Live feed from My Flickr

Thursday, September 22, 2011

Sains Komputer dan Jurutera

Sains Komputer dan Jurutera. Aku nak kupaskan sedikit mengenai bidang ini, namun aku mengfokuskan kepada 'Jurutera' rangkaian, sistem dan perisian, yang jarang orang kenali selain dari bidang utama jurutera awam, mekanikal, electrik dan kimia. 

Umum
  1. Semua orang sedia maklum, jurutera dirujuk sebagai "orang yg terlatih dlm mereka, membuat, dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dlm mana-mana cabang kejuruteraan".
  2. Acapkali kita mendengar jurutera-jurutera ini bergaji besar dan secara umum kita tahu ada beberapa bidang utama termasuk awam, mekanikal, electrik dan kimia.
  3. Umum masih kurang jelas (ada juga yg tidak tahu) tentang wujudnya istilah jurutera rangkaian, sistem dan perisian yang selalunya dihasilkan oleh bidang berteraskan Sains Komputer.
Pandangan Umum yang kurang tepat
  1. Ramai ibu-bapa berpendapat, jika anak mereka ditempatkan di Fakulti Sains Komputer atau berkaitan, akan hanya mempelajari pekara-pekara asas komputer. 
  2. Ada juga yang menyatakan fakulti ini tidak punya masa depan kerana lambakan pelajar bidang sains komputer di pasaran tanpa kerja.
  3. Rata-rata pelajar juga tidak mahu memilih bidang sains komputer kerana beranggapan bidang ini terlalu umum dan tidak sehebat Awam, Elektrik, Kimia dan Mekanikal.
  4. Pelajar pula dimomokkan dengan kata-kata umum seperti "a. jika belajar sains komputer korang akan belajar microsoft word; aku yang tak belajar sains komputer pun tahu guna", "b. ala setakat guna Adobe photoshop, aku dah boleh guna masa tingkatan 1", "c. Wifi? umah aku ade wifi, aku yg baiki sendiri","d. nak buat website? aku pun boleh buat dah; setakat HTML, PHP, dan database? aku dah tahu?" dan "e. sepupu aku dulu amik sains komputer, susah dapat keje, internet rumah problem pun dia tak tahu baiki"..dan lain lain lagi yang memperlihatkan Sains Komputer ini tiada apa-apa selain dari mempelajari tentang perkara umum yang semua orang mesti tahu. 
  5. Pelajar memilih sains komputer sebagai pilihan terakhir jika tidak mendapat tempat di bidang kejuruteraan utama.
Sebenarnya
  1. Istilah jurutera rangkaian, sistem dan perisian telah lama wujud; kesan dari era baru dalam dunia komunikasi dan komputer. 
  2. Banyak istilah digunakan untuk mengambarkan individu yang terbabit secara langsung atau tidak dalam dunia pengkomputeran ini, termasuk "network engineer", "network administrator", "network analyst", "software engineer", "system engineer" dan lain lain istilah, kalau aku tulis tak cukup pulak ruang ni. 
  3. Individu yang terbabit dalam dunia rangkaian dan pengkomputer bukan sahaja membangun kan perisian komputer, malah menjaga, mengkonfigurasi, mengawal semua perkakasan dan perisian yang ada. 
  4. Kata-kata umum yang mempelekehkan bidang ini adalah kerana kurang faham tentang apa yang dipelajari oleh pelajar sains komputer, maka pelajar perlu bertanya kepada orang yang mahir dalam bidang ini tanpa merujuk kepada individu yang tidak menceburi bidang ini. Sama seperti bidang lain, jika pelajar TIDAK menguasai ilmu komputer, peluang untuk bekerja dalam bidang ini adalah sangat tipis. Oleh yang demikian, kuasai dunia pengkomputeran dengan baik dan bezakan dengan individu-individu yang diluar sana. 
Kelebihan
  1. Selesa berbanding bekerja di lapangan. Jika umum tahu, bidang utama seperti awam dan elektrik memerlukan jurutera bekerja di lapangan yang terdedah kepada bahaya seperti kawasan pembinaan, bangunan tinggi dan sebagainya. Namun untuk jurutera berteraskan komputer seperti jurutera rangkaian, umum ketahui semua perkakasan melibatkan komputer (cth: router, switch, server) berada dalam bilik berhawa dingin dan boleh dikawal secara jauh (remote); maka mereka lebih selesa berbanding jurutera lain. 
  2. Skala gaji. Bedasarkan carian dalam Jobstreet, skala gaji bagi bekas graduan dalam bidang-bidang berikut adalah seperti berikut (menggunakan kata kunci berikut dan gaji purata): network - RM2300, software - RM2500, electrical - RM1900, civil - RM2000, mechanical - RM2300 dan chemical - RM2500.00. Kesimpulan, rata-rata gaji awalan untuk bidang komputer hampir sama dengan bidang kejuruteraan lain, malahan lebih baik daripada bidang elektrik dan awam [1]. 
  3. Skala gaji. menggunakan kata kunci berikut dan gaji tertinggi: network - RM14,800, software - RM12,500, electrical - RM8500, civil - RM5700, mechanical - RM8000 dan chemical - RM5000.00. Kesimpulan, gaji bidang saing komputer lebih tinggi sehingga mencapai 5 angka melebihi bidang utama :P [1]. 
  4. Peluang. Seperti bidang-bidang lain, pekerjaan dalam dunia pengkomputeran tidak terhad di Malaysia kerana umum terima bahawa bidang ini adalah sama diseluruh dunia; maka pelajar boleh bekerja di mana-mana di dunia tanpa halangan. 
  5. Industri. Antara nama industri yang terkenal di Malaysia yang menawarkan pekerjaan seperti IBM, Dimensiondata, Mesiniaga dan HP
Kesimpulan
  1. Gunakan sebaik mungkin peluang diberikan walaupun ditempatkan ke fakulti sebegini; abaikan pandangan umum kerana ramai graduan telah mendapat habuan masing-masing dalam bidang ini. 

