Live feed from My Flickr

Saturday, December 17, 2011

Saraan Baru Perkhidmatan Awam - SBPA : Pensyarah (DS)


Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011
  1. Setelah hampir 10 hari sejak Pekeliling mengenai SBPA dikeluarkan baru semalam aku mendapat maklumat mengenai Jadual Gaji Sebaris (JGS) untuk Skim Perkhidmatan Pensyarah (DS). Kepada yang belum membaca tentang perkara tersebut boleh lihat pada catatan aku yang lepas [SBPA].
  2. Seperti yang semua tahu Lampiran C telah diklasifikasikan sebagai SULIT dan TERHAD. Oleh yang demikian maklumat mengenainya agak susah untuk diperolehi.
  3. Walaubagaimanapun aku mendapat maklumat selepas taklimat mengenai SBPA di salah satu IPTA tempatan. Dari maklumat tersebut berikut adalah JGS bagi Skim Perkhidmatan Pensyarah (DS) [Jadual Gaji]. Aku menjana JGS berdasarkan matagaji T1 dengan pergerakan gaji tahunan Gred 54  (RM320), 52 (RM290) dan DS 45 (RM255/RM260) - (22.12.2011 - disahkan sama dengan Lampiran C).
Skim Perkhidmatan Pensyarah (DS)
  1. JGS yang terbaru untuk Skim Perkhidmatan Pensyarah di SBPA telah dinaiktaraf berbanding SSM. 
  2. Jika dahulu dengan SSM, Skim DS merupakan skim yang paling sedikit dari segi matagaji. Catatan sebelum ini oleh penulis uthmdehati, Mat Kedah dan catatan lama aku, jelas menunjukkan SSM menganaktirikan Skim DS.
  3. Walaubagaimanapun, jika dibandingkan dengan perkhidmatan lain (setakat ini aku cuma ada DS, DG dan F) aku dapat lihat peningkatan yang amat ketara dalam Skim DS seperti dijadualkan dalam gambaran dibawah. Setelah lama DS dipinggirkan, aku rasa peningkatan ini memberi nafas baru kepada semua pensyarah.
  4. JGS terbaru nampak sekata bagi tiga perkhidmatan dengan permulaan matagaji lebih RM5000 dan RM7000 bagi Gred 52 dan 54.
  5. Untuk pemindahan gaji dari SSM ke SBPA bagi Gred DS45 ke DS1-3 [Pemindahan DS45], Gred DS52 ke DS1-5 [Pemindahan DS52] dan DS54 ke DS1-6 [Pemindahan DS54]. Implikasi ketara dalam pemindahan gaji adalah sama dengan skim yang lain seperti dalam catatan sebelum ini; iaitu mengenai pengjumudan matagaji disebabkan penggunaan "bracketing". 
  6. Secara purata bagi pemindahan Gred DS52 ke DS1-5, kenaikan matagaji adalah sebanyak 7.71% atau sebanyak RM408.55. 
  7. Secara purata juga, kenaikan sebanyak 13.04% atau RM698.55 dari matagaji asal dalam SSM selepas Pergerakan Gaji Tahunan (PTG) bagi gred DS1-5 pada tahun 2012

Kesimpulan
  1. Terima kasih kepada kerajaan kerana membuat penyemakan dan memperkenalkan skim gaji baru kepada pensyarah IPTA yang sekian lama telah terpinggir.

32 comments:

  1. bro.. yg DG tu gred 52 n 54 SSM ko terbalik letak..

    ReplyDelete
  2. Tq for the info. Ini membawa maksud pegawai ds52 yang berada pada T2 pada tahun ini akan mendapat gajinyang sama dengan pegawai T1? Maaf jika salah, mungkin boleh betulkan pemahaman saya.

    ReplyDelete
  3. Dalam kata lain, pegawai ds52 yang berada pada T2 pada tahun ini akan mendapat pergerakkan pada januari 2012 dan akan mendapat kenaikan ke 5625? Kemudian untuk pegawai yang berada pada T1 akan mendapat kenaikan ke 5625 pada julai? Ini membawa erti perbezaan dari segi senioriti akan berubah? Begitu ke?

    ReplyDelete
  4. hehehe bro :) thanks.. tersilap letak pasal SSM tu.. bile dah betulkan .. nampak sekata plak kenaikan dengan F

    ReplyDelete
  5. untuk T2, saya rasa kenaikan dia sama macam T1 tgk pada gaji terdekat selepas kenaikan satu tangga di SSM. untuk TPG, jika ade pertindihan senior akan dapat Jan diikuti Apr dan Julai.. jika terdapat lebih dari 3 .. selebihnya akan jadi Okt..tp yg ni saya kurang pasti..

