dalam perkhidmatan awam, skim perkhidmatan pensyarah aku rasa antara paling banyak cuti termasuk cuti tahunan, cuti belajar sabatikal, cuti belajar dan cuti persidangan. Ikut perkiraan aku, cuti untuk pensyarah lebih banyak berbanding cikgu sekolah; walaupun cikgu ada CUTI Sekolah, sebilangan besar guru perlu hadirkan diri kesekolah juga pada musim cuti sekolah.
  4. Kenaikan pangkat. Walaupun peluang kenaikan pangkat nampak mudah, iaitu terus ke gred 52 dan hanya berdasarkan merit, berbeza dengan perkhidmatan lain yang kebiasaannya menunggu kekosongan jawatan. Tambahan pula kenaikan pangkat TIDAK mengikut seniority, sebagai contoh, gred DS45 boleh dinaikkan kepada Profesor (gred Khas C) atau Profesor Madya (DS54) terus jika layak, tanpa melalui tangga gred biasa. Walaubagaimanapun, kenaikan pangkat adalah berbeza antara IPTA. Ada IPTA yang mengenakan syarat ketat dan ada juga IPTA menggunakan syarat kurang ketat. Sebagai contoh, ada IPTA mengenakan syarat penerbitan jurnal ISI, dan ada juga hanya menunggu 3 tahun. Isu kenaikan pangkat ini banyak diperbincangkan, cuma pada aku, selagi kita penuhi kehendak Universiti, insyallah peluang itu mudah berbanding skim lain.
  5. Kepentingan Ilmu. Paling penting dalam skim perkhidmatan ini, keperluan pembelajaran berterusan untuk menambah dan memperkukuhkan ilmu. Bukan untuk pengajaran sahaja, malahan perlu untuk penyelidikan dan jugak khidmat nasihat. Berbanding dengan pengajar di sekolah, pensyarah perlu mengemaskini maklumat hampir setiap hari, maka, skim ini BUKAN pilihan yang sesuai bagi individu yang tidak minat membaca.
  6. Peluang keluar negara. Skim ini juga menawarkan peluang ke luar negara ditanggung Universiti dalam tempoh-tempoh tentu. Berbanding skim lain, pensyarah agak mudah mendapat peluang seperti ini. Pertama, pensyarah dapat membentangkan kertas penyelidikan dalam tempoh perkhidmatan (2-7 hari bergantung kepada persidangan). Kedua, pensyarah diberikan peluang untuk membuat sabatikal selama 6 - 9 bulan bergantung kepada tahun perkhidmatan (diberikan dalam jangka masa 3-5 tahun sekali). Ketiga, juga diberi peluang kepada pensyarah untuk membuat post-doc yang selalunya mengambil masa 2-3 tahun. Sepanjang keluar negara, elaun tambahan akan diberikan selain dari gaji pokok di Malaysia.
  7. Kemudahan penyelidikan. Bagi yang berminat untuk membuat penyelidikan bergeran. Universiti penyelidikan seperti UM, UKM, UPM, USM dan UTM memberi peluang yang besar kerana terdapat peruntukan khas dari kerajaan. Walaupun demikian, pensyarah perlu memohon untuk mendapatkannya. BUKAN kasi FREE :). Walaupun terpaksa diakui, geran yang diperuntukkan kecil berbanding universiti antarabangsa, sekurang-kurangnya diberikan peluang. 
  8. Cabaran pengajaran. Selain dari kelebihan yang diperolehi, aku ingin kongsikan pengalaman pengajaran, terutama mengajar di peringkat Sarjana yang umum tahu kebanyakkan mereka adalah pekerja dari Industri. Sukar tapi adakala menyeronokan. Bagi pengajaran diperingkat sarjana muda pula, agak mudah berbanding sarjana, cuma kita perlu siapkan pelajar untuk industri, dan ia bukan perkara yang mudah - tambahan pula ada ketika perlu berhadapan dengan pelajar yang 'tercampak' ke fakulti yang kita mengajar.  Yang penting, pensyarah perlu lengkap kan diri supaya nampak ketinggian nilai ilmu berbanding pelajar.
  9. Waktu kerja. Agak menarik dalam skim ini, tiada waktu kerja yang khas, tidak perlu datang tepat jam 8.30 dan balik pukul 5.30. Yang penting, pengajaran dilakukan, penyelidikan di teruskan dan menjalankan tugas hakiki yang dipertanggungjawabkan. Ia memberi ruang yang cukup untuk pensyarah yang menjalankan penyelidikan. Ramai rakan pensyarah yang kekal menjadi pensyarah kerana waktu bekerja yang fleksibel ini, walaupun ramai sedia maklum gaji kurang berbanding dengan bekerja di swasta.
  10. Pilihan universiti. Yang ini juga penting, pilih universiti mengikut kekuatan anda. Ada universiti bertaraf APEX, Universiti Penyelidikan dan lain-lain. Setiap universiti mempunyai peraturan mereka sendiri. 
  11. Akhir sekali, yang paling penting pada aku. Bagi orang islam, ilmu yang diajar kepada orang lain dan dimanfaatkan itu tidak akan putus pahalanya. 
Itu sahaja yang aku dapat kongsikan, insyallah, ada masa aku tambah lagi. Kepada yang berminat, teruskan usaha untuk mendapatkan PhD dan seterusnya bergelar pensyarah. Banyak cabaran lain, yang aku rasa ia perlu dilalui sendiri, terutamanya pada peringkat menyiapkan sebuah PhD. 