194 comments:

  1. Saya seorang jurutera rangkaian aka 'network engineer' di sebuah syarikat di Cyberjaya. Saya graduan dari MMU, rata-rata hampir kebanyakan kami membesar & bekerja sekitar Cyberjaya & KL. Kelompok kami agak ramai juga di TM & telco2 utama di Malaysia. Tidak kurang juga yg mendapat peluang di luar negara.

    Skala gaji diperingkat awal sama seperti diatas. Lingkungan gaji RM2000-RM2500.
    Saya bermula dengan gaji RM2600 juga. Namun selepas 2tahun mendapat pengalaman, 'melompat' company adalah cara terbaik mendapat gaji lebih. Secara purata, syarikat MNC di Cyberjaya mampu/boleh membayar sekitar RM4500 (utk 2-3tahun pengalaman, dengan sijil CCNA/MCSE,etc).

    Purata kenaikan gaji sekitar 6-12% setahun. Kenaikan gaji saya hanya dlm linkungan RM300-500 setahun. Selepas 3 tahun, gaji saya sekitar RM6000. Bonus & elaun bergantung kepada prestasi company. Jangan bermimpi utk mendapat bonus 6-8 bulan gaji seperti syarikat Oil&Gas / Investment Bank. Purata bonus hanya linkungan 1-4 bulan.

    Tidak mustahil jika ada yg mendapat gaji RM8000 - RM12000 walaupun baru mencecah umur 30tahun. Ianya bergantung kepada technical skillset masing2, pendedahan kepada project management, mendapat technical cert tertinggi (CCIE,etc).

    Kekurangan di bidang ini:
    1. Kerja Shift.
    Kebanyakan syarikat di Cyberjaya beroperasi 24x7 iaitu sebagai global suppport center. Ada beroperasi 12jam shift / 8jam shift.

    2. NOC
    Kebanyakan peluang utk fresh grad di Network Operation Center. Kerja kadangkala rigid tapi bagus sebagai permulaan career. Jika ada peluang hands on troubleshooting, lagi bagus.

    Ini pandangan peribadi saya. Saya tidak pernah bekerja di sektor awam. Jadi pandangan saya agak berat sebelah /kurang tepat utk menggambarkan secara keseluruhannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih di atas perkongsian ini. saya sedang mencari info bidang kerjaya berkaitan IT. Amat membantu. Kepada penulis blog dan lain-laian yang memberi pandangan sangat berguna.

      Delete
    2. Salam bro,nak tanya kalau kita dalam bidang ni as a women mungkin akan lack skill and less perform macam golongan lelaki.saya pelajar uthm jurusan sc komputer(information security) and apa skop berkerja jika bagi golongan wanita atau adakah ianya terhad kerana kos ini selalu dimonopoli golongan lelaki?#mohonpencerahan

      Delete
  2. Kepada saudara yang berkongsi pengalaman, terima kasih. Sekurang-kurangnya ia boleh membantu membetulkan tanggapan masyarakat tentang graduan Sains Komputer atau berkaitan.

    Cerita saudara dapat membantu bakal-bakal jurutera rangkaian untuk membuat keputusan nanti.

    ReplyDelete
  3. mcm mane dgn bidang kerjaya bg kejuruteraan komunikasi dan komputer di malaysia?

    ReplyDelete
  4. salam.... pada ketika ini, adakah peluang graduasi yang memiliki degree dalam major computer engineering susah untuk mendapat kerja?.Dan berapakah skop and range gaji baki sektor ini... tq

    ReplyDelete
  5. thx, ak pom bru je nk isi upu hehe xD

    ReplyDelete
  6. saya sebenarnya agak tertarik dengan bidang ini...tapi kurang maklumat mengenainya.. saya ingin menceburi bidang ini tapi saya memang tak pandai bab2 komputer nie...hehe..saya sekarang menunggu keputusan spm...so macam mana eh??

    ReplyDelete
  7. Bolehkah saye mohan Software engineering sedangkan saye mengambil sains Account(Kimia,fizik,add math,account) ?

    ReplyDelete
  8. bagaimana pula dengan topik yang bakal kami belajar pada peringkat degree? boleh tolong list kan?
    tahap kesukaran untuk mendapat pointer 3.50 ke atas?(1-5)
    dan yang paling penting, bagaimana sebenarnya cara kerja untuk engineer-engineer ini?

    harap dapat bantu. tq

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas info.. lega sikit bace komen2 yg mmbina,, almaklumlah isi upu mohon bidang nie,, hrap2 dipermudhkan...

    ReplyDelete
  10. haha , knape lah aku dpt ftms , ohok , ta pnah dgar plak tu

    ReplyDelete
  11. Saya amat berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer namun saya merupakan lepasan asasi undang-undang.Adakah saya layak untuk memohon bidang ini kerana saya juga merupakan bekas pelajar aliran sains di sekolah.

    ReplyDelete
  12. very good information...:)

    ReplyDelete
  13. tahun 2020 .. yg mne lebih diperlukan .. graduate sains computer ataupun graduate bidang oil n gas...

    ReplyDelete
  14. graduan dalam bidang computer science ade peluang keje ke bidang oil and gas :). boleh rujuk disini. job market untuk bidang ICT.