    ReplyDelete
  6. Confirm ker nie? sbb masa taklimat di tempat sy xdimaklumkan berkenaan gaji nie. Good blog anyway :)

    ReplyDelete
  7. setakat yang dapat yang ini la. esok mungkin akan ada yang betul lagi. yang DS52 dan 54 tu betul. cuma yang DS45 tu masih samar samar ;)

    ReplyDelete
  8. mohon share post yg berguna ini ya tuan tanah ^_^

    ReplyDelete
  9. Ini Gred Gaji DM45 SBPA
    TANGGA GAJI GAJI POKOK (RM)
    T01 2550.00
    T02 2805.00
    T03 3060.00
    T04 3315.00
    T05 3570.00
    T06 3825.00
    T07 4080.00
    T08 4335.00
    T09 4590.00
    T10 4845.00
    T11 5100.00
    T12 5355.00
    T13 5610.00
    T14 5865.00
    T15 6120.00
    T16 6375.00
    T17 6635.00
    T18 6895.00
    T19 7155.00
    T20 7415.00

    ReplyDelete
  10. thank kepada yang bekal maklumat tu :). pdf file dah update

    ReplyDelete
  11. Thank you very much for this posting.

    Dah habis ikhtiar nak dapatkan maklumat ini. Semua cakap x dapat lagi.

    ReplyDelete
  12. walaupun terdapat kenaikan mata gaji utk DS52 DAN DS54 bg SBPA berbanding SSM, sifir pemindahan gaji yg dilaksanakan menjadikan pensyarah dlm ds52 dan ds54 akan lebih muda perkhidmatannya berbanding dengan gred jawatan lain.

    Contohnya pensyarah DS52 yang berada dlm P1T8, akan berada pada T4 mengikut SBPA. Keadaan ini juga berlaku kpd DS54

    Kelebihan kpd pensyarah baru yg dilantik ke jawatan pensyarah kanan atau profesor madya.
    Keadaan ini seolah-olah menghapuskan aspek 'seniority' dalam perlantikan jawatan berkenaan.

    Keadaan ini kurang berlaku dlm gred F dan DG.

    ReplyDelete
  13. Saya lihat hampir kesemua skim akan mengalami keadaan yang sama terutama pada gred 54. Ini kerana gaji permulaan dinaikan secara drastik pada gred 52. Lihat catatan saya sebelum ini.

    Memang pensyarah baru dinaikan pangkat akan lebih untung berbanding pensyarah telah lama, tetapi sekurang-kurangnya apa yang dijanjikan oleh kerajaan mengenai perubahan gaji ditunaikan.

    Saya juga mengalami keadaan yang sama bila masa ada rakan yang baru dinaikan pangkat tahun ini (2011) akan beza 1 tangga sahaja selepas SBPA, walaupun saya dinaikan pangkat 4 tahun lepas.

    Untuk skim perkhidmatan lain mungkin ianya akan nampak tertindas kerana kenaikan berdasarkan "seniority", tetapi berdasarkan pengalaman, saya berpendapat skim DS tidak mengutamakan seniority kerana kenaikan pangkat adalah berdasarkan kepada prestasi. Lebih banyak ISI lebih cepat akan dinaikan pangkat.

    ReplyDelete
  14. Bard, u ada tak exact scheme utk DS 54 (seperti 52)? thanks

    ReplyDelete
  15. Thanks... it really helps... sbb km yg sedang cuti belajar x tahu menahu... taklimat pun x dpt... info ni sgt membantu termasuk comment2 dr pembaca... thanks all.

    ReplyDelete
  16. tapi ditakuti isi, research dll nnti tak beri apa2 kesan terhadap prestasi di mana SKT ditentukan oleh ketua.

    ReplyDelete
  17. semua elaun akan tetap dpt atau dihapuskan?

    ReplyDelete
  18. @anonymous 05:22l exact scheme? maksudnye? jadual pemindahan ke? yg saya letakkan dalam ni saya jana sendiri, berdasarkan pemahaman dan rujukan saya di Internet dan Pekeliling. Saya rasa untuk DS54, semua akan dapat pada T1. Yang berbeza cuma PGT yang mana paling senior akan dapat Januari, diikuti April dan Julai; selebih nya akan jatuh pada oktober.

    @meen saya pun sedang cuti belajar. :P

    @anonymous 7:06:00 pada saya mmg ISI tu penting, cuma tak perlu takut padanya. mungkin agak susah tetapi sekurang2nya kita cuba untuk terbitkan dalam ISI. Teruskan menulis dan jika tidak mampu ISI, rasanya journal lain pun memadai.

