31.12 Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Chapter: Luqman
Baru-baru ini, aku ditanya oleh seorang rakan aku, adakah Skim Perkhidmatan
Pensyarah di Malaysia berbaloi atau tidak? Apa bezanya dengan Skim Perkhidmatan
Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Aku dengan mudah menjawab, sama sahaja sebab perkhidmatan tersebut adalah dalam perkhidmatan kerajaan. Tapi menurut beliau, skim perkhidmatan PTD lebih baik dari Pensyarah dengan merujuk satu laman blog yang membuat perbezaan antara skim PTD dan Pensyarah.
Setelah seketika, aku berfikir, aku pun tidak pasti yang mana satu skim yang baik. Mungkin ada benarnya, dan mungkin ada tidak benarnya. Pada aku sama ada skim pensyarah atau PTD, yang penting jika usaha dilakukan dengan betul, dan dengan
rezeki yang ada, insya-allah tidak ke mana.
Walau apa pun, nukilan aku kali ini, aku ingin berkongsi tentang skim perkhidmatan pensyarah di Malaysia. Berbeza dengan skim
PTD, skim pensyarah bermula dengan lantikan gred 45 dan bukan gred 41. Apa beza antara dua gred ini? 45 dan 41? Bezanya ialah tangga gaji. Jadual di bawah aku tunjukkan perbezaan antara skim gaji pensyarah, skim gaji PTD, dan
guru. Dari segi gaji, jadual di bawah jelas menunjukkan keseimbangan skim PTD dengan skim pensyarah dan guru. Secara
realiti mungkin ramai mengatakan tidak, ini termasuk faktor lain seperti kenaikan pangkat yang membolehkan perbezaan jelas antara skim
PTD, pensyarah dan guru.

Aku tidak mahu menyatakan yang mana lebih baik, cukup sekadar memberi perbandingan. Sebagai contoh, aku berikan seorang pegawai berumur 21 tahun yang memulakan perkhidmatan dalam kerajaan. Untuk skim
PTD, tanpa kelulusan
Sarjana, beliau boleh menjawat jawatan awam seawal umur 22 tahun. Manakala bagi pensyarah, bermula pada umur 23 tahun setelah tamat pengajian sarjana, dan 22 tahun juga bagi seorang guru. Jadual berikut menunjukkan contoh perjalanan seorang kakitangan awam, bermula dari umur 21 tahun iaitu sebaik tamat pengajian di
universiti.
Jadual menunjukkan perjalanan gaji antara skim Pensyarah, PTD dan Guru.

Jika dilihat dari jadual di atas, bagi kenaikan pangkat seorang PTD dan pensyarah, dalam kebanyakan kes sebelum ini, PTD dapat menjawat jawatan M44 seawal tiga hingga lima tahun dari pelantikan. Bermakna pada umur 25 tahun atau lebih awal PTD telah mendapat gaji sebanyak RM3023 dan jauh meninggalkan skim pensyarah (
RM2729) dan skim guru (
RM2057).
Dalam keadaan ideal, aku pernah dimaklumkan dan aku ketahui, pensyarah boleh dinaikkan pangkat seawal 30 tahun untuk jawatan pensyarah kanan. Ini bergantung juga kepada tahap kecemerlangan
pensyarah tersebut dan di mana pensyarah itu mengajar. Ini bermakna pada usia seawal umur 30 tahun, pensyarah telah mendapat gaji sebanyak
RM4573.47, sedikit tinggi dari PTD (RM4427.36). Perlu diingatkan ahawa, dalam keadaan yang ideal juga PTD dapat menjawat jawatan M48 pada usia seawal 30 tahun.
Dalam kes dinyatakan di atas juga,
pensyarah hanya dapat menjawat jawatan pensyarah kanan setelah dua kali kenaikan pangkat PTD iaitu dari M41 kepada M48. Dan dalam keadaan ideal juga, setelah penjawat awam berumur
35 tahun, penjawat awam boleh dan mampu menjawat jawatan Profesor Madya bagi skim pensyarah dan
M52 bagi PTD.

Pada aku, antara skim PTD dan pensyarah, sama-sama ada keseimbangan, cuma pada skim guru, ia sikit menunjukkan kelemahan. Aku tidak pasti tentang kenaikan pangkat dalam skim perguruan. Yang aku tahu, dari rakan-rakan, guru dinaikkan pangkat secara '
berkelompok' setelah 7 tahun menjawat DG41 sebelum ke DG44.
Untuk PTD, aku pasti kenaikan pangkat adalah sukar dan tidak ramai dapat menjawat gred 52 dalam umur seawal 35tahun. Mungkin ada, tetapi aku agak ia adalah dalam jumlah yang kecil. Begitu juga dengan skim pensyarah, untuk mendapat
Profesor Madya pada awal seusia 35 tahun, cukup kecil jumlahnya untuk dikira.
Namun, untuk perkiraan di atas aku tidak masukkan elaun-elaun untuk ketiga-tiga skim. Untuk tatapan dan perkiraan pembaca sendiri. Di bawah aku lampirkan elaun untuk ketiga-tiga skim di atas. Jika dikira dengan elaun ini, mungkin perkiraan aku di atas salah, dan mungkin akan menunjukkan ada kelebihan pada skim pensyarah mahupun pada skim PTD :).

*hanya di bayar pada tahun ke-10 sahaja, elaun perkhidmatan awam tidak dibayar lagi.
Persoalannya, adakah skim pensyarah berbaloi atau tidak. Pada aku berbaloi, kerana peluang kenaikan pangkat di skim pensyarah tidak seperti piramid seperti dalam skim PTD dan guru, bermakna dalam skim pensyarah, jika anda
cemerlang, tanpa menunggu kekosongan di peringkat atasan, anda mampu dinaikkan pangkat. Sila lihat nota ini untuk tahu apa lagi kelebihan menjadi
pensyarah.
