31.12 Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Chapter: Luqman
Chapter: Luqman
Baru-baru ini, aku ditanya oleh seorang rakan aku, adakah Skim Perkhidmatan Pensyarah di Malaysia berbaloi atau tidak? Apa bezanya dengan Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Aku dengan mudah menjawab, sama sahaja sebab perkhidmatan tersebut adalah dalam perkhidmatan kerajaan. Tapi menurut beliau, skim perkhidmatan PTD lebih baik dari Pensyarah dengan merujuk satu laman blog yang membuat perbezaan antara skim PTD dan Pensyarah.
Setelah seketika, aku berfikir, aku pun tidak pasti yang mana satu skim yang baik. Mungkin ada benarnya, dan mungkin ada tidak benarnya. Pada aku sama ada skim pensyarah atau PTD, yang penting jika usaha dilakukan dengan betul, dan dengan rezeki yang ada, insya-allah tidak ke mana.
Walau apa pun, nukilan aku kali ini, aku ingin berkongsi tentang skim perkhidmatan pensyarah di Malaysia. Berbeza dengan skim PTD, skim pensyarah bermula dengan lantikan gred 45 dan bukan gred 41. Apa beza antara dua gred ini? 45 dan 41? Bezanya ialah tangga gaji. Jadual di bawah aku tunjukkan perbezaan antara skim gaji pensyarah, skim gaji PTD, dan guru. Dari segi gaji, jadual di bawah jelas menunjukkan keseimbangan skim PTD dengan skim pensyarah dan guru. Secara realiti mungkin ramai mengatakan tidak, ini termasuk faktor lain seperti kenaikan pangkat yang membolehkan perbezaan jelas antara skim PTD, pensyarah dan guru.
Aku tidak mahu menyatakan yang mana lebih baik, cukup sekadar memberi perbandingan. Sebagai contoh, aku berikan seorang pegawai berumur 21 tahun yang memulakan perkhidmatan dalam kerajaan. Untuk skim PTD, tanpa kelulusan Sarjana, beliau boleh menjawat jawatan awam seawal umur 22 tahun. Manakala bagi pensyarah, bermula pada umur 23 tahun setelah tamat pengajian sarjana, dan 22 tahun juga bagi seorang guru. Jadual berikut menunjukkan contoh perjalanan seorang kakitangan awam, bermula dari umur 21 tahun iaitu sebaik tamat pengajian di universiti.
Dalam keadaan ideal, aku pernah dimaklumkan dan aku ketahui, pensyarah boleh dinaikkan pangkat seawal 30 tahun untuk jawatan pensyarah kanan. Ini bergantung juga kepada tahap kecemerlangan pensyarah tersebut dan di mana pensyarah itu mengajar. Ini bermakna pada usia seawal umur 30 tahun, pensyarah telah mendapat gaji sebanyak RM4573.47, sedikit tinggi dari PTD (RM4427.36). Perlu diingatkan ahawa, dalam keadaan yang ideal juga PTD dapat menjawat jawatan M48 pada usia seawal 30 tahun.
Dalam kes dinyatakan di atas juga, pensyarah hanya dapat menjawat jawatan pensyarah kanan setelah dua kali kenaikan pangkat PTD iaitu dari M41 kepada M48. Dan dalam keadaan ideal juga, setelah penjawat awam berumur 35 tahun, penjawat awam boleh dan mampu menjawat jawatan Profesor Madya bagi skim pensyarah dan M52 bagi PTD.
Pada aku, antara skim PTD dan pensyarah, sama-sama ada keseimbangan, cuma pada skim guru, ia sikit menunjukkan kelemahan. Aku tidak pasti tentang kenaikan pangkat dalam skim perguruan. Yang aku tahu, dari rakan-rakan, guru dinaikkan pangkat secara 'berkelompok' setelah 7 tahun menjawat DG41 sebelum ke DG44.
Untuk PTD, aku pasti kenaikan pangkat adalah sukar dan tidak ramai dapat menjawat gred 52 dalam umur seawal 35tahun. Mungkin ada, tetapi aku agak ia adalah dalam jumlah yang kecil. Begitu juga dengan skim pensyarah, untuk mendapat Profesor Madya pada awal seusia 35 tahun, cukup kecil jumlahnya untuk dikira.
Namun, untuk perkiraan di atas aku tidak masukkan elaun-elaun untuk ketiga-tiga skim. Untuk tatapan dan perkiraan pembaca sendiri. Di bawah aku lampirkan elaun untuk ketiga-tiga skim di atas. Jika dikira dengan elaun ini, mungkin perkiraan aku di atas salah, dan mungkin akan menunjukkan ada kelebihan pada skim pensyarah mahupun pada skim PTD :).
Persoalannya, adakah skim pensyarah berbaloi atau tidak. Pada aku berbaloi, kerana peluang kenaikan pangkat di skim pensyarah tidak seperti piramid seperti dalam skim PTD dan guru, bermakna dalam skim pensyarah, jika anda cemerlang, tanpa menunggu kekosongan di peringkat atasan, anda mampu dinaikkan pangkat. Sila lihat nota ini untuk tahu apa lagi kelebihan menjadi pensyarah.