    Graduan dalam bidang Comp. Science berpeluang ke semua bidang.

    http://www.jobstreet.com.my/announcement/2012/p/pikom/pic/job_market.pdf

    ReplyDelete
  15. Saya DIDIE, graduan politeknik dalam bidang kejuruteraan mekanikal.. saya agak berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan komputer tetapi kurang pengetahuan dalam bidang tersebut.. boleh kongsikan tips atau panduan untuk orang baru seperti saya sebagai persediaan awal..?

    terima kasih..:)

    ReplyDelete
  16. kena ade minat ! tumpu pada programming. once dah kuasai logic dah boleh buat macam macam. kalau boleh ambil pendidikan formal dalam bidang comp sc

    ReplyDelete
  17. sye pown bachelor in sc compter..bru nk masok sem 2...but stil in confusion. tak tau nak pilih major ape masok thn 2 nnt. bole bg pdpt tak.., antara software engineering,computer network n artificial inteligence yg mana more better yup? coz pompuan jarang ceburi bidang nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua bidang sama. yang penting minat :). tak semestinya dalam bidang networking akan jadi network engineer.

      Delete
    2. Salam . Abg bad . Nak tnye , sy skrg , dilema , nak ambil foundation electronic dan seterusnya ke degree computer engineering atau foundation cs dan seterusnya ke software engineering , sbb ramai ckp , skrg kalau keje umum , oayah nk keje . So kena ad pengkhususan . Perlukan bntuan abang bag

      Delete
    3. tak kisah. tak perlu lagi pengkhususan. amik general pun ok. :)

      Delete
  18. saya takut bidang ini hanya dimonopoli oleh golongan lelaki dan tiada ruang bagi golongan wanita mendapat kerja. Adakah wanita senang mendapat kerja di bidang ini? mohon penjelasan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendapat saya.. dalam bidan yang melibatkan komputer ni , lelaki dan perempuan adalah balance kerana tidak langsung melibatkan kekuatan dan kerja2 lasak.berbanding kejuruteraan awam. mengenai sistem monopoli itu tak langsung terlibat . semua bergantung pada kemampuan dan hasil kerja masing2. yang uar2 lelaki yg monopoli sbb selalunya, lelaki paling minat sistem2 komputer dan byk menghabiskan masa dengan menular mengenai komputer berbanding dengan perempuan.jadi, pengetahuan lelaki seperti ini akan lebih tnggi dan peratus mendapat kerjaya juga tinggi.

      Delete
  19. IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK
    (KEJURUTERAAN KOMPUTER) DENGAN KEPUJIAN
    sy nak tyelah abg2 senior... jurusan ni kerjayanya ap?
    Harap dapat membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bekerja dengan Intel atau FreeScale dalam membuat chip.
      Kalau ada belajar subject berkaitan rangkaian/perisian - tiada masalah untuk masuk bidang tersebut ;)

      Delete
  20. Adakah peluang pekerjaan untuk perempuan ada?

    ReplyDelete
  21. sy nak tnya, sy brcita2 nak jd programmer, tp sy xda basic programming, rsa2nya susah sngat x sy nak angkat subjek CS ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah. saya dulu juga bermula dengan 0 dan tiada pengalaman ;)

      Delete
  22. kalau major ke information system? mcm mne pluang kerja ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. if compare dgn software engineer? :)
      keliru la . :\
      yg mane lgi bagus pluang keje?

      Delete
    2. semua ade kelebihan sendiri.
      kalau minat menjadi pengaturcara, SE adalah terbaik.

      Delete
    3. ramai yg ckp SC ni susah nak kerja . -__-
      adei.
      kne bukti la nnti result baik bru bole keje. keh3

      Delete
    4. yg bkn lecturer sns komp.. heheh

      Delete
    5. banyak peluang pekerjaan dalam Bidang Comp Sc.

      Walaubagaimanapun, yg tak dapat kerja bukan sebab tiada peluang tetapi disebabkan segelitir pelajar tidak menguasai ilmu perkomputeran yang sepatutnya.

      Sebagai contoh - belajar Engineering tetapi tidak mahir, mana mungkin boleh menjadi engineer. Sama juga seperti Komputer Sains. :).

      Delete
    6. sy tngk yg amik IS kt u yg nk pegi ni xramai pon.
      hahah. ._.
      tkut pulak rasa nye..

      Delete
  23. bagaimana pula dgn software engineering in multimedia,.saya risau dengan peluang pekerjaan nanti,.:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama :) insyallah kalau dapat kuasai bidang computer science. peluang keje mmg banyak

      Delete
  24. bang, sy pljar matrikulasi modul 2, sy memg mnt nk jdi engineer network, bpe pointer yg pling minima perlu sy dpt (sy bknnye pndai sgt tp memg mnt sc comp haha) n kt mne ptut sy phon??

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastikan dapat 3 dan keatas. dan pilih the best university :).. kalau lagi best. pilih Universiti Malaya

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  25. sya skrang ni tahun 3 dip in quatitative sc..tgh survey skit utk degree nnt..so, nk tnya kalu sy masuk bidang communication & networking, paling standard pun keje apa yg bole apply? mcm mna pula dgn multimedia computing? byk x demand?
    let say sy nak jd programmer atau software engineer..course apa yg patut sy pilh? perlu ke sy mahir dlm c++, java, sql, etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. amik bidang apa pun tka kisah :) asalkan minat

      Delete
  26. mcm mne plak untuk org y xde pngalaman n blajar x hbis tp minat sgt dlm bidang komputer ni..hmmm..klau nk continue blek mcm mne??? tlong trangkn ye...

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastikan kalau nak masuk UM dapatkan 3.5 ke atas :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  28. saye minat nak sambung komputer ingineering ade tip tak gan kelulusan yg diperlukan untuk sambung belajar dlm bidang ni

    ReplyDelete
  29. dah sbulan sy bljr sns komp..
    mencabar jgk. .:)

    ReplyDelete
  30. encik boleh tak saya nk tanya pasal kejuruteraan elektronik(komputer) ni mcm mana?

