Berkisar tentang perihal kedukukan universiti dan agenda nasional, sering kali aku baca komen dan pandangan umum di paparan akhbar. Sebagai ahli akademik yang meninggalkan seketika dunia pendidikan - menumpukan pada penyelidikan, sedikit pandangan yang ingin diutarakan berdasarkan pengalaman 8 tahun sebagai pensyarah di univeristi tertua di Malaysia. Aku tahu isu ini boleh dilihat dipelbagai sudut, namun sukacita aku fokuskan kepada dua sahaja, isu kedudukan universiti dan pelajar.
Antara isu pelajar yang aku ingin kongsikan.
- Aku tidak menafikan kepentingan negara dalam memartabatkan universiti di Malaysia untuk menjadi antara universiti terbaik didunia, atau dalam erti kata lain, tersenarai antara universiti terkemuka.
- Namun aku agak terkilan dengan tindakan universiti, saban tahun pendekatan mengurangkan pengambilan pelajar diambil oleh universiti penyelidikan. Kata mereka ini akan membantu kedudukan universiti; memang benar fakta ini dan seperti yang kita lihat universiti tertua di Malaysia sudah meningkat hasil dari pendekatan ini.
- Aku masih ingat, semasa menjadi pensyarah, pengambilan bukan sahaja dikurangkan lebih dari 50%, namun di ganti dengan pelajar luar negara yang pada hemat aku, ada mereka2 ini tidak layak untuk mengantikan anak Malaysia; sebahagiannya tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris; kemudian dilambakkan dengan pelajar dari Timur Tengah yang pada hemat tidak sebijak anak tempatan Malaysia. Ironinya, aku dimaklumkan ini adalah bertujuan untuk memberi impak kepada anak tempatan untuk bersaing secara sihat.
- Untuk makluman, pengurangan pelajar ini berlaku sudah hampir lebih 5 tahun, berlaku berperingkat-peringkat tanpa perubahan drastik.
- Persoalannya, jika pada asalnya 300 pelajar ditawarkan pada 2007 kemudian dikurangkan kepada 150 orang pelajar pada tahun seterusnya, kemudia dari 150 orang itu, 10% adalah bukan warganegara; maka seramai 160 warga negara telah dinafikan untuk belajar di universiti tertua dan ternama itu? Adakah ini dinamakan kemenangan?
- Saban hari kita mendengar keluhan ibu bapa kerana tidak dapat tempat di universiti tempatan; persoalannya jika anak tempatan tidak mendapat tempat kenapa diberikan kepada orang luar? Kata mereka, untuk menggalakan persaingan. Itu alasan yang aku dengar 3 tahun yang lepas.
- Ramai memberi alasan, pelajar yang sedikit akan memberi kesan pembelajaran yang berkualiti. Namun, pada aku, ini semua tidak punya asas yang kuat. Sebagai perbandingan; jika kita mempunyai 50 orang pelajar ? adakah kualiti semua pelajar ini akan sama? Natijahnya, taburan normal akan memberi keseimbangan dalam menghasilkan pelajar, mungkin 10-20% akan cemerlang selebihnya boleh dikategorikan biasa.
- Bayangkan, jika hanya 50 pelajar ditawarkan tempat, dan 50% pelajar cemerlang (dikatakan hasil dari sedikit pelajar menghasilkan kualiti pelajar yang baik). Namun, jika kita ade 300 pelajar, walau hanya 10% cemerlang, bilangannya sudah melebihi dari 50% yang terdahulu? Tambahan kita mempunyai pelajar yang mampu bersaing di luar sana, tanpa penggantungan dengan sumber luar.
- Persoalan seterusnya, apa guna punya pendidik dan pensyarah yang baik bertaraf dunia jika dan tidak digunakan secara optimum untuk mendidik anak bangsa?
- Pada hemat aku, alangkah ruginya negara, punyai universiti bertaraf antarabangsa, namun kesannya hanya untuk anak bangsa dalam skala kecil. Jangan nanti, orang kata, anak kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan.
Isu Kedudukan universiti dan penyelidikan.
- Kita sering dimomokkan dengan kepetingan penulisan dalam journal antarabangsa yang disenaraikan dalam index ISI (journal ISI) untuk tujuan penambahbaikan dalam kedudukan.
- Aku tidak menafikan kepentingan penulisan ini, namun aku masih kurang faham tentang hubungkait yang bermakna lagi jelas antara penulisan journal ISI dan kedudukan universiti. Sedikit fakta yang diambil dari penulisan bekas naib cancelor, kenaikan universiti dalam kedudukan terbaik adalah disumbang oleh peratusan nisbah pelajar dan BUKAN dari penerbitan ISI. Fakta ini perlu dijelaskan oleh pengurusan universiti agar ia tidak diketawa kelak oleh anak bangsa.