Walau apa pun, nukilan aku kali ini, aku ingin berkongsi tentang skim perkhidmatan pensyarah di Malaysia. Berbeza dengan skim PTD, skim pensyarah bermula dengan lantikan gred 45 dan bukan gred 41. Apa beza antara dua gred ini? 45 dan 41? Bezanya ialah tangga gaji. Jadual di bawah aku tunjukkan perbezaan antara skim gaji pensyarah, skim gaji PTD, dan guru. Dari segi gaji, jadual di bawah jelas menunjukkan keseimbangan skim PTD dengan skim pensyarah dan guru. Secara realiti mungkin ramai mengatakan tidak, ini termasuk faktor lain seperti kenaikan pangkat yang membolehkan perbezaan jelas antara skim PTD, pensyarah dan guru.
Aku tidak mahu menyatakan yang mana lebih baik, cukup sekadar memberi perbandingan. Sebagai contoh, aku berikan seorang pegawai berumur 21 tahun yang memulakan perkhidmatan dalam kerajaan. Untuk skim PTD, tanpa kelulusan Sarjana, beliau boleh menjawat jawatan awam seawal umur 22 tahun. Manakala bagi pensyarah, bermula pada umur 23 tahun setelah tamat pengajian sarjana, dan 22 tahun juga bagi seorang guru. Jadual berikut menunjukkan contoh perjalanan seorang kakitangan awam, bermula dari umur 21 tahun iaitu sebaik tamat pengajian di universiti.
Jadual menunjukkan perjalanan gaji antara skim Pensyarah, PTD dan Guru.
Jika dilihat dari jadual di atas, bagi kenaikan pangkat seorang PTD dan pensyarah, dalam kebanyakan kes sebelum ini, PTD dapat menjawat jawatan M44 seawal tiga hingga lima tahun dari pelantikan. Bermakna pada umur 25 tahun atau lebih awal PTD telah mendapat gaji sebanyak RM3023 dan jauh meninggalkan skim pensyarah (RM2729) dan skim guru (RM2057).Dalam keadaan ideal, aku pernah dimaklumkan dan aku ketahui, pensyarah boleh dinaikkan pangkat seawal 30 tahun untuk jawatan pensyarah kanan. Ini bergantung juga kepada tahap kecemerlangan pensyarah tersebut dan di mana pensyarah itu mengajar. Ini bermakna pada usia seawal umur 30 tahun, pensyarah telah mendapat gaji sebanyak RM4573.47, sedikit tinggi dari PTD (RM4427.36). Perlu diingatkan ahawa, dalam keadaan yang ideal juga PTD dapat menjawat jawatan M48 pada usia seawal 30 tahun.
Dalam kes dinyatakan di atas juga, pensyarah hanya dapat menjawat jawatan pensyarah kanan setelah dua kali kenaikan pangkat PTD iaitu dari M41 kepada M48. Dan dalam keadaan ideal juga, setelah penjawat awam berumur 35 tahun, penjawat awam boleh dan mampu menjawat jawatan Profesor Madya bagi skim pensyarah dan M52 bagi PTD.
Pada aku, antara skim PTD dan pensyarah, sama-sama ada keseimbangan, cuma pada skim guru, ia sikit menunjukkan kelemahan. Aku tidak pasti tentang kenaikan pangkat dalam skim perguruan. Yang aku tahu, dari rakan-rakan, guru dinaikkan pangkat secara 'berkelompok' setelah 7 tahun menjawat DG41 sebelum ke DG44.
Untuk PTD, aku pasti kenaikan pangkat adalah sukar dan tidak ramai dapat menjawat gred 52 dalam umur seawal 35tahun. Mungkin ada, tetapi aku agak ia adalah dalam jumlah yang kecil. Begitu juga dengan skim pensyarah, untuk mendapat Profesor Madya pada awal seusia 35 tahun, cukup kecil jumlahnya untuk dikira.
Namun, untuk perkiraan di atas aku tidak masukkan elaun-elaun untuk ketiga-tiga skim. Untuk tatapan dan perkiraan pembaca sendiri. Di bawah aku lampirkan elaun untuk ketiga-tiga skim di atas. Jika dikira dengan elaun ini, mungkin perkiraan aku di atas salah, dan mungkin akan menunjukkan ada kelebihan pada skim pensyarah mahupun pada skim PTD :).
Persoalannya, adakah skim pensyarah berbaloi atau tidak. Pada aku berbaloi, kerana peluang kenaikan pangkat di skim pensyarah tidak seperti piramid seperti dalam skim PTD dan guru, bermakna dalam skim pensyarah, jika anda cemerlang, tanpa menunggu kekosongan di peringkat atasan, anda mampu dinaikkan pangkat. Sila lihat nota ini untuk tahu apa lagi kelebihan menjadi pensyarah.
true..if everything is in 'ideal mode'.. but university politic can be 'cruel' and stop a person ability and creativity...