    ReplyDelete
  31. salam, sye budak lepasan PMR 2013 . dan tahun depan sya berada di ting4 . . sye ad mohon vokasional . . ambik aliran sistem komputer dan rangkaian . . . sye nk tnye, kalau dpat diploma dari vokasional ni , boleh ke dpat kerja mcm yg abg ckap dkat atas tdi ? . . sye perlukan maklumat sikit sbb takut tersalah pilih . .kawan2 ad ckap bidang yg sye ambik ny xmenjamin, sbb tu lah semangat nk ambik bidang ny agk kurengg sikit . . . btw, tengs for the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pendapat saya, bidang ini banyak peluang pekerjaan. Insyallah tiada masalah. Adik masih muda, boleh majukan diri lagi. Kalau boleh buat degree dalam bidang ini, dan jangan setakat diploma sahaja. :).

      Delete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade dua. 1) sambung untuk buat advanced diploma, master dan phd. 2) kerja diluar mmg banyak jika ada skills. contoh: networking dan ade CCNA

      Delete
  33. berkenaan sains komputer ni, adakah pengiraan rumit dilakukan dlm bidang dan layakkah saya untuk diterima msuk dlm bidang ni sedangkan keputusan add math dgn fizik tidak begitu cemerlang semasa saya bersekolah dlu... saya mmg berminat dlm bidang sains komputer ni dan saya memohon pendapat anda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. selepas tu boleh belajar semula. :)

      Delete
  34. sya student sc computer(software engineering) kat utm,mmg ade sesetengah org pndg rndh sket kos ni sbb diorang x tau ape yg kte bljr sebenarnye,padahal blaja x de lar sng sgt,haha,tpi klau bleh nak buktikan kos ni pon sehebat kos engineering len, sekadar berkongsi =)

    ReplyDelete
  35. saya pelajar diploma sains komputer..skrg sya sdh msuk sem 2 dlm bidang ini..bidang ini akn jdi mudah klu ada minat yg mndlm dlm bidang ni...;.

    ReplyDelete
  36. salam..i ade degree in Electrical Engineering ..dah 3 thn dah grad..now dah kerja..just nak tanye u rmi tak yang dari elecrical buat master in science computer..tough tak? fyi i sngat minat dlm programming..pernah terfikir nak buat second degree in CS…tapi fikir2 mcm membazir je…basic programming C++ je.. Tough ke x klau nak sambung master in CS? Fikir nak tukar bidang kerja nak ke ke programming pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh email saya kalau berminat untuk buat PhD atau master dalam Comp Science.

      badrul at um.edu.my

      Delete
  37. salam.. sya baru lepasan spm 2013, sya apply course foundation in IT di mmu dan mereka dah accepted sya tapi sya masih ragu2 smada nak accept or tak..
    sbb my aunty dia tak galakkan sya ambil course ini, dia juga mrupakan sorg IT dlm software engineer tapi x bkerja sbgai software engineering, dia bkerja sbgai cikgu (kan bazir msa dah study course ni tapi akhirnya jdi cikgu)..
    sy rasa taknak ambil course ni bila teringat kata2 dia.. tapi sya sngat minat nak study course ni lah juga, please bagi kata smangat?
    betulkah pkerjaan SE amat terhad? pastu sya ada dengar org kata juga bahawa kalau nak jadi SE mesti ada linked / connection dgn org.. betul ke?

    please tolong reply kalau boleh sya nak ssiapa yg ada pengalaman / bkerja sbgai SE ke reply ni? bagi kata2 semangat juga.. hehe.. THANK YOU! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Semua bidang kerja ade kelebihan masing-masing, sama juga dalam bidang software engineering. Rujuk http://money.usnews.com/careers/best-jobs/rankings/the-100-best-jobs - tempat pertama dan kedua adalah dalam bidang Sains Komputer.

      2. Rezeki di tangan tuhan, dan yang penting kita kena berusaha.

      3. Jika mahu bekerja dalam bidang SE, sama seperti bidang-bidang profesional yang lain. Kemahiran perlu tinggi dalam SE - paling penting programming. Seperti bidang lain, jika hendak jadi Dr perubatan, kena mahir dalam ilmu perubatan. Memang ramai graduan Sains Komputer tidak bekerja dalam bidang Sains Komputer - tetapi kebanyakkan mereka yang tidak bekerja dalam bidang Sains Komputer adalah kemahiran mereka dalam bidang ini masih kurang.

      Delete
    2. Tambahan - bekerja la kerana minat dan bukan bekerja untuk ganjaran ($$$) semata-mata

      Delete
  38. Assalamualaikum en. Badrul Anuar
    Saya lepasan SPM 2013. Saya minat dan ingin mendalami bidang IT (software). Kini dapat tawaran di UNIKL Kejuruteraan Computer & Networking. Saya mohon pandangan en. Badrul samada saya perlu memilih software engineering atau menerima apa yang ditawarkan oleh UNIKL. Saya perlu pencerahan. Tkasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan ambil bidang Computer dan Networking, peluang kerja banyak

      Delete
  39. saya baru mendapapt tawaran asasi kejuruteraan dan sains komputer di UIA..adakah bidang ini mempunyai peluang kerja yang cerah Badrul

    ReplyDelete
  40. tq. entry ni byk sgt membantu sbb end of jun ni further study in diploma sc komputer kat ump. some of people around me x brpa tahu tntg sc komputer but syukur sbb ada parent yg supportive btw thanks again. :)

    ReplyDelete
  41. Salam abg badrul . saya dapat course computer networking di kolej profesional mara .. Layak dpt sijil cnna .. adkah prospek krjaya networking nie boleh di apply di syrikat oil dan gas ..mohon pneraan abg

    ReplyDelete
  42. Salam.. sy nk tnye pndpt ikhlas tuan tntg kos yg sy nk ambik dip. Komputer networking, sy minat.. tp peluang kerja ssh ke? Sbb sy dngar2 mmg ssah lah nk dpt kerja bhgian it nih.. bgaimna plak dngn kos engineering in com n networking?

    Yg mana satu lbih baik? Dr segi peluang kerja bnyk sngt ke beza die? Time kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa kata susah? yg kata susah tu keje bidang IT ke?