17 comments:

  1. Salam..this post was very informative. I really need this. Thank you!

    ReplyDelete
  2. Hi Badrul,

    Really thank you for sharing your experience here. I just finished my Master, and i am interested in lecturing job. Through your blog, i am able to get clearer picture of a lecturer's working environment. I'm ready for the challenge.. ;)

    ReplyDelete
  3. sebenarnya beban kerja pun banyak juga.. bukan setakat mengajar, pengurusan hal ehwal program fakulti pun mjadi tgjawab.. akreditasi, ISO etc.. tak termasuk lantikkan jwatn universiti utk jtnkuasa ln..

    ReplyDelete
  4. Salam ...

    Maklumat yang mantap. Pasal cuti banyak tu, dari segi kemudahan cuti yang ditawarkan memang benar. Tapi realitinya bukan semua cuti boleh dapat. Kebanyakkannya hanya boleh diperoleh kalau dah lama berkhidmat. Untuk pensyarah baru dan muda, kadang-2 susah dapat cuti disebabkan pengajaran dan kerja-2 pentadbiran. Macam cuti sabatikal dan cuti belajar tu bukan cuti goyang kaki, kena ada hasil.

    Apa pun satu maklumat yang bermanfaat. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. salam... kalau x de master..terus ade phd,,, mmg kena start dgn ds 45 jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di U sy msc/phd who person yg 1st degree automatik ds52 pensyarah kanan..

      Delete
  6. salam.. encik Badrul anuar,

    ada tak peluang partimer lecturer kat mana2. iam master holder ada niat nak jadi lecturer.. tq

    ReplyDelete
  7. sekarang ni ada phd pun belum tentu u boleh jd pensyarah...dulu boleh la senang...kalau u freshie agak susah la...nak jadi pensyarah ni bai...u kena ada experience kerja diluardulu la...kalau tak x seimbang pengalaman dan ilmu u...kira kurang power la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene seimbangkan antara pengalaman luar dan ilmu akademik. kalau dua dua seimbang, insyallah akan dapat hasilkan lebih ramai pelajar yang hebat ;)

      Delete
  8. assalam
    saya dah cuba apply utk ds45 ke unisza n unimap.... belum ada apa2 jawapan... mcm agk sukar kalau tanpa phd... betol ke? kena ada phd dulu... andai ada rezeki di unimap boleh lah saya buat partime phd di uum...ada sapa2 bleh bg pencerahan atau bantuan....

    bidang saya TESL... UPM n UTM

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada universiti - tetapi adalah lebih mudah jika memohon dengan PhD

      Delete
  9. Salam..nak tanya..ada beza ke skim dan gaji DH 51 dan DH 52.Kalau ada,apa bezanyanya ye.dan bagaiamana cara lantikannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap DH ini untuk skim pensyarah politeknik. di IPTA akan guna DS dan DM (UiTM). antara 51 dan 52 tak ade beza dari segi gaji. cuma 51 itu lantikan baru dan 52 adalah kenaikan pangkat.

      Delete
  10. Terima kasih diatas perkongsian... susah jugak nak masuk IPTA ni sebagai pensyarah...

    ReplyDelete