ReplyDeletejust utk renungan....
when i came to States for my study last year... i board with more than 15 undergraduate students...young and many are first timers to go oversea...
when we stopped in Taipei... i saw one very well dressed lady.. (officer punya dress with coat and such)... came to find out, she accompanied those newly admitted students to Philly...a very young officer in JPA (baru few years kerja)
i try to made conversation and at first the response was cold.. i just let it be and talk to the rest of the students.. they seem all very excited to come to America..hahaha....
and i gave them tips and so forth based on my previous experience....
that officer, finally over hear my conversation with those students and started talking to me.... (selepas tahu siapa saya)... well.. she's in business class while i was in economy class...
i started asking her about allowance grade for some places such as in Hawaii.. the grade B is ridicolous since Hawaii is the most expensive cities to live in based on US Census.. she said "we all dah kaji betul2".. and she gonna on said that .. students who studies in States are rich.. boleh ada radio besar, TV besar and so forth... i just smile.. ... let her express what she wanted to say.. apparently... that was not her first time sending the students...
then..i mentioned my undergrad experience studying in States... how I work to earn my living and pay my tuition as i was self-sponsored... then, i told her about standard of living.. here..if we are lucky, rajin and don't mind with getting secondhand items.. one can certainly survive in some aspects.. she kept complain about those students have TV and so forth.. obviously she's only look at one aspect, and i started list all other things that she missed...
my point is... a young fresh graduate who is PTD officer.. such a privilange board on business class.....
but... our intention to be a lecturer is more than that privilange and those schemes...
that moment .. i have a privilange departing my life knowledge to her....
bagi aku, masing2 ada kelebihan dan kekurangan.. kalau nak bandingkan skim gaji PTD dgn skim gaji pensyarah, jauh lebih baik dari skim gaji pegawai tadbir gred N dimana kenaikan pangkat adalah limited. Cemerlang macam mana pun prestasi, dapat APC/SPC tiap2 tahun, selagi takda kekosongan, naik pangkat ke N44 pun belum pasti dapat. Ini realiti sekarang ni.
ReplyDeleteSaya pula merasakan bahawa skim ketua pensyarah masih lagi tidak berubah dari dahulu sehinggalah sekarang. apa yang berubah hanyalah bahawa kenaiakan pangkat menjadi lebih sukar. Ini ditambah lagi apabila yang menjadi ketua di universiti tersebut bertindak secara unilateral dalam segala tindakannya tanpa mengambil kira pandangan orang lain. pengalaman saya menunjukkan bahawa PTD mempunyai peluang kenaikan pangkat yag lebih baik, telus dan berdasrkan keupayaan masing masing. malahan rakan-rakan saya di PTD sudah jauh melangkaui jawatan saya ketika ini walaupun setelah saya berusaha bersungguh sungguh menerbitkan artikel, prosiding serta membent pembentangan di persidangan di peringkat national dan international. namun semua ini mungkin ada hikmah disebaliknya. waallhahualam.
ReplyDeleteKawan saya yang sebaya degan saya di PTD iaitu dalam umur 34 tahun sudah menjawat jawatan di gred 54. Malahan average rakan-rakan yang satu batch dengan saya yang join PTD adalah pada Gred 52. Saya? masih lagi jauh untuk mengejar mereka walaupun suatu ketika dulu saya juga berpeluang untuk bersama-sama mereka di PTD. Menyesal? sudah terlambat. Mungkin ada peluang untuk saya di waktu yang lain..ataupun berkemungkinan cabut dari U! Buat suatu kerja yang suatu waktu dahulu saya agak mahir dalam bidang tersebut iaitu menjadi advocate. Maybe someday I will....
ReplyDeleteHi Bard,
ReplyDeleteAzri ni kawan Noris ari tu datang plymouth..saja je termasuk blog ni pas baca blog noris..BTW nice artikel kongsi sama pasal PTD, Pensyarah, Guru
My 2 cent opinions
1. Kenaikan pangkat di PTD adalah lebih mudah pada permulaan awal kerja..tapi bila dah masuk yang last2 tu mungkin agak susah tambahan bila kenaikan gred gaji mesti seiring dengan pangkat, cth: ketua jabatan, pengarah..etc. Tapi peluang itu tetap ada bagi semua. Bottom line is, gaji cukup, hidup senang, tidak kaya dan tidak miskin.
2. Guru walaupun kenaikan gred mungkin agak sukar tapi guru bekerja separuh hari kecuali guru2 sekolah berasrama penuh. Jawatan guru sentiasa ada demand sebab penduduk tetap akan berkembang. masalahnya kebanyakkan guru tak mau bertugas keluar dari negeri masing2. Jawatan itu ada tapi guru tak mahu. Dan guru punya masa untuk mengajar tuition jika mereka mahu. Jadi guru pun masih ada kelebihan cuma tinggal malas ngan tidak malas.
