Live feed from My Flickr

Tuesday, January 06, 2009

Madurodom, NL

93.4 . dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan.
Chapter : Adh-Dhuha

The Final Journey at Netherlands

Hari ini adalah hari terakhir aku dan firdaus berada di Netherlands. Hari-hari terakhir aku, aku luangkan masa melawat Madurodom. Madurodom adalah sebuah taman yang menempatkan semua lokasi-lokasi menarik di Netherlands dalam satu taman. Bermakna dalam taman ini ada semua bangunan utama di Netherlands, tetapi dalam bentuk Miniature. Dibina lebih 50 tahun yang lalu, taman ini menempatkan bangunan-bangunan sekitar Netherlands dalam skala 1:25.

Tiket dengan harga EU20, kita dapat luangkan masa selama 1 hari di dalam taman tersebut. Kecil tetapi puas kerana banyak tempat yang boleh dilihat dalam taman ini. Aku rasa tempat ini wajib dilawati kerana ia menempatkan semua bangunan di Netherlands. So tak perlu untuk pergi seluruh negara untuk dapatkan gambaran keseluruhan Belanda.




Perjalanan aku di Netherlands tamat disini. Esok aku akan bergerak pulang semula ke UK.

Jumpa lagi

Sunday, January 04, 2009

Brussel, Belgium

2.117 . Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.
Chapter : Al-Baqara


Brussel, Belgium (BE)

Jarak antara Brussel dan Voorschoten membuatkan aku terpaksa tidur di Brussel untuk 1 malam. Aku bertolak dari Voorschoten pada hari Sabtu lepas dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk tiba di Brussel. €36,00 atau Rm180 adalah tiket antara dua bandar ini. Dipertengahan jalan keretapi mengalami masalah dan perjalanan ditunda selama 2 jam. Dari perjalanan 3 jam, aku tiba hampir petang.

Hari pertama aku tidak dapat berbuat apa-apa. Cuma uruskan penginapan di hotel berdekatan dan mencari makan untuk malam hari. Perjalanan aku tunda ke pagi Ahad. Gambar dibawah aku ambil pada hari pertama aku di Brussel. Diambil betul-betul ditengah bandar Brussel dan ketika itu aku tengah mencari-cari penginapan untuk malam tersebut.

Kota Brussel

Brussel merupakan bandar untuk pentadbiran Kesatuan Europah (European Union). Kebanyakkan orang disini bertutur dalam bahasa France. Disebabkan ianya berhampiran juga dengan Netherlands, orang-orang disini juga boleh bercakap dalam bahasa Dutch. Pelik, tetapi itu la kebenaran nya. Belgium tiada bahasa sendiri. Menggunakan samaada Netherlands, France ataupun German sebagai bahasa perbualan mereka.

Aku habiskan perjalanan aku pada hari Ahad dan terus pulang ke Netherlands. Gambar dibawah diambil oleh Firdaus. Masa ini adalah ketika hari terakhir aku berada di Belgium. Sepanjang aku berada disini aku cuma boleh katakan Brussel mempunyai bangunan yang cantik dan indah. Tetapi dicacatkan dengan permandangan Graffiti yang banyak dibawah bangunan. Sedikit kotor.


Thursday, January 01, 2009

Rottherdam, NL

45.12 . Allah-lah yang menundukkan lautan untukmu supaya kapal-kapal dan berlayar padanya dengan seizin-Nya, dan supaya kamu dapat mencari sebagian karunia-Nya dan mudah-mudahan kamu bersyukur
Chapter : Al-Jathiya

Rotterdam, NL

Sesuai dengan lokasinya di tepi laut. Bandar Rotterdam adalah sebuah bandar pelabuhan yang terletak di sebelah barat Netherlands. Umum ketahui ianya sebuah bandar yang besar selepas Amsterdam.

Perjalanan aku bermula dari pagi menggunakan keretapi dari station Voorschoten ke Rotterdam, mengambil masa lebih kurang 40 minit. Tambang antara dua station ini hampir mencecah RM40 iaitu 6.40. Perjalanan yang biasa dan tak banyak stesen yang perlu ditukar kecuali di Den Haag.

Lupa aku nak bercerita. Di Netherlands, perkhidmatan keretapi adalah sama dengan perkhidmatan keretapi di UK. Sungguh efisien, dan tepat. Jika masa bertolak menunjukkan jam 10.42, keretapi selalunya akan bergerak tepat jam 10.42. Sungguh aku takjub dengan keretapi di sini. 1 minit boleh membezakan antara dapat atau terlepas. Sama seperti UK, keretapi di Netherlands adalah perkhidmatan awam utama bagi warga Belanda. Aku cuba bayangkan andai kata satu hari nanti Malaysia akan punyai sistem sebegini, alangkah bagusnya rakyat Malaysia nanti.

Walaupun begitu. Bandar Rotterdam adalah bandar pelabuhan. Lihat gambar yang aku letakkan dibawah. Jambatan ini dikenali sebagai Erasmus Bridge. Jabatan sepanjang 808 meter yang dibina pada tahun 1996 menghubungkan dua kawasan selatan dan utara Rotterdam. Dikenali juga sebagai 'The Swan', jika dilihat betul-betul ianya seakan-akan angsa.


Hari itu, aku habiskan petang dan senja aku berada di Rotterdam. Indah dan cantik. Itu sahaja yang aku mampu katakan. Tiada perkara yang menarik selain dari bersiar-siar di sekitar Rotterdam. Aku dan Firdaus pulang dari Rotterdam dalam lebih kurang 7.30 malam.