Live feed from My Flickr

Monday, July 27, 2009

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Dimansuhkan? Apa kata anda?

10.57 Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
Chapter: Yunus

Sedih, kecewa dan penuh tanda tanya. Begitu tiga perasaan yang menyelubungi aku ketika diumumkan bahawa PPSMI dimansuhkan. Kenapa perlu mansuh? Dan kenapa perlu tunggu 2012 untuk pemansuhan itu dilaksanakan? Walaupun isu ini agak sudah lama, aku rasa terpanggil untuk menulis sedikit nukilan berkaitan dengan isu ini.

Memang aku pejuang bahasa Melayu, tetapi pemansuhan secara total untuk PPSMI amat merugikan. Pada aku cukup sekadar untuk memansuhkannya pada tahap awal seperti pada tahun 1 sehingga 6, tetapi tidak pada sekolah menengah. Mungkin betul pembelajaran dalam Bahasa Inggeris akan mengurangkan pelajar meminati Matematik dan Sains, terutama bagi pelajar di luar bandar. Tetapi, perlukah Inggeris di peringkat rendah? Aku rasa tidak perlu. Masih awal lagi, dan perkataan yang terlibat hanya sedikit dan asas. Cukup dengan penggunaan Bahasa Malaysia.
Teringat aku dahulu, ketika belajar semua itu dalam Bahasa Malaysia, memang mudah. Tetapi bila tiba di peringkat Universiti, aku terpaksa tukar semua dalam Bahasa Inggeris. Teruk juga aku fikirkan pada ketika aku.

Kali ini, aku berani katakan yang aku setuju dengan kenyataan MCA, bahawa mahukan PPSMI dikekalkan di peringkat menengah, atau sekurang-kurangnya di tingkatan 4 dan 5. Menurut MCA, pada tingkatan 1 sehingga 3, penggunaan bahasa Malaysia dan Inggeris boleh diselang-selikan. Bermakna, penerangan boleh dilakukan dalam Bahasa Malaysia manakala terma dan perkataan tertentu dikekalkan dalam Bahasa Inggeris. Manakala di peringkat tingkatan 4 dan ke atas, boleh dikekalkan dalam Bahasa Inggeris.

Terdahulu, aku ada berbual dengan seorang guru yang mengajar matematik di peringkat menengah sekarang. Apabila PPSMI dimansuhkan nanti pada tahun 2012, beberapa terma akan diubah kembali ke dalam Bahasa Malaysia. Contohnya, Circular Measurement, akan ditukar kepada sukatan membulat. Untuk dijadikan perbualan, anak murid guru terbabit bertanya, “apa yang bulat cikgu?”, “cikgu yang mengajar tu ke yang bulat?”, tergelak aku seketika. Pelik, tetapi itu realiti yang harus dihadapi akan datang.
Aku yakin, masih banyak yang boleh diperkemas lagi. Masih jauh lagi 2012, masih banyak yang boleh diperbaiki. Pemansuhan sepenuhnya mungkin bukan jalan penyelesaian yang paling ideal. Memang tiada yang ideal di dunia ini, sekurang-kurangnya, laksanakan secara berperingkat. Mungkin cadangan dari pihak MCA ada betulnya. Apa pendapat kalian?

12 comments:

  1. Tidak kira mengajar dalam bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris... yang paling penting murid-murid faham dan menghayati intipati dan kandungan ilmu yang disampaikan dan dizahirkan dalam kehidupan harian. Kepuasan sebenar seorang guru bukanlah gred yang dicapai oleh anak muridnya, puas apabila murid berjaya mempraktikkan ilmu yang diajarkan dalam ... Read moremengharungi kehidupan yang penuh onak dan duri. Murid menggunakan ilmu untuk menilai perkara baik dan buruk dan membuat pilihan tepat menuju kehidupan yang paling cemerlang. Insyallah.

    ReplyDelete
  2. yup betul tu pakcik!!!!