3. untuk pensyarah, sekarang ni sahaja baru jawatan akademik di buka tanpa mengira senioriti. Tapi politik di uni pun susah jugak nak agak lagi2 di uni lembah kelang. kadang2 qualification calon dah lebih dari cukup tapi disebabkan 'sifu' dia tak naik pangkat dia pun tak bole naik. different from ptd because ptd asal lulus exam ada peluang naik.
4. beza antara ketiga-tiga jawatan ini, PTD senang naik pangkat sebab dia control pentadbiran. nak naik pangkat, ambik exam sampai lulus,dapat pengesahan ketua jabatan, then KSU atau orang atas lain sahkan. berkenaan guru, aku kurang pasti.
5. untuk pensyarah, banyak peringkat utk sahkan kenaikan pangkat. laluan nya kena pergi ketua jabatan, dekan, interview by senat, klu dah lulus pun kena minta kat jpa samaada dorg bagi ke kenaikan pangkat ni. belum lagi exam mcm ptd, which pada aku tak berkaitan kerana exam seperti ptd adalah utk menentukan kemahiran calon dalam pentadbiran. masalahnya pensyarah bukan pentadbir dia mengajar dan mengajar agak sukar untuk diukur.
6. Kelebihan ketara pensyarah dan PTD adalah peluang untuk keluar negeri. klu guru agak sukar kerana tidak dalam keutamaan. Tapi pensyarah berpeluang kerana keperluan tapi untuk PTD samaada berkhidmat atau saja sambung belajar.
7. Tapi pada aku jangan di beza-bezakan antara tiga jawatan ini kerana PTD itu asasnya pentadbiran, guru dan pensyarah adalah mengajar dan penyelidikan. nature keje berbeza. dan ketiga2 ni agak sukar la nak bawa berbincang pasal pensyarah kate aku ada phd, ko ptd tau wat apa. then ptd bole kat aku yang tentukan jawatan dan gaji ko. guru plak bole kate, aku yang ajar budak2 dari kecik jadi mcm korang bedua ni, dah besar tak bole pakai..hehehe
8. Tapi klu tgk dari luar sebenarnya PTD lagi mewah. dia direct under PM, KSU. guru ngan lecturer kementerian masing2. pastu kementerian miskin plak pasal tu la tak mewah mcm ptd takde kementerian bole ambik peruntukan kementerian sapa je..
9. ini komen je ek..jangan ambik hati klu yang baca tu ptd ke, pensyarah ke, guru ke..masing2 berkhidmat untuk negara, saya yang menurut perintah..cume lecturer klu berani mcm dekan aku dulu, berenti keje jadi prof kat dubai..gaji dah brapa kali ganda..iyala dubai bukan kl.
Hi...saje nak share. apepun kerja kite janganla pandang sangat pada gaji.buat apa yang kite rase kita nak. n kalau takde rezki kite jadi PTD tu mungkin Tuhan dah tetapkan kite jadi pendidik. ngaja orang ni banyak peluang buat pahala...
ReplyDeletebaru baca buku rich dad, poor dad....kata rich dad sume kerja2 yg disebutkan diatas "work for money"....dpt gaji byr utang....no freedom financial.....so rich dad suruh buat "make money work for you".....baru kaya....mcm mana nk buat?....lu pikir lah sendiri.....
ReplyDeletesaja nak share, elaun rumah untuk pensyarah adalah Rm700 dan guru adalah lebih kurang RM145 (kalau salah betulkan saya). tp perlu diingat bahawa guru/pensyarah Semenanjung yg ditempatkan di Sabah/Sarawak mendapat elaun perumahan lebih dari Rm1000 ... tp tidak bagi guru Sabah/Sarawak yg ditempatkan di Semenanjung
ReplyDeletecuma nak berkongsi..masing2 rezeki dah ditentukan. x perlu lah nak pertikaikan guru malas x buat tuition dsb..gj guru semenanjung ke sabah/sarawak xlah sebanyak itu..kecuali lah kalau d pdlaman yang xada line telephone..mmg 1500...guru sbah/srawak ke semenanjung pun ada elaun negri diorng masing2..
ReplyDeleteIsu yand dibangkitkan ni aku tengah alami.. sehinggakan aku dapat dia pos sekali.. pensyarah UiTM DS45 dengan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik... aku memang bagai nak pecah memikirkan mana yang patut aku pergi sekarang.. aku seolah-olah berada di suatu persimpangan yang bercabang.. yang sebelah kanannya ptd sebelah kirinya pensyarah... memang ramai yang akan kata fuh.. bertuahnya.. dapat dua kerja sekaligus tetapi bagi aku nak membuat pilihan untuk masa depan memang agak susah sebenarnya.. mungkin ini juga dugaan dari Allah...
ReplyDeleteNak Pilih Pensyarah atau PTD?
ReplyDeletekalau ada peluang ambillah PTD. Memang dalam kerajaan macam tu dan tak perlu dengki2.
Kalau masuk PTD umur 24, sebelum 30 dah boleh dapat gaji 7000++.