- Juga tidak menafikan tentang kepentingan penerbitan sebegini, namun ianya perlu diuruskan dengan baik; atau dalam erti kata lain, tidak menafikan penerbitan yang lain.
- Perbandingan kasar diambilkira, penerbitan dalam journal ISI memerlukan dana penyelidikan yang tinggi; adakah kita mampu untuk menjana dana ini atau kita bergantung sepenuhnya dengan duit rakyat hasil dari cukai negara? Berbaloi atau tidak?
- Isu journal ISI sering kali dikaitkan dengan isu kenaikan pangkat pensyarah. Dalam erti kata lain, tanpa ISI peluang untuk dinaikan pangkat adalah rendah. Namun persoalannya, adakah adil jika kita samakan pekara ini dengan semua bidang? Semua sedia maklum bahawa bidang bukan Sains agak sukar untuk mendapatkan penerbitan dalam ISI. Kenapa ini tidak diambil kira? Pada hemat aku, kesarjanaan itu tidak diukur semata-mata dengan penerbitan journal ISI, banyak faktor lain perlu dilihat.
- Dalam erti kata lain, universiti yang mengenakan syarat ini adalah dianggap tidak wajar. Pada hemat aku, imbuhan gaji adalah sama dikalangan pensyarah di universiti tempatan, maka ini harus dilihat bagi mengelakan isu ketidak adilan dikalangan pensyarah di seluruh negara. Ada universiti memerlukan banyak journal ISI untuk kenaikan pangkat, ada universiti TIDAK.
- Isu lain ditimbulkan oleh penyelidik baru, mengadu kepada aku tentang keperluan penerbitan journal ISI. Persoalan aku, adakah adil jika kita meng'arah'kam penyelidik baru untuk menghasilkan penerbitan berjenis ini (dikatakan prasyarat untuk menjadi pembantu penyelidik); sedangkan masih ramai lagi penyelidik-penyelidik lama bertaraf profesor masih bertungkus lumus untuk menerbitkan perkara yang sama? Jika perkiraan quantitative digunakan dan andaian masa depan dikira, jika seorang pensyarah baru perlu menyiapkan 2 journal ISI setiap tahun; maka seorang profesor yang telah berkhidmat selama 20 tahun perlu ada sekurang-kurangnya 40 penerbitan. Mungkin ada, tapi kebanyakkannya tidak sebanyak itu - kalau ada pun bukan penulis pertama, ditulis oleh pelajar dan penyelidik kebanyakkan. Kepimpinan melalui teladan kah ini?
- Pada aku dalam keghairahan mengejar penerbitan journal ISI, banyak perkara lain perlu dilihat. Perlu seiring, jika mahukan juga, sediakan keperluan asas seperti dana, pelajar yang baik, penyelidik yang baik dengan gaji setimpal, ruang untuk berfikir dan perkara-perkara lain. Semestinya, meletakkan pada satu faktor bukan satu cara yang bijak.
Kesimpulan
- Dalam keghairahan mengejar kedudukan, jangan terlepas pandang anak bangsa Malaysia yang dahagakan pendidikan.
- Penerbitan dalam journal berindekan ISI penting, namun ia perlu diseimbangkan dengan penerbitan-penerbitan lain.
- Kedua-dua perlu seiring; namun pendekatan yang lebih bermakna perlu digariskan semula. Agenda nasional dalam menaikkan kedudukan perlu dilihat semula, seiring dalam melahirkan anak bangsa yang menjadi agenda sepanjang masa.
Bro den setuju sangat dengan pandangan mu ni
ReplyDeleteye, banyak point2 yang menarik dan perlu di bawa ke pihak atas..hehehe..
ReplyDeletependapat bagus... tapi, byk benda dlm IPTA ni yg tak masuk akal, Journal ISI pun byk yg bogus yg tak payah referee/reviewer, medal2 penyelidikan tu juga sampah... kadang2 pensyarah tiada pilihan kecuali buat semua ni kerana KPI IPTA kononya, rasanya KPT perlu mengurangkan sampah2 ini dulu, perkasakan keilmuan yang genuine di IPTA kemudian baru tengok ISI ini.
ReplyDeleteSalamz,
ReplyDeleteAda betulnya juga isu 1 hingga 10 di atas, sebab nya supervisor master saya sudah "banyak kera untuk disusukan dlm bidang Phd Komputer".. sbb itu lah anak watan sendiri kelaparan...