      Delete
  43. Salam.. dip. Com system and networking dgn dip. Computer neteorking yg mana satu lbih senang dpt kerja?

    ReplyDelete
  44. Sy lepasan matrikulasi jrusan sains dan amt memnati bidang network, sy brcdang nk smbung ijazah sarjana muda network n system di UMP, elok x smbung d UMP?

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum , saya pelajar asasi Dan saya tengah keliru sama ada nak ambik coarse engineering or ict in case saya nak jadi engineer yg berkaitan dengan ICT . can you tell me whether I should take engin or ICT in this case . bole tak reply sekarang ke kalau tak busy sbb isnin dah kena confirmkan coarse apa nak ambik . thanks a lot

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua pilihan atas saudari. jika minat ICT. Sains Komputer adalah pilihan terbaik

      Delete
  46. Assalamualaikum . Saya nak ambik engineering or ict if bachelor ni saya nak sambung computer and information engineering atau communication engineering ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua dua lebih kurang. tapi communication engineering lebih menarik

      Delete
  47. Assalamualaikum . saya pelajar lepasan matrikulasi dan masih menunggu keputusan degree untuk bulan 9 ni. Saya punya pointer cuma 2.99 tapi alhamdulillah saya dapat A dalam subjek sc untuk dua2 sem. saya nak tanya ada tak peluang untuk saya sambung belajar dalam course engineering (bahagian sc). sebabnya waktu buat permohonan haritu majoriti saya pilih course engineering (dalam bahagian sc). ada peluang tak untuk masuk RU?

    ReplyDelete
  48. Salam, bang sye dpt tawaran kos ijazah software nie kat ipts FTMS dlm 3 thun shj.. bang boleh pndapat ckit sbb sye x amik sc comp mse matrik dlu so skrang sye x de basic langsung dlm kos nie tp sye mnat kos nie sbb lebih terarah kpd math..

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum. .sy lepasan matrik baru saja dpt tawaran ke unimap utk kos kejuruteraan rangkaian komputer. .bleh tlg ceritakan lbh lanjut utk kos ni ? Sy dlm dilema sama ada mahu merima atau tak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima je. mmg menarik kursus ni. unimap di Pahang kan. ramai tenaga pensyarah muda yang hebat kat sana.

      Delete
  50. Assalamualaikum sy plajar lepasan matrik baru saja dpt tawaran dln kos kejuruteraan rangkaian komputer. Bleh beri sedikit info tntg kos ni ?;) harus ke sy terima :(

    ReplyDelete
  51. nk tnye..engineering communication and computer ni cmne ye? dan pe pluang pkerjaan?

    ReplyDelete
  52. nk tnye..eng. commmunication and computer ni cmne ye? pe pluang pkerjaan?

    ReplyDelete
  53. Salam. Sy baru dpt offer masuk IT (pengurusan) di um. Asalnya mintak cs data networking di um jugak, tp rezeki kat it ni. Boleh tak tlg cerita basically skop bidang yg sy dpt ni mcm mana? Atau sesiapa yg sy boleh rujuk ke. Sama ke dgn cs? Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima dulu. Nanti dah sampai UM. cari saya!

      Delete
  54. As salam. Sya merupakan lepasan asasi undang2. Dan saya dpt tawaran Software engineering. Jujur, saya tiada basic pasal comp ni. adakah saya akan survive ? dan saya dapat di UMP. apa pendapat encik belajar di UMP?

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mane boleh lepas ke software engineering? :) macam jauh je bidang tu

      Delete
  55. Unimap kt perlis. Mmg terbaek u tu

    ReplyDelete
  56. assalamualaikum...
    saya lepasan SPM 2013. saya sekarang study diploma sains komputer di UITM..
    lepas buat beberapa survey dri uitm, untuk sambung degree under faculty yang sama, hanya Kejuruteraan Sistem Maklumat yang ada. or maybe saya terlepas pandang, tak tau lah. so, saya nak tanya. adakah saya telah memilih path yang sesuai untuk saya jadi software/network engineer? kalau ya, apa course yang ssesuai untuk saya ambil masa degree nanti? kalau salah, bagaimana saya nak berpatah balik untuk cari course yang inshaAllah perlu sebelum menjadi seorang software/network engineer? saya harap sangat dapat membantu sebab kalau tidak, saya bercadang untuk berpindah dari uitm dan mencari bidang yang lain walaupun saya memang minat dengan nak jadi sains computer dan saya tak ada masalah sangat nak carry sains comp ni. harap sangat dapat bantu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada yang salah. teruskan dulu dalam bidang ini. selepas habis diploma then baru fikir untuk masuk bidang lain yang awak rasa nak explore ;). Gud Luck

      Delete
  57. assalamualaikum.. saya nak bertanya tentang Kolej Profesional Mara.
    saya mendapat tawaran untuk sambung dalam Foundation & High National
    Diploma di KPM Beranang, di bawah tajaan Mara. course ialah
    Computing(Software Development). saya bercita-cita untuk menjadi
    jurutera perisian. adakah tawaran ini sesuai untuk saya terima?
    memandangkan sekarang saya baru part 1 diploma sains comp uitm. harap
    dapat jawab sbb saya harus membuat keputusan segera