Kerja PTD banyak, selalu jugak kena stayback. tapi lebih dalam merangka polisi. tak payah pecah2 kepala nak memikir.
Kerja lecturer teruk. Masuk lab, publish paper, jaga grant, selia pelajar, terbitkan pengetahuan baru.
Gred DS54 dan M54 Tak sama gaji. Sebagai Perbandingan:
DS 54 PTD M54
P1T1 4842.03 5253.91
P1T2 5049.36 5461.24
Iaitu sebanyak lebihkurang RM 400++ sebulan beza.
Pensyarah akan sangkut selepas gred khas C (VK 7) Professor. Manakala bagi PTD Kenaikan selepas Gred UTAMA C (VU C) adalah lebih mudah.Aras kenaikan:
DS 45->52->54->Khas C->Khas B->Khas A-> Turus III ( Naib Canselor 4 Unit Penyelidikan Sahaja)
M 41->44->48->52->54->UTAMA C->UTAMA B->UTAMA A ->Turus III -> Turus II -> Turus I -> Gred KSN (1 Sahaja iaitu ketua setiausaha negara)
Kalau saudara berbakat, pilihlah PTD. saudara tidak akan menyesal.
Beberapa senior pensyarah yang dapat peluang join ptd dibahagian pentadbiran, tak mahu lagi balik jadi pensyarah. 'Pensyarah naive, syok sendiri' kata beliau sendiri.
Samada PTD, Pensyarah, atau Guru, semua boleh berbakti. Tapi imbuhannya lebih menarik pada PTD.
Harus diingat, tak sepatutnya bergaduh2 Pensyarah vs PTD vs Cikgu vs Dr vs sebagainya.
Memang itu susunan pentadbiran negara. Kalau cikgu atau pensyarah tak puas hati dengan gaji PTD, masuklah PTD. jangan bising2.
Ambik PTD!
ReplyDeleteAm in the same boat with Waja, dulu dapat offer PTD tapi ambik skim pensyarah, sekarang kalau difikirkan agak menyesal, rasa tertipu dan teraniaya sungguh...
Tuan Blog...
ReplyDeleteKepada yg terpaksa memilih PTD atau UITM saya cadangkan ke UITM. PTD ni kalau di kementerian yg glamer cam Kem. LUar jer best....kalau setakat kem. biasa-biasa nak keluar negara pun susah. Pensyarah boleh buat PhD luar negara, Post Doc luar negara, present luar negara...harap gaji kalau VK/VU pun susah gak nak ke 1st world. indon/vietnam boleh ler.
Nak jadi PTD mesti Kementerian Luar, JPA, Kem. Pelancongan ok laa.Lebihnya PTD tak perlu Sarjana atau PhD. Ijazah Sarjana MUDA geografi atau Persuratan Melayu dah boleh dah. Lihat berapa peratus PTD yg ada Masters dibanding Pensyarah atau guru.
Pembetulan info blog di atas..kakak saya DG44 dia dpt elaun rumah rm400 dan elaun keraian RM400...
al banjar. MA(Cardiff)
Keja Sendiri
apa pun yang penting adalah job satisfaction.....
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletesy skrg jd guru.sebelm ni penah dpt offer jadi PTD officer..sy sengaja wat KPLI sbb sy nk didik anak bangsa.. sy tak pandang sgt kerjaya glamour ptd tu. skrg sy da final yr master..plan nk join lecturer kt uitm lak. ptd, though rewarding, for me not fulfilling..just my opinion
no doubt ptd is the premier service for civil servants in Malaysia and should remain so coz' anybody can join provided you have the minimum qualification and pass the ptd assessment/examination....why complain?, if you think you are smart just because you have professional qualifications eg. llb,. engineering,accountancy etc. my advise is to take up the challenge and join ptd, we have heard these professionals making a lot of noise that they should be rewarded in view of the fact that many ptd officers are from the art streams and they the science students, but pause for a while and do not quarrel, as most people knew, ptd is an open service for everyone with any qualification to grab....again take up the challenge, if you fail in the ptd assessment don't complain but try again and again coz' some candidates took the ptd test 3-5 times before they succeeded...unlike some other professions eg . engineer, legal, accountant etc. they accept only people with the relevant qualifications, if you want to be an engineer you must have engineering qualification but in ptd everybody is welcomed, in short ptd is more competitive than other professions in the civil service, it should remain so as to attract the best brain to join the Malaysian premier service for the good of our society, please don't envy ptd but take the challenge by joining ptd through the normal stringent process vis-a-vis meet the minimum requirement and do well enough in the ptd assessment/examination, if you don't make it don't blame the system or ptd officers who serve the government!
ReplyDeletekalo sume nak jd PTD,hbslah negara....sape yg nak didik PTD yg akan dtg....kdg2 rezeki bukan berdasarkan jumlah wang yg dpt.....yg pntg BERKAT... setiap ape yg ditentukan Allah utk kita ade himah sebaliknya....BERSYUKURLAH SELALU....