    @anonymous 10:13:00 setakat ini elaun yang diperoleh seperti elaun rumah, elaun keraian dan cola masih ada untuk DS1-5 (DS52) tidak pasti macammane dengan gred lain.

    ReplyDelete
  19. Terima kasih atas maklumat diberikan. Mmg susah nak dpt info ni. Cuma ingin bertanya
    1)utk jadual pemindahan gaji DS52 tu.. katakan saya sekarang di T2(thn 2011).. adakah saya kenaikan saya sebanyak 17.66%(T2) atau 12.77%.
    2)sepatutnya TPG saya adalah oktober, jadi apabila spba, TPG saya akan berubah ke april/januari ke?
    Sekian, terima kasih :-)

    ReplyDelete
  20. @anonymous 15:56
    kalau mengikut perkiraan saya.

    1. kenaikan selepas TPG 17.66%; gaji saudara sama seperti senior setahun dan junior setahun.
    2. berubah ke April. kalau skrang T3 then berubah ke Januari.

    walaubagaimanapun tunggu opsyen yang diberikan nanti. Mungkin berbeza.

    ReplyDelete
  21. thanks Bard for yr comment on DS 54. if that is the case then mmg teruk la sapa yg Ds 54 @ T9 or T10 kalau end up dgn T1 on new SBPA. Setakat beza dari segi pergerakan gaji shj then really unfair. i am hoping the same concept of pergerakan gaji whereby you have 'bracketing' system. maknanya sapa yg T1-T3 SSM then dapat T1 SBPA. T4-T5 SSM akan dapat T2 SBPA dan seterusnya. Anyway, there is briefing today in the afternoon.

    ZK.

    ReplyDelete
  22. Terima kasih atas perkongsian maklumat ini..memang susah nak dapat info sepertimana yg dihuraikan oleh bro..terutamanya golongan yang sedang cuti bercuti ni..thank you!

    ReplyDelete
  23. @ZK saya dah update untuk DS54 dan DS52; termasuk P2 (info dari Lampiran C yang sebenar). Mmg nampak kurang adil bagi Prof Madya yang berkhidmat lama berbanding yang dinaikan pangkat tahun ini. Mulai tahun depan semua akan sama dari segi matagaji cuma berbeza TPG.

    kalau saya rajin saya update DS45 :)

    ReplyDelete
  24. Maklumat yg sgt baik. Terima kasih sahabat... Oh ya rakan2 profesor juga ingin tahu kedudukan mereka. Saudara ada info vk?

    ReplyDelete
  25. Gaji pensyarah diperjuangkan...tapi tidak juga untuk DS45...hu...hu...sedih...

    ReplyDelete
  26. gaji prof. tak dapat plak ... hehehe.. nanti sy cuba usahakan..

    pada perkiraan saya. gaji pensyarah DS45 juga menikmati kenaikan.. secara purata DS45(7.26%), DS52 (7.71%). Jika dilihat kenaikan pada DS45 ianya setara dengan kenaikan dengan DS52.

    ReplyDelete
  27. Bagaimana kenaikan pangkat daripada DS52 ke DS54? Selepas 3 tahun DS52 dan lulus Ujian dsbnya pasti dapat DS54 atau ada kuota?

    ReplyDelete
  28. tiada istilah 3 tahun naik pangkat ke DS54 secara automatik di universiti tempat saya bekerja :).. saya dah 4 tahun di DS52.. tiada istilah kenaikan pangkat secara automatik; semua bergantung kepada kecemerlangan dan juga bergantung kepada KPI.. kebiasaannya perlu ade 8 ISI journal untuk memohon DS54, itu baru pohon, belum tentu diluluskan...

    walaubagaimanapun bergantung kepada IPTA. setakat ini UM masih menggunakan kriteria tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Mana cerita cuti2 di bumie eropah lagi..
      seronok baca..
      ex fsktm (2003-2007)

      Delete
  29. Bagaimana Pensyarah matrikulasi/Polyteknik/Tingkatan 6 ? Boleh 3 tahun DG52/DG1-5 + lulus Ujian dsbnya dapat DG54/DG1-6?

    ReplyDelete
  30. Dalam SBPA Bagi Guru:

    DG52 + 3 tahun + lulus Ujian dsbnya dapat DG54.

    Bagaimana Kes DS52 ke DS54?

    ReplyDelete
  31. Rasa macam tak adil bila kekanan tidak diambilkira ..risau makin banyak masalah timbul bila perbezaan gaji hanya beberapa bulan ja. Sedangkan kita kerja dah bertahun banding ngan yg baru graduat phd..

    ReplyDelete