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum ,sy lulusan Diploma Sains Komputer dari ITM dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari UTM major Software Engineering . Dulu lepas Diploma bekerja sekejap sebagai programmer dalam setahun lebih sebelum sambung Degree.
    Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang tidak seberapa ini , pada pendapat saya peluang kerjaya lulusan Sains Komputer nih agak luas sebenarnya tidak terhad kepada
    mereka yang bekerja direct dengan komputer sahaja seperti programmer, system engineer dll ,tapi anda juga berpeluang untuk menjadi tenaga pengajar@pensyarah dalam bidang ini. Pada pendapat saya belajar dalam bidang ini bukanlah sesuatu yang sia-sia . Sedari awal lagi kita diajar tentang algoritma iaitu kaedah penyelesaian masalah secara berperingkat-peringkat hingga selesai. Aplikasikan apa yg dipelajari dalam kehidupan yang sebenar. Semasa di ITM, salah satu daripada silibusnya ialah QMT/statistik dan ini membolehkan seseorang berfikir dengan lebih luas, kebarangkalian apa yang bakal berlaku@risiko dalam hidup dan cara bagaimana untuk menanganinya. Apapun sumber yang sahih yakni AlQuran dan AlHadis tidak lupa untuk dijadikan rujukan. Apapun kursus@program yang kita ambil semuanya ada manfaat tersendiri . hehe..saya pun pada mulanya masa diploma blur..dgn kursus nih yang saya rasakan amat susah....tapi alhamdulillah..pengalaman kerja sebagai programmer telah membuka mata dan hati. Wallahualam

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum. Anak saya belajar di unimas degree sains komputer. Boleh tak tukar ipta semenanjung

    ReplyDelete
  60. salam.. saya nak mntk pendapat sikit..hehe.. saya dpt tawaran course sains geomatik di uitm.. dan course teknologi makumat rangkaian di politeknik.. agak2 abang yg mne lagi bnyk peluang kerjaya dan sesuai dengan perempuan??

    ReplyDelete
  61. Assalamualaikum..
    2015 anak saya menduduki SPM.Dia belajar di tahfiz. Dia berminat nak smbg belajar dlm kos perisian komputer. Uni mana yang sesuai utk dia. maksud saya, belajar akademik dan agama ada tujuannya dan seiringan...terima kasih.

    ReplyDelete
  62. salam.sy merupaka lepasan dip in it di mmu.bolehkah sy mngambil degree dlm Soft Eng. di utm yg mrupakan ipta di malaysia?

    ReplyDelete
  63. Ramai kawan saya memilih sains komputer sebagai pilihan terakhir dan mereka mencadangkan saya supaya memilih sains komputer sebagai pilihan terakhir juga. sebab mereka kata akan mudah dapat kalau macam tu, tapi saya amat berminat nak ambil bidang sains komputer ni. so saya patut letakkan dekat pilihan pertama atau pilihan terakhir?

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum..
    sy mahu tnya apa perbezaan computer science dengan softwaare engineering

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum
    Saya lepasan SPM 2014. Soalan saya, untuk jadi software engineer, asasi apa yg dperlukan? Harap dpt membantu. Thanks:)

    ReplyDelete
  66. Hai admin....Saya ingin tau lebih lanjut tentang course software engineering and network..Sya ialah pelajar matrikulasi,if you have free time,mind tell me all about the 2courses ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana saya nak hubungi kalau anonymous? minta tolong email kepada saya ;) atau PM di FB

      Delete
  67. salam admin,apa itu teknologi elektrik?

    ReplyDelete
  68. hai admin. saye kena buat presentation dlm kelas tentang skop pekerjaan saye dan syarikat yg sesuai. saye nk jadi software tester. tp xtau nk elaborate point supaya nmpk menarik. boleh terangkan sikit x? terima kasih

    ReplyDelete
  69. course engineering technology computer and networking tu bagus x?demand tnggi x ?

    ReplyDelete
  70. dip in engineering technology computer and networking bagus x?demand tnggi x skrang ni?

    ReplyDelete
  71. Salam..saya lepasan SPM 2014..dr aliran sains..sy ingin melanjutkan pelajaran ke bidang IT/ CS..semua course dlam UPU mostly sy isi IT n CS..tp keputusan upu semalam,sy x dpt tempat utk UPU..maka,sy bercadang utk msuk ke universiti swasta..di UNITEN sy telah register dan sudah pon mendapat offer later dr UNITEN..di MMU pula,sy register bidang IT kerana tiada course Computer Sc di MMU,hanya IT shj..pd pandangan admin,which university and course better for me to pursue my study ?? dan apa subject tough dan cabaran yg akn sy hadapi dlm bidang ini ? explainkan skit tntg course ini.... dan peluang kerjaya dr segi swasta n kerajaan..

    - for contact: najmirazak97@gmail,com

    ReplyDelete
  72. admin.. saya lepasan spm 2014. dapat tawaran kejuruteraan komputer di unimap. kos sains komputer ni lebih kurang ke dengan kejuruteraan komputer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hampir sama :) ada beberapa subject masih bertindih.

      Delete
  73. hai admin, saya juga merupakan lepasan spm 2014. saya baru mendapat tawaran diploma dalam bidang teknologi kejuruteraan elektrik. Ada yg ckp masuk bidang ni nnt boleh further dlm network engineering. betul ke? and kalau boleh bagi advise sikit macam mana perjalanan lepas saya grad utk jadi network engineer ni?

    ReplyDelete
  74. salam.. saya atikah . saya baru sem 2 diploma sains . kalau saya nak sambung degree software engineering / artificial intelligence di UM pointer sekurang-kurangnya berapa?

    ReplyDelete
  75. *diploma sains komputer

    ReplyDelete
  76. hai admin, saya juga merupakan lepasan spm 2014. saya baru mendapat tawaran diploma dalam bidang teknologi kejuruteraan elektrik. Ada yg ckp masuk bidang ni nnt boleh further dlm network engineering. betul ke? and kalau boleh bagi advise sikit macam mana perjalanan lepas saya grad utk jadi network engineer ni?