ReplyDeleteI think the government should be more transparent in career developement of its officers(everybody). Many students took professional courses (engineering, accountancy, doctors etc) believing that these courses offers better career advancement( and renumerations ), including those in the government.
ReplyDeleteIMHO, we should enlightened the students since they are in their high schools of the path to career they are insterested in. This is normal, everybody wants to have better salary and career advancement (doctors, PTDs, engineers , EVERYONE, if not then everybody will stay 41 until they die):
If you become a doctor, how far can you go in the government? If you become a scientist, what is the most senior rank that the government can offer you? If you are an accountant, can you have a salary of RM17K++ at the age of 40? What is the percentage of each scheme placed in the TURUS I,II,III and JUSA A,B,C scale? If you become a teacher or a lecturer, can you contribute like what PTD officers are contributing?
Some career in the government is too microscopic in its contribution. Auditors, accountants and IT officers serves (mostly) to address things which is inside the institution(Kementerian, Agensi etc). As such, probably, it is very difficult to renumerate them well, as compared to PTD which look at things more at the macro level and do management.
i sincerely believe that this needs to be explained to students at their high schools and at least at university level. If not, they will make a lot of noise when they enter the government service. This information allows them to choose properly whats best for them in the government.
Probably, if you dont like the kind of renumeration ( and indirectly, the appreciation) that the government gives you, and still want to be a scientist or an engineer please consider the PRIVATE sector or migrate to other country. I have a few young professional malay friends who migrated to australia and are runumerated well overthere, with salaries and perks only those in the TURUS scale can savour.
One more things to consider is that whatever happens in the government regarding the issues between PTD and non PTD officers are NOT THE FAULT of our young PTD friends. Do you sincerely think that these officers are the ones who promoted themselves from 41 to 48 within 3 years time? Probably thats why nobody from the PTD association actively defended our PTD friends against criticism from other scheme.
memang menarik topik ni..saya seorang guru siswazah Dg44..gaji dan elaun saya rm4600, umur 33 tahun..ape yang menarik jadi guru??kerja separuh hari..cuti banyak..punya masa berkualiti jaga anak suami..semua anak menyusu badan secara eksklusif..kalu nak kumpul pahala senang jer..ajar tuisyen free pada pelajar yang susah.saya tenang dan gembira menjadi seorang pendidik...ramai kawan2 saya yang kerja bagus2..akhirnya memilih kerjaya guru sebaik sahaja bile beranak pinak selepas kahwin..terim kasih..
ReplyDeleteAssalamualaikum dan Salam sejahtera...
ReplyDeleteKebetulan saya terjumpa posting ini dan saya dapati ianya amat menarik. Saya adalah PTD gred M48 dan berumur awal 30-an. Saya dapati posting tuan punya blog adalah baik dan pembaca2 lain juga ada sebahagian yang memberi komen yang baik.
Kebanyakan tuan2 dan puan2 pasti merasa karier PTD sangat cepat naik pangkat dan sebagai contohnya adalah saya. Frankly, sama sahaja dgn jawatan yg lain. Pada ketika saya join PTD, bilangan PTD adalah dalam lingkungan 4,000 dan bilangan jawatan adalah lebih kurang 10,000, maka kekosongan jawatan adalah 5,000 ke 6,000. Tetapi pada tahun 2010 yang lalu, saya dimaklumkan bahawa bilangan PTD telah mencapai bilangan 9,000 orang.
The point is that kenaikan pangkat saya adalah disebabkan bilangan pegawai senior saya semakin berkurang kerana bersara dan meninggal dunia. Maka, jawatan kosong yang ditinggalkan perlu diisi oleh pegawai yang ada.
Sama juga sekiranya saya menjadi guru ranking ke 400,000 dan 399,999 guru senior bersara pada masa yg sama. Maka, saya layak menjadi Pengarah Jbt Pelajaran bergred Turus. Wow, sepantas kilat naik pangkat macam pakai Smart Tag. hehehe (contoh shj)
Batch saya (lebih kurang 300 orang) kebanyakannya adalah berumur 25-30 tahun ketika join PTD. Maka, sekiranya junior2 ingin naik pangkat, mereka perlu perform dan juga mengharapkan senior2 bersara/mati dalam 30 tahun lagi. Maka, sesiapa yang baru join PTD akan stuck at their level for a long time kalau tidak perform. Ini kerana semua jawatan2 bergred 44 dan ke atas skrg ini telah menjadi tepu.
So, if u want to ask me jawatan mana untuk dipilih sama ada PTD atau jawatan2 lain? I'll answer: Don't choose PTD (in year 2011 onwards)/ Choose PTD (year 2006 and earlier).
Memang nampak seperti tidak adil untuk saya berpangkat lebih tinggi pada usia yang muda. Setiap kali berjumpa guru-guru berumur 40 tahun ke atas, pasti mereka akan memberi komen "muda-muda dah naik pangkat". Walaubagaimanapun, saya amat menghormati karier guru. My wife adalah seorang guru dan saya memahami beban tugas yang berat ditanggung olehnya.