    ReplyDelete
  3. Yooo setuju ngan abg mieyy!! memang itu laa cara nya pun..tp penting nye mengajar dalam bahasa melayu ni KENA jugak coz Bahasa Merupakan Jiwa Bangsa!!! Renung ² kan..sori terpaksa tak setuju sket ngan pandangan tun mahathir..in this particular matter laa..huhu

    ReplyDelete
  4. Tidak ada masalah untuk mengajar sains samaada dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris. Tidak dinafikan istilah Sains dan Matematik lebih banyak dalam bahasa Inggeris dan istilah itu memang sesuai pada tempatnya. Mengajar dalam bahasa Malaysia pun boleh, perkenalkan sahaja istilah bahasa Inggeris itu semasa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Berlaku penambahan 'vocabulary' semasa pengajaran, buat satu ruangan khas untuk istilah bahasa Melayu dan maksudnya dalam Bahasa Inggeris.

    ReplyDelete
  5. Cop..actually inilah masa nye utk kita kembangkan industri penterjemahan negara..supaya lebih byk terjemahan dilakukan....dan mengkayakan bahasa melayu..time ni laa nak pulun org kita rajin belajaq..

    ReplyDelete
  6. Setuju tu Said... tapi dalam masa kiter menunggu usaha itu dilaksanakan, kiter sebagai pendidik mahu anak didik kiter mendapat yang terbaik. Tak kisah kalau guru tu nak bagi lebih sikit ilmu yang dia ader.. ok jer. Apa orang kata.. kita mesti proaktif.

    ReplyDelete
  7. :) betul..apa apa bahasa pun ok.cuma dah kita ini orang melayu. dan native nye melayu. lebih faham dan mengerti melayu dari bahasa lain.

    orang putih pun percaya..guna bahasa sendiri lebih baik untuk memahami konsep.

    kalau dah besar, pandai2 la translate..yg penting..konsep kene kuat..istilah boleh jadi apa apa..... Read more
    contoh untuk konsep campur..

    kang satu campur sepuluh pun tak tahu..nak buat one plus ten.. kan naya budak budak darjah 1 tu... :)

    ReplyDelete
  8. Betul tu cikgu bad.

    ReplyDelete
  9. Che ros tak nak komen ker...

    ReplyDelete
  10. Pendapat cikgu Lela laks ek...
    saya hanya setuju BI dimulakan di peringakat Pra-U. Masa tu yang memerlukan BI sahaja yang akan menggunakannya. memang sangat gembira bila ia dimansuhkan. tapi bila pejuang2 bahasa mahu ia diteruskan di peringkat IPT, maka saya bangkang. Boleh rujuk Blog Faisal Tehrani...
    Biarlah mereka yang memerlukan BI yang ... Read morebelajar bahasa tersebut. Ibarat kelas persediaan RPKJ dulu di UM. setahun student balajar Bahasa Jepun. Then, baru dihantar belajar di Jepun. Yang penting istilah2 Bahasa Melayu di pelajari dengan betul, malah bahasa Melayu sangat indah bila kena cara penggunaan.
    Bagi saya, yg belajar BI mula dari First year up to 4th year... tetiba, bila final professional exam (thn 5), kena jawab dalam BM...semua orang menggelabah termasuklah student Cina dan India. Paper tidak akan diterima kalau jawab Melayu... Masa tu, UM siap bagi buku terjemahan yg diterbitkan zaman 1970-80an... bagi saya pada peringkat ini amat2 merugikan...
    sekian dulu!!! :))

    ReplyDelete
  11. ermmm... susah nak cakap psl ni coz i'm an english teacher. Tapi dulu masa sek pon i learned maths n sc in malay but still my english is ok. Bila tgk my students, it's very hard to them, kesian diaorang. Maths n Sc are very tough subject, so why are we making even more difficult to them? There shouldn't be too much problem for children who live in city but what about those who are living in rural area?

    ReplyDelete