    ReplyDelete
  77. assalamualaikum. saya lepasan spm 2014 dan saya dapat tawaran asasi kejuruteraan dan sains komputer di UIA. adakah saya patut terima? cuba bagi pandangan. seriously. sebab saya takde basic langsung pasal ni. and dalam kos ni saya belajar apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima je. sebab tak ade basic la kene ambil asasi. kalau dah tahu basic boleh terus ambil degree ;)

      Delete
  78. Salam. Sy lepasan matrik 14/15. Skrg tgh tggu result pspm2 ngan upu. Sem 1 dulu dapat 3 lebih je and bawah 3.5 La. Upu sy apply cs(se) kat utm as first choice. Agak ada possibility tak sy diterima bljr kat situ?

    ReplyDelete
  79. Assalamualaikum. Nk tnya. Ipta mana yg menawarkan course networking engineering bagi lepasan diploma.?

    ReplyDelete
  80. Salam. sebenarnye sy agak berminat dlm software engineering tp sy dpt tawaran degree in technology science information dkat ukm, hm mcam mana ye? boleh ke tukar kos? adakah di bawah fakulti yang sama?

    ReplyDelete
  81. assalamualaikum.sy lepasan asasi sains uitm.agak agaknya lepas tak masuk degree kejuruteraan perisian uitm or ump?
    pointer sy cuma 3.0 je..

    ReplyDelete
  82. Salam..Kalau bukan budak pure sains still boleh ambil bidang sc ni ke,tp saya ada ambik subject it n addmt kt skolah.

    ReplyDelete
  83. salam.saya mendapat tawaran unikl bachelor information technology in software engineering.Semasa di matrik saya mendpt math d.adakah saya boleh menyambung pengajian dalam bidang ini?mohon penjelasan segera

    ReplyDelete
  84. Admin,saya ni lepasan matrik modul 1 dan x pernah belajar subjek sains komputer tetapi saya smgt minat dngn bdang ini,saya jgak dpt tawaran degree s comp di usm,apa komen admin dan bolehkah saya catch up tntang subjek ini,i really need your advice gentleman

    ReplyDelete
  85. Ijazah sarjana muda teknologi kejuruteraan elektronik (kepujian) (rekabentuk telekomunikasi elektronik). Subjek apa yg sy akan belajar dan apakah peluang kerjaya untuk sy? Contoh syarikat yg sy boleh apply kerja dan adakah sy berpeluang untuk menjadi penjawat awam?

    ReplyDelete
  86. Salam. Sy juga salah seorang lepasan matrik 14/15.skrg result upu dah kluar. Dpt 2 twrn .UM. untuk kos sc pengurusan alam sekitar. Dan UTM skudai untuk kos sc komputer (rgkaian &kslmtn komputer ).sgt keliru nk pilih mne. Sbb asalnya saya Sgt minat dan cadang nk smbung tesl. Boleh bg pndgn?

    ReplyDelete
  87. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  88. and then apa beza computer sains dgn teknologi maklumat dr segi pmbelajaran dan pluang pekrjaan? trima kasih :)..sori bnyak tanye konfius sgt hehe

    ReplyDelete
  89. Salam..tumpang lalu admin...Saya ingin mencari pekerja yg memegang bachelor of computer science?sila pm sy di aimie_gennie@yahoo.com

    ReplyDelete
  90. Salam. Saya sekarang masih di f4 dan dalam kekeliruan. Em di sekolah saya dapst aliran sains sukan yang tiada matematik tambahan. dalam sains kompjter ni kena ade basic add math ke ? Sbb saya takut sijil spm tak pas snb takde addmath

    ReplyDelete
  91. salam.isteri sy lepasan Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian) jd apa peluang kerja yg boleh di mohon?

    ReplyDelete
  92. Di antara Teknologi Maklumat dan Sains Komputer, mana lagi bagus ?

    ReplyDelete
  93. amm..nk tanye..kalau seseorg tu aliran akaun di sekolah menengah..Bole ke die ambik course sains komputer dkat universiti nnti??

    ReplyDelete
  94. salam..nk tanye..If org tu aliran akaun mase sekolh menengah dulu..bole ke die ambik jurusan sains komputer nie?

    ReplyDelete
  95. Assalammualaikum. I know it might be a bit late to ask tapi saya perlu tahu. Erm saya student asasi law, and saya sangat sangat berminat untuk further computer science for degree. Saya nak tanya adakah saya layak? Sebab i've heard people said that it depends on the university itself. Ada yang boleh, ada yang tak boleh. Boleh tak encik bagi jawapan yang pasti? Thank you :)

    ReplyDelete
  96. hye admin,sye lepasan spm 2015 ,sye check upu sye dpt twaran sains komputer di ump.patut kah saye terima? sye risau course ni slah satu course lelong n xdpt bnyak tawaran bkerja. please explain. thanks

    ReplyDelete
  97. Kalau saya ambik asasi kejuruteraan & sains komputer, boleh tak saya sambung degree grafik design?

    ReplyDelete
  98. Betul ke susah dapat job kalau ambil kos sains komputer?

    ReplyDelete
  99. betul ka kos sains komputer(komputeaan internet) susah dapat job

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada laman web yg menyatakan bidang sains computer ni. 10 sebab mengapa tak payah pilih (lebih kurang) Dan pemusnah masa depan. Takut saya dibuatnya. Sya rasakan ini bidang yg bersesuaian buat saya. Dan kalau boleh en. Tambah post tentang peluang pekerjaan buat fresh graduate boleh? Locally n abroad. Terima kasih atas perhatian.

      Delete
  100. Salam...
    Saya telah tamat pengajian dlm bidang it (rangkaian dan komunikasi)..
    Dan mempunyai sijil ccent,valid till 2017...
    Apakah peluang kerjaya yang boleh saya mohon?
    Adakah perempuan kurang diberi peluang utk memohon kerja...
    Harap dapat pencerahan...

    ReplyDelete
  101. Sy lepasan spm, akn smbg blajar ke matrikulasi, blh ke nnti sy apply untk mnjdi engineer software mse degree ,Tp sy X ambk sc comp do matrikulasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, tiada masalah, cuma dapatkan math A dan selainnya sekurang2nya B

      Delete
    2. fikir balik dik.. engineer software ada programming.. apply tu memang boleh.. susah kalau tak ambil subjek science komputer masa matrikulasi..