Saya juga sedar berpangkat tinggi pada usia muda mencabar saya untuk belajar bersungguh2, bekerja dgn kuat dan ikhlas supaya mencapai standard sebagaimana pangkat saya. Setiap hari saya mengisi masa lapang saya membaca buku, mencari ilmu dan pertingkatkan kemahiran saya. Saya juga sedang cuba mendapatkan Master dan Phd bagi memantapkan ilmu dalam diri saya.
Ramai yang kata gred 48 sesuai untuk org yg berumur 45 tahun ke atas. So, saya terpaksa berlagak mcm orang tua di pejabat. Kadang2 kena buat muka serius, marah2, botak dan berjambang walaupun saya tak seperti itu. hehe
So, saya nasihatkan supaya tidak menghentam karier PTD kerana tidak wujud sebarang unsur konspirasi ataupun monopoli untuk menidakkan peluang kakitangan kerajaan dalam skim yg lain. Sekiranya ada satu atau dua orang pegawai PTD yg sombong atau tidak memberi kerjasama, saya memohon maaf mewakili diri mereka.
Terima kasih.
Saya rasa pada masa sekarang, untuk menjadi seorang pensyarah ia mungkin mengambil masa yang lama. Melalui pengalaman saya sebagai pemegang biasiswa pensyarah IPT.
ReplyDeletePada waktu sekarang untuk menjadi pensyarah, tidak seperti dahulu dimana ramai calon pensyarah merupakan direct intake fresh graduate yang diberi biasiswa. Sekarang hampir semua universiti mahukan calon biasiswa mempunyai pengalaman bekerja 2 tahun minimum atau menjadi research assistant/tutor terlebih dahulu. Mungkin ada sebilangan "cream of the crop" - CGPA 3.5-3.7 keatas boleh terus sambung belajar. Ia adalah sgt2 sedikit.
Saya grad pada awal tahun 2007 dengan CGPA 3.40. Kerja dahulu di private sector selama 3 tahun. Semasa grad sy dulu cuba minta, tetapi ditolak kerana hanya pelajar 3.5 keatas sahaja boleh minta biasiswa ini. Minimum adalah CGPA 3.3 dan 2 tahun pengalaman. Jadi sy kerja dahulu selama 3 tahun. Selepas itu saya cuba minta lagi. Akhirnya dapat. Sekarang saya sambung belajar di IPT tempatan sahaja untuk master kerana hanya PHD sahaja boleh sambung luar negara.
Sekarang sesetengah universti seperti Universiti M***YA or Uni S**ns Malaysia (kalau tak silap), telah buat skim kenaikan pangkat melalui merit akademik. Untuk menjadi Associate Prof kena ada PHD + 5 journal impact tinggi (ISI journal). Buat journal ni memang susah, selalu kena reject. Ramai pensyarah x boleh cope. Itu yang ramai pensyarah yang marah. Sebab sistem yang lama ikut seniority, lagi mudah naik pangkat. Dulu, sapa dapat PHD awal, sapa yang lama berkhidmat dia naik dulu. Dulu ramai pensyarah complain kenaikan adalah berdasarkan internal politik. Sekarang bila dah tukar skim ramai pulak yang protes.
Untuk adik2 yang ingin menjadi pensyarah, nasihat saya:
1) skor CGPA 3.5 keatas
2) Kalau tak dapat, jadi tutor or Research Assistant dulu (kena sabar gaji x banyak). buat master sambil kerja, atau
3) kalau tak dapat, sambil kerja buat master (kena banyak berkorban)
untuk 2 dan 3 ni, memang berat. tapi kalau dah minat, teruskan. kena usaha sungguh.
Walau apapun kerja kita, keikhlasan dan niat yang betul akan menjadikan kerja kita lebih berkat. Setiap jawatan ada kelebihan dan kekurangan
ReplyDeleteSaya nak kongsi cerita tersendiri.Tahun 2004 masuk jadi pensyarah,2006 disahkan jawatan, 2007 pensyarah kanan dan tahun 2009 dapat Prof Madya. 5 tahun dari gred DS45 ke DS54.
ReplyDeleteSaya orang bodoh.Dapat 2nd lower, tak ada siapa nak terima. Interview biasiswa/zamalah/fellowship semua suruh saya balik kampung tanam jagung. Bukan setakat gagal,tapi kena hina/caci lagi.Kerja RA gaji hari + jual pasar malam + suami bawak teksi.Ambil MSc dan PhD.Semua duit sendiri.Ditambah lagi banyak kena beli bahan kimia sendiri utk ujikaji. Rahsia? Saya melekap kat Prof-prof yg kaki research, tulis paper,kaki consultant.Consultant maksudnya pengalaman industri saya amat banyak banding dengan lecturer sama bidang.Who's who dalam bidang ini semua kenal saya,tapi tak kenal lecturers yg hidup mengajar aje.Prof konsultan ni tak harap gaji gomen awal bulan beratur di mesin ATM macam PAR pulak.
Habis PhD saya ada 41 local papers + 9 international papers,tapi tak terikat pada sesiapa sebab duit sendiri. Apa lagi...semua TNC AA IPTA telefon pujuk masuk U mereka.(nak jimat duit kot tak payah sponsor utk Masters/PhD). Ada 2 IPTA NC/VC sendiri yang telefon.2 tahun kerja dah dilantik Timbalan Dekan, sekarang Pengarah.Saya visitng Prof untuk 3 IPTA dan 2 IPTS.
Saya amat tak suka tutor kat U yg merungut tunggu duit gomen nak hantar mereka study.Dah bertahun-tahun,mana title DR tu?
Tujuan kongsi; pada sesiapa sebodoh saya,insaflah,bertaubatlah dan bersedia jadi kuli pada Prof yang aktif tulis paper + kaya duit konsultan. Sekarang; saya pulak menyumbang wang kepada dana IPTA saya melalui kerja makmal saya yg menghasilkan wang kepada universiti.
Moral untuk pensyarah; kalau anda pensyarah yg bagus,anda boleh naik lagi cepat dari skim PTD.
Komen 1. Nampak macam kaki bodek je...melekap hehe jangan marah..kanta pelekap ke dan mesti menarik personaliti u ni.
Delete2. nampak kepincangan sistem kenaikan pangkat universiti, terlalu kat jurnal, patutlah rakan senior marah, dahlah tu jurnal pun setakat melekap/menempel..jangan marah ye
pndpt sy la...krjaya pnsyarah ni lebih mncabar... saper yg pilih krjaya ni mmg tk berbaloi... dari lantikan tutor-ada degree (jwtn sementara)-bila lulus master baru dpt interview utk jwtn pnsyarah...tu belom lg dpt jwtn tetap... masa intrview vc trus suruh smbg bljr blk ke phd... dgn jwtn yg tak tetap (masih tutor)lg...pergi smbg bljr phd... balik bljr klu tk dpt phd kna buang... phd bukan sng...bukan kacang boleh kupas kulit... mmg ada kwn aku yg kna buang sbb balik2 tak lulus phd...dah tu satu hal bila die kna bayar balik semua duit yg jpa hntr pi bljr...
ReplyDeletebg sy skim guru adalah yg trbaik stkt ni...krn menteri pendidikan selalu mghargai jasa guru2...guru2 selalu trima anjakan gaji... berbanding dgn menteri pengajian tinggi... bila la menteri pengajian tinggi ni nk bertukar...
kn bagus klu menteri pengajian tinggi ni dipilih dari kalangan bekas2 pensyarah yg lebih memahami kerjaya dan tugas pensyarah.... barulah nasib pensyarah2 trbela... ni..sampaikan nk sah jwtn pon payah sgt... sungguh ketat syarat2nya... kdg2 malu dgn rakan2 guru yg heran dgn rakan pensyarah dengan prbezaan gaji yg begitu ketara bila mereka buat prbandingan.... gaji guru (degree) sama ngn gaji pensyarah (master)...guru setahun dh konfem jwtn...pensyarah 3 tahun baru leh konfem tu pon klu brjaya dgn pnrbitan dan pmbntangann...klu tak jgn harap la... ada rakan sy yg dkt 6 tahun tk konfem2... sbb trlalu sibuk mengajar subjek dgn bilangan pljr yg beratus2 dlm dewan kuliah...cuba renungkan...
Kenapa semua org hanya berminat dengan duit? Kenaikan pangkat, gred etc menjadi matlamat hidup. We ought to prepare for akhirat not to prepare for our wordly life semata2. Sebab tu ramai pensyarah la, cikgu la, ptd la etc etc... tak habis2 komen... mcm tak bersyukur. Tapi kita jarang dengar org yg berkerja swasta komen pasal gaji padahal gaji mereka pun tak sebanyak gaji pekerja gomen. In my opinion, ramai pekerja kerajaan sekarang tak bersyukur, or can I say tak berkat gaji dorang sbb serba serbi rasa tak cukup.
ReplyDeleteLike
ReplyDeleteadik2 semua.. yg penting keberkatan gaji tu.. banyak sikit bukan melambangkan susah senang hidup..
ReplyDeleteingat rezeki tu bukan semata2 duit ,gaji, elaun dan fulus.. ia pelbagai bentuk dan nikmat.. percayalah kalau Allah cukup kan kita , gaji kita akan cukup malah melebihi mereka yg bergaji besar atau kita anggap kaya ..
Ermmm....duit kuasai semua
ReplyDeleteTerima ksh atas nasihat smoga Allah mmbalas segala kbaikan
ReplyDeletenak glamer x yah jadi ptd..sila jadi artis! nak kaya jangan makan gaji sila buat business! apa la dok dengki dengan ptd?dengan skim doktor x nak dengki ke? betulkan nawaitu.. ingat balik masuk perkhidmatan sebab nak mendidik kan? ke sebab nak kaya cepat?
ReplyDelete