      Delete
  102. sy tgh ambil diploma in civil engineering tapi nk smbung software engineering utk degree nnti..is it possible?sy takut xboleh survive sbb xde basic..tapi sy minat nk nk jadi software engineer..

    ReplyDelete
  103. Saya pelajar lepasan matrik 15/16 dan saya memang minat dgn sc ni. Tp pointer sye agak rendah and sye kurang dalam math. Untuk kedua-dua sem sye mendapat a untuk subjek sc. Sye ingin menyambung software engineering untuk degree. Ada possibility untuk dapat tak??

    ReplyDelete
  104. Admin kalau ada masa lapang boleh beritahu saya tahu lebih lanjut tentang kejuruteraan perisian.
    Saya merupakan pelajar lepasan matrikulasi & amik sains komputer
    . Nak tahu sangattttt,, :)
    tolong pm theabromacacao@gmail

    ReplyDelete
  105. asslm. saya dri asasi sains. xde basic in comp. can i survive in degree later? haha. tgh tunggu result degree. upu apply cs. um apply software. so better study pengkhususan(software) ke general(cs) ?

    ReplyDelete
  106. assalamualaikum, saya dapat smbung degree kat upsi course kejuruteraan perisian (perisian pendidikan )tpi saya x da basic langsung psal nie adakah sya akan survive dan apakah prospek kerjaya bidang nie? *saya sbenarnya berminat jdi guru

    ReplyDelete
  107. Salam..tuan...ada ke kursus degree Komputer yang tidak perlukan lulus matematik spm..anak saya..lepasan diploma multimedia application Cosmopoint..result upu 2016 Ni...gagal utk dptkan tempat di uni..

    ReplyDelete
  108. Klu fizik dpt b+ dan kimia c+..bile mohon bidang nie ker..nanti masa amik jurusan nie masa diploma belajar subjek apa je..add math kene pandai ker baru bole amik jurusan nie

    ReplyDelete
  109. Klu fizik dpt b+ dan kimia c+..bile mohon bidang nie ker..nanti masa amik jurusan nie masa diploma belajar subjek apa je..add math kene pandai ker baru bole amik jurusan nie

    ReplyDelete
  110. Klu fizik dpt b+ dan kimia c+..bile mohon bidang nie ker..nanti masa amik jurusan nie masa diploma belajar subjek apa je..add math kene pandai ker baru bole amik jurusan nie

    ReplyDelete
  111. Salam, saya lepasan spm'16. Kalau saya apply foundation engineering, boleh ke time degree nanti ambil software engineering

    ReplyDelete
  112. apa subjek yg prlu diambil di ting4 utk computer engineering?

    ReplyDelete
  113. apa subjek yg prlu diambil di ting4 utk course ni?

    ReplyDelete
  114. subjek apa perlu diambil di ting4 utk course ni?

    ReplyDelete
  115. Salam,Sy nak tanya brpe pointer utk layak mengikuti kursus sains computer um utk sessi 2017/2018?

    ReplyDelete
  116. Salam, saya lepasan uitm asasi sains. X belajar subjek computer science so xde basic langsung pasal CS tapi minat... agaknya kalau masuk degree in CS lecturer ajar x basic ke terus belajar advance programming?

    ReplyDelete
  117. Sy lepasan asasi sains uitm.. Basic psl computer sains xde langsung, tapi minat nak ambik degree dalam course SC. Perlu ada basic sc computer ke kalau nak ambik degree course ni?

    ReplyDelete
  118. Assalam tuan... Bole sy mntak nasihat utk anak sy yg baru dpt tawaran ke UITm utk kursusn sains komputer. Atau wassup sy di 01119205334. Sangat perlukan nasihat dan pandangan dari tuan... T.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan,

      Boleh terus hubungi saya di 0379676346

      Delete
  119. Anak saya pun dapat UiTM sains Computer...semester 1 perlu bawa laptop ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semester satu selalunya akan belajar Programming. kalau ada laptop boleh la bawa. jika tiada. makmal komputer di universiti sudah mencukupi.

      Delete
  120. Salam Badrul.. ramaikah lepasan PASUM yg mengambil sains komputer di Um..

    ReplyDelete
  121. Salam cik badrul. Nak tanya berapa pointer untuk melayakkan diri untuk program sains komputer di UM tahun 2017/2018 ?

    ReplyDelete
  122. lepasan Diploma Teknologi Digital Politeknik bolehkah sambung jurusan kejuruteraan perisian.

    ReplyDelete
  123. Assalamualaikum. Sye mendapat 2 tawaran u.
    1. UTM ( rangkaian dan keselamatan komputer)
    2. UM ( sistem dan rangkaian komputer)
    kedua-dua u adalah u yg bagus. Sye nk tanya adakah 2 course di atas adalah sama atau berbeza dan bagaimana dgn peluang pekerjaan bagi kedua-dua course. Terima kasih.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedua dua peluang sama.

      UTM dan UM adalah universiti penyelidikan.

      1. Fokus kepada Keselamatan dan rangkaian
      2. Fokus kepada sistem/chip serta rangkaian

      Delete
  124. Assalam abg bad. Saya nak tanya kalau course jurutera perisian . Apa beza untuk yang pembangunan sistem multimedia dan pembangunan sistem maklumat ? Terima kasih.

    ReplyDelete
  125. saya nak tanya,kalau di sekolah mnengah saya tak ambil sains komputer boleh ke nak ceburi bidang ni?

    ReplyDelete
  126. salam , boleh bezakan tak antara course software engineer , network engineer , multimedia technology dan e-commerce..nak isi upu ni , keliru nak pilih yang mana ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang sama je. beza mungkin pada subject elective.